Hati gersang pada dada
Berlabuh di dermaga
Tidak ingin melangkah
Kerana pada pulau yang salah
Namun bayu tetap menyapa
Walau diri masih berdusta
Aku dalam kemaruk cinta
Walau mengerti ianya palsu
Ronta menjerit dalam jiwa
Perit mengejar tanpa silu
Aku merangkak dalam ketentuan
Menagih seribu pengertian
Aku terlihat ribuan bintang
Kemilau dalam kegelapan
Menjala cahaya menerangi alam
Mencurahkan akal sebuah fikiran
Terhadap sebuah ujian
Jika sabar dipertaruhkan
Kini aku sedar kembali
Tiap kelam ada cahaya
Tiap ujian dirasai
Akan ditemui jua hikmahnya...
Berlabuh di dermaga
Tidak ingin melangkah
Kerana pada pulau yang salah
Namun bayu tetap menyapa
Walau diri masih berdusta
Aku dalam kemaruk cinta
Walau mengerti ianya palsu
Ronta menjerit dalam jiwa
Perit mengejar tanpa silu
Aku merangkak dalam ketentuan
Menagih seribu pengertian
Aku terlihat ribuan bintang
Kemilau dalam kegelapan
Menjala cahaya menerangi alam
Mencurahkan akal sebuah fikiran
Terhadap sebuah ujian
Jika sabar dipertaruhkan
Kini aku sedar kembali
Tiap kelam ada cahaya
Tiap ujian dirasai
Akan ditemui jua hikmahnya...
No comments:
Post a Comment