Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, January 27, 2011

. terima kasih .


video

Assalamu'alaikum...
Sekadar perkongsian .
Buat ibu2 sekalian,
khususnya ibuku (umi) ,
sakitnya aku tika rebah
kerana belajar berjalan ,
sakit lagi tatkala dikau lahirkan daku .
Menangisnya aku kerana dahaga dan lapar ,
tak dapat ku bayang tangisan lembut mu
kerana gembiranya dirimu menyambut ku .
Terima kasih kuucapkan .
Dalam doa ku panjatkan ,
agar dikau sejahtera di sini ,
bahagia di sana .
Tak lupa kepada ayah ,
lelahmu sembuh melihatku ,
keringat mu kering kerana tawa ku .
Kerna itu tak pernah ku lihat letih mu .
Kini aku jauh darimu ,
doa sebagai penghubung jiwa .
Semoga Allah berkati diri mu .

Wallahu'alam...

Friday, January 21, 2011

"each soul has to taste...?"

http://iskandariah.perubatan.org/v1/entah-bila-waktuku

Assalamu'laikum sahabat2...

Terkedu .
Itulah impression pertama saya apabila membaca post pada link di atas . Kian dibaca, perasaan hiba dan terharu menjalar . Semakin ditatap, perasaan respect padanya semakin menambah . Inilah kisah seorang pelajar yang telah ditakdirkan Allah, untuk menghadap Ilahi pada 17 Januari 2011 . Walaupun tidak sempat mengenali dirinya, namun pemergiannya cukup memberi kesan pada hati . Apatah lagi beberapa sahabat2 yang pernah mengenali dan rapat dengannya, adalah sahabat saya juga . Terlihat juga status mereka di Facebook, yang cukup memberi kesan pada hati . Pada artikel di atas, antara ayat yang cukup menyentuh diri ialah,

Kalendar milik arwah bertanda tarikh 17 Januari dengan highlighter. Menurut rakan sebiliknya, 17 Januari adalah hari lahir bapa beliau. Sebak hati saya. Seorang ayah kehilangan anaknya pada tarikh kelahiran beliau.


Iman pergi dalam keadaan berpuasa, dalam keadaan menuntut ilmu, dalam keadaan dia menjadi naqibah smart circle. Alhamdulillah, bertuah Iman.


.............

Ayat2 di atas dan pemergian seorang sahabat ini cukup memberi muhasabah kepada saya . Mengapa ? Kerana mati itu pasti dan tak mengenal usia . Umur arwah adalah sebaya dengan saya . Umur kami sama2 21 tahun . Bagi pandangan dunia, umur kami masih muda remaja dan andai diikut kehendak duniawi, umur begini sesuai untuk enjoy2, berseronok dan seumpamanya . Katanya remaja yang sedang meniti usia dewasa, mesti ingin menikmati usia remaja sepuas-puasnya . Kalau tidak, rugilah !
Rugi...iya rugi....rugi di akhirat . Makanya, fikir2 lah semula untuk leka dengan dunia . Bak kata2 yang pernah saya baca pada blog seseorang, "ketawa di dunia, menangis di akhirat". Wahai hati, mahukah engkau begitu ? Wahai diri, perlukah engkau jadi begitu ? Namun, saya bukanlah seorang manusia yang menolak untuk bergembira, namun biarlah bersederhana kerana sederhana itu cara kita . :)
Usia muda yang dikurniakan Allah ini lah, period yang sesuai untuk kita beribadah kepada Allah dan menambahkan amalan2 kebaikan kita .
Makanya, marilah sama2 kita persiapkan diri setiap masa, setiap detik dengan amalan2 soleh dan just assume that death is closer and closer, hanging on our neck . The more we face this life, the more death will come nearer to invite us .

I think, that's all for now . I can't elaborate more even, there are plenty of ideas I would like to say, but the time's running . The only words that I can express here is , " Salah satu cara untuk muhasabah diri ialah ingatlah mati". Remembrance of death is not something we hope for death, but it could cultivate back our heart and remind us about the purpose of life, as well as we are mankind, living things, we all shall return to Our Creator one day . Only Allah knows more .

Thus friends (moreover for me) , recall this versus,

"Each soul has to taste death . And We taste you with
evil and good, by way of trial . And to Us
you will be returned . "
[al-Anbiya' : 35]

Wallahu'alam...

p/s : semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan solihin wa muttaqin amin...al-Fatihah .

Thursday, January 20, 2011

i . m . y .



When I'm by your side,
I feel like I'm 10,
But as we are far away,
I feel like I'm 5...

I miss you
Like the rose
Waiting for the sun
I miss you
Like the darkness of night
Waiting for the bright moon

Well, this mind always
Recalls your beautiful smile
Pleasure occupies the heart
And happiness grows...

Thursday, January 13, 2011

hati . iman .



Dengan nama Allah..

Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
menunduk tawaddhuk di pucuk2 daun?
...Masihkah ia seperti karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian?..

Apa khabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
terang benderang menerangi kehidupan?...

Walau dimanapun kau berada, semoga sihat senantiasa.
Terus kuat dalam meraih redha-Nya.


Assalamu'alaikum sahabat2...

Puisi di atas adalah karya dari seorang sahabat dan jua seorang kakak kepada saya (kak Siti Muslihah) di mana bait2 nya amat menyentuh hati . Ia menceritakan kepada kita apa khabarnya hati dan iman kita .
Persoalan yang ingin saya bawa di sini ialah mengapa iman dikaitkan dengan hati ? Tidak bolehkah dengan organ2 lain ? Hati juga yang mendapat tempat untuk iman bertakhta .

Saya telah menonton sebuah rancangan di youtube, di mana rancangan ini disiarkan di saluran Huda TV . Huda TV, mengikut rakan Arab Mesir saya, ia merupakan siaran yang memberi input agama kepada kita dan semoga ianya menjadi output dalam diri kita melalui amalan kerana Allah dan mengikut syara' . Dan kelebihan Huda TV ini, bahasa utama yang digunakan untuk berforum, memberi ceramah dan seumpanya dengan berbahasa English .
Berbalik pada rancangan yang saya tonton, ianya bertajuk The Secrets of The Heart dan kerana kekangan masa untuk belajar dan aktiviti lain, saya hanya sempat untuk melihat 2 episod sahaja . Penceramahnya, Sheikh Moutasem al-Hameedi, menjelaskan bahawa hati ialah raja atau ketua bagi seluruh badan manusia . Dan anggota2 nya adalah tentera .
Apabila kita melihat sesebuah negara, andai ketua tersebut mentadbir negara dengan baik, maka baiklah rakyat jelatanya . Ini telah dibuktikan dengan kisah2 para2 sahabat yang mentadbir 2/3 dunia, kisah Sultan Muhammad al-Fateh malah kisah pengislaman Sultan Melayu Melaka .

Maka, begitulah simboliknya . Begitu besar "kuasa" hati yang bisa mempengaruhi anggota2 lain . Kerana itulah, pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w sendiri, di mana ada segumpal darah dalam diri manusia . Andai baik darah itu, maka baiklah luarannya . Andai tidak , begitulah sebaliknya . Itulah hati . Andai ikhslas dan tulusnya hati, tuluslah perbuatan kita insha Allah . Di sinilah peranan iman begitu penting untuk mengawal hati . Dengan munculnya iman, hati mudah terarah ke arah kebaikan dan lebih2 lagi dekat pada PenciptaNya .
Kerana itulah iman manusia biasa (bukan para nabi dan Rasul) ada turun dan naiknya, kerana hati kita sering berbolak-balik . Doalah sebagai senjata agar Allah pelihara hati kita dalam perlindunganNya . :)

Wallahu'alam...

Wednesday, January 12, 2011

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut


Assalamu'alaikum sahabat2..

Dalam kehidupan setiap bani insan, pasti tersemat sebuah matlamat yang ingin dicapai dan diraih kerana matlamat itulah memberi semangat kepada kita untuk memulakan langkah dan usaha . Matlamat sebagai seorang pelajar, ingin berjaya dalam peperiksaan . Matlamat seorang pemimpin untuk membina sebuah negara berteraskan Islam dan menyatukan ummah . Matlamat seorang petani, ingin tanamannya subur . Dan, matlamat yang utama, mengatasi matlamat2 lain iaitu mencari keredhaan Allah . Namun, jalan untuk mencapai matlamat bukan seindah lidah yang berkata-kata . Ianya sukar dan perlu melalui pelbagai rintangan .

Maka itu, ingin sekali saya kongsikan sebuah artikel dari iluvislam.com, yang mengambil contoh dari sekecil-kecil haiwan yang bernama semut . Mengapa semut ? Kerana semut sememangnya simbolik kepada rajin berusaha . Sama2 kita ambil teladan dari artikel ini, insha Allah . :) Wallahu'alam...

sumber : iluvislam.com

Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian ? mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

Sunday, January 2, 2011

2011 : azam dan ikhlas

Assalamu'alaikum...
Tahun 2011 telah menjelang, meninggalkan tahun 2010 namun kenangan pada tahun lepas masih berbunga menjadi kenangan . Apa yang pasti, kenangan semalam merupakan guru . Guru yang bukan masuk dan keluar kelas, namun guru yang mengajar kita agar hari esoknya menjadi lebih baik .

Di sini, saya ingin berkongsi kisah yang dipaparkan di IluvIslam.com untuk sama2 kita ambil pengajaran . Kenapa dan apa kaitannya dengan tahub baru ? Kerana tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru, oleh itu mari sama2 kita muhasabah balik niat dan hati kita untuk melaksanakan azam2 kita . Niat kerana Allah dan ikhlas, itulah yang utama dan paling bernilai di sisi Allah . Semoga kita semua termasuk dalam golongan mukhlisin, insya Allah .

sumber : iluvislam.com

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.