Sunday, June 20, 2010
the man I love the most...the best hero in my life :)
Friday, June 18, 2010
~~ Nur Tuhan ~~
Apabila hati itu sedang menagis, merintih seribu kesedihan. Entah kenapa hati itu sedih pada hari ini.Segala di hadapannya tidak menjanjikan sebuah senyuman kepadanya hanya sebuah muram. Dia mula bosan dengan apa yang terpantul di matanya. Dia mulai bosan. Mengapa di seklilingnya semuanya bagai cukup lengkap namun masih ada cahaya yang tertinggal. Walhal lampu yang terang benderang dengan harga yang beratus-ratus tidak dapat menembusi hatinya yang gelisah. Mengapa ? Mengapa masih ada kurang ?
Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar dari suasana mewah itu. Dia ingin sekali hatinya girang sekali lagi dengan nikmat yang tidak kekal ini. Dia sudah bersiap sedia walau dia tahu dia akan merasai lelah namun dia rela agar hatinya kembali ceria. Dia mulakan langkah. Dia tempuhi danau dan bukit-bukau. Mencari yang apa tercicir dalam dirinya. Hatta lautan seluas mana pun dia sanggup untuk redah biar bahaya di hadapannya. Dilihatnya terik mentari dan peluh mula mengalir. Dia teruskan lagi perjuangan yang belum tentu dapat menhadiahkan kegembiraan.
Suatu hari dia terjumpa sebuah pondok usang dan kecil. Namun dia hairan mengapa pondok itu seakan-akan miliki cahaya yang dapat menembusi hatinya. Kalah lampu-lampu mahalnya ! Dia bagai terpanggil untuk mendekati pondok buruk itu. Kakinya membawa dirinya semakin hampir kepada pondok tersebut. Di dinding pondok itu punya lubang dan dia mengintai dari lubang itu kerana begitu ingin tahu ada apa pada pondok itu. Dia melihat seorang lelaki sedang khusyuk bertafakur. Sesekali ternampak air matanya mengalir sambil mengalunkan zikir. Lelaki itu berhenti lalu bangun. Dilihat wajah lelaki itu penuh tenang dan bercahaya.
Lalu, dia mengambil keputusan untuk menumpang sebentar di rumah lelaki, entah dia sendiri hairan mengapa ingin sekali dia ingin kenali lelaki itu. Dia memberi salam dan salamnya dijawab. Diperkenalkan dirinya sebagai musafir dan ingin mohon izin untuk menumpangi di pondok tersebut. Lelaki itu tersenyum dan menyabutnya dengan gembira walau dalam keadaan sederhana.
Setelah beberapa hari di sana, dia begitu tertarik untuk mengetahui rahsia lelaki itu. Mengapa kamu tenang ? Mengapa kamu bahagia ? Mengapa kamu sentiasa menampakkan muka redha walhal hanya berhartakan sebuah pondok usang ? Mengapa ?
Tiada yang dapat memberikan aku bahagia melainkan izinNya hatta andai hartaku tinggi menggunung dan kekayaanku tiada tandingannya, aku tak bisa menikmati bahagia sekiranya Tuhan tidak mengizinkannya. Andai aku cari juga namun tidak kembali kepadaNya, apa yang kutemukan hanyalah kebahagiaan sementara. Bukan kebahagiaan abadi. Rahsianya ialah sentiasalah berusaha untuk dekat padaNya. Andai lautan gelora datang pun takkan ku takut kerana aku ada Tuhan untukku sandarkan diri setelah aku berusaha dan bertawakkal. Andai hujan badai berturut-turut menimpa diri takkan ku gentar kerana Dia mengajarku tentang sebaik-baik tempat kembali iaitu syurgaNya. Apa yang penting…..aku ada Dia.
Terkedu dia mendengar kata-kata lelaki itu. Tertunduk malu pada lelaki itu malah lebih malu pada dirinya sendiri ! Itulah jawapan kepada soalan kegelisahannya. Dia tidak pernah nikmati hidup bertuhankan Dia sehingga dia berhambakan dunia. Air matanya menitis jua akhirnya dan lelaki itu menggososk-gosok badannya.
Semoga nur Tuhan melimpahi kita semua…..
.......................................................................................................
You Came To Me Lyrics
You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you
CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa
You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean
To not know the unseen?, the worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Any thing just to be with you
I feel so lost at times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you
CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa
Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya rasulallah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya rasulallah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you
CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa