Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Monday, August 31, 2009

Semalam...dan Sejarah.

Assalamualaikum minna-san!

Apa khabar iman kita pada hari ini?Pasang atau surut ya?Bagaimana pula untuk esok?Dan...apakah semalam telah benar-benar menjadi iktibar buat kita sebagai bimbingan untuk menempuh hari yang mendatang?Apakah kesilapan semalam telah kita betulkan supaya ianya tidak berulang lagi pada hari ini dan esok serta seterusnya?

Itulah sejarah kehidupan.Cukup dengan pelbagai kisah.Sedih,gembira,marah,geram,rindu dan seumpanya.Itulah indahnya semalam kerana ditaburi pelbagai kenangan dan memori.Ada yang membuatkan kita sesal dengan peristiwa semalam,ada yang membahagiakan kita,malah menghibakan sang jiwa kita.
Kerana itu,kita tidak dapat melarikan diri dari sejarah hidup kita.Biarpun kita mengheret diri ke hujung dunia sekalipun,perkara semalam tetap di belakang kita,ia seakan bayang-bayang yang akan mengikut rentak tuannya.Melainkanlah Allah menghendaki kita untuk lupakan nostalgia semalam.

Semalam juga mengajar kita erti ketahanan dan kekuatan diri kita biarpun dari segi fizikal,mental dan juga rohani.Perkara lalu bagai mengipas obor semangat kita untuk terus berjuang dalam kehidupan sehinggalah ajal datang bertandang.Ia bagaikan inspirasi buat seseorang untuk tidak cepat mengalah selagi mampu untuk meraih kejayaan dan kemenangan.

Tapi..mengapa ya saya menaip soal semalam?Mungkin disebabkan juga sempena tarikh keramat buat negara kita pada hari ini (31 Ogos 2009) iaitu Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.Kebiasaannya,Hari Kemerdekaan cukup membuatkan saya teringat akan kisah peristiwa Bukit Kepong.Bukanlah bermakna saya tidak kenang akan kisah-kisah lain,cuma kisah Bukit Kepong yang dilakonkan oleh Jins Shamsuddin,Yusoff Haslam dan ramai lagi benar-benar menyentuh hati saya dan mata saya bisa berkaca apabila menonton filem itu.Ia mengisahkan kepada kita pengorbanan,kekentalan,semangat,kesepakatan dan sebagainya oleh polis-polis Melayu yang berada di kawasan Bukit Kepong.Oh yaa...sebelum terlambat,Selamat Hari Merdeka buat rakyat Malaysia!




Selain itu,faktor yang membuatkan jemari saya ringan untuk menaip tentang semalam ialah kisah seorang tokoh Islam yang tersohor sering berlegar-legar dikotak minda saya.Beliau ialah Sultan Muhammad Al-Fateh,seorang sultan bagi kerajaan Turki Uthmaniah yang termuda dan merupakan pembuka kota Konstantinopel.

Kemenangan beliau itu sangatlah bertetapan dengan hadis Rasulullah S.A.W. iaitu,

"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik,
tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Saya pertama kali mendengar perihal beliau ketika menghadiri Kursus Bahasa Arab di ABIM,oleh Ustaz Faisal.Ketokohan dan keperibadian beliau cukup mengagumkan dan menarik minat saya.Usaha beliau untuk mendapatkan kota Konstantinopel,subahanallah,patut dipuji!Jika sahabat sekalian ingin mengetahui tentang diri beliau,saya syorkan kalian untuk membaca buku 'Sultan Muhammad al-Fateh-Penakluk Konstantinopel' oleh Abdul Latip Talib,keluaran PTS Publication.

Sebenarnya,banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama dengan kalian.Cuma kerana kekangan ruang masa,rasanya cukup sampai di sini.Namun,apa yang kita boleh petik dari peristiwa semalam ialah 'pengajaran'.Teringat pula kata-kata di dalam filem Kungfu Panda iaitu,'Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift'.

Oleh itu,jangan biarkan diri kita terhimpit dengan peristiwa lampau sehingga kita tiada daya untuk memajukan masa hadapan kita.Gunakan kesempatan hari ini untuk membuat persediaan dan strategi,insyaAllah kejayaan milik kita.

Akhirul kalam,semoga Allah bersama-sama kita dan merahmati apa yang kita lakukan.InsyaAllah.Assalamualaikum.

Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan



Assalamualaikum minna-san!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita tenaga untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu puasa selama sebulan di Bulan Ramadhan yang mulia ini.Dan maafkanlah diri ini jika terlewat untuk mengucapkan salam Ramadhan mubarak kepada muslimin serta muslimat.Semoga puasa ini dapat meningkatkan lagi taqwa kita kepada Allah Ta'ala yang bertetapan dengan mafhumNya,

"Wahai orang-orang yang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang yang terdahulu dari kamu,supaya kamu bertaqwa."
(2 : 183)

Ini bermakna,tujuan kita berpuasa adalah untuk menjadi dalam golongan orang yang bertaqwa.Namun,bagaimanakah kita ingin merealisasikan tujuan itu?
Saya pernah terbaca majalah SOLUSI,isu nombor 10,ada mengatakan Imam Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkatan(dari kaca mata tasawuf) iaitu :

Shaum al-Umum (puasa orang kebanyakan)
~sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta
anggota sulit daripada syahwat

Shaum al-Khusus (puasa khusus)
~ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada
melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut :
# menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
#menjaga lisan daripada berdusta,memfitnah dan mengucap perkataan-perkataan keji
#menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
#menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif
#menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa
#menjaga hari agar berada antara khauf(takut) dan raja'(berharap) dan sedar bahawa
Allah berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita

Shaum Khusus al-Khusus (puasa golongan yang khusus daripada khusus)
~puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu :
#para nabi
#al-Siddiqun(orang-orang yang jujur)
#al-Muqarrabin(orang-orang dekat yang dekat dengan Allah)
~puasa golongan ini menduduki tingkatan yang tertinggi yang mana puasa mereka mencakupi puasa hati daripada sesuatu yang hina dan daripada urusan duniawi dan hanya mengharapkan bekal ukhrawi.

Sahabat sekalian,setelah membaca tiga peringkat di atas ini,agak-agaknya,di manakah tahap kita ya?Kita mungkin tidak dapat mengukur keimanan dan ketaqwaan kita kerana ianya hanya diketahui oleh Allah sahaja.Namun,kesannya dapat dirasai oleh tuan jasad sendiri kerana saya pernah terdengar ceramah oleh seorang ustaz.Menurut beliau,antara tanda ibadah puasa yang diterima oleh Allah ialah,kita terus istiqamah dengan amalan yang dikerjakan ketika bulan Ramadhan umpanya membaca al-Quran,mengerjakan solat sunat dan sebagainya.Atau dengan erti kata lain,ada perubahan ke arah lebih baik dalam hidup kita walaupun Ramadhan telah berlalu.

Kesimpulannya,ambillah kesempatan waktu untuk kita semua bermuhasabah diri kita.Dan setiap kali nafas dihembus,ambillah peluang untuk berzikir dan berselawat.Semoga kita semua sentiasa dipelihara olehNya.

Akhirul kalam,selamat menjalani ibadah puasa dan ambillah kesempatan ini untuk kita pertingkatkan amalan kita sebagai bekalan rohani dan persediaan untuk alam sana.

Assalamualaikum..

Thursday, August 20, 2009

Sebulan yang menghadiahkan kegembiraan

Assalamualaikum minna-san...

Belum terubat lagi sedihnya berpisah dengan tema-teman yang ke Bandung,kesedihan kerana sebuah perpisahan terus menerpa.Pada 18hb Ogos aku berpisah dengan rakan-rakan pra-medik,dan 19hb Ogos aku berpisah dengan teman-teman sekursus denganku di Pengkalan Chepa.

.....19hb Julai...

"Nama sapa?"
"Huda.Awak?"
"Siti Fatimah...tapi panggil CT je."

Itulah dialog yang saya ingat pada hari pertama saya tinggal di asrama di Bangunan Al-Hikma ABIM kerana mengikuti kursus sebagai persediaan dan mempelajari Bahasa Arab 'Amiah dan Al-Quran.
Pada hari pertama di dalam kelas,saya lebih senyap sahaja.Di sebelahku,Afifah dari Pahang,seorang pelajar lepasan STAM yang baru-baru ini mendapat keputusan Mumtaz dalam peperikasaan itu.Dan rakan sebelahnya ialah CT,seorang kelahiran Bukit Mertajam namun sekarang menetap di Pendang.
Tidak berapa lama...muncul seorang pelajar perempuan,masuk ke bilik kuliah.Seingat aku baju kurungnya berwarna seakan-akan coklat,lalu duduk mengisi kerusi kosong di sebelah kiriku.Dia memperkenalkan diri.Namanya Nabihah Husna(nama yang cantik bagiku).Namun cukup sekadar dipanggil Nabihah.Dia teman sebilikku dan seorang pelajar x-maahadian lilbanat.
Beberapa minit kemudian,datang seorang pelajar perempuan yang kecil badannya dan comel sungguh!Datang dan duduk di sebelah CT.Alia Aqilah itulah nama diberi.Berasal dari Selangor tetapi menetap di Jitra.
Dan...kelas Lughatul 'Arabiyyah bagi topik Perbendaharaan yang dikendalikan oleh Ustaz Othman pun bermula.
Petang itu,saya harus pulang ke rumah kerana ummi menjemputku untuk berbuka puasa di rumah.Sedang saya bersiap..seorang pelajar perempuan jadidah pula datang.Kami bersalaman.
"Huda."
"Hajar."
Oohh..Hajar namanya.Orangnya cukup mesra.Rasa-rasanya,jika anda bertemu dengan dia,sesaat kemudian setelah berkenalan dengannya pasti suka berborak dengannya.Hajar,pelajar dari Terengganu,negeri jiran Cik Siti Wan Kembang.
Keesokan harinya,datang lagi pelajar baru dari Salor,Kelantan.Orangnya tinggi lampai,dan manis sekali senyumannya.Itulah Anis,hobinya suka bawa kami jalan-jalan dengan kereta Citranya(hehe thanx ya!).

Semakin hari kami bersama,semakin erat ukhwah kami bertujuh.Alhamdulillah...betapa syukurnya saya kerana dikurniakan sahabat yang baik!
Teringat lagi,jika di siang hari kami akan bersantap di warung milik seorang makcik di hadapan bangunan itu.Dan di malam hari,kami beramai-ramai menikmati makanan di Restoran Ala-Carte.Sudah rutin kami kerana itulah kedai makan yang terdekat di situ.
Kecuali pada hari Selasa,kami wajib ke pasar malam sehingga kami kadang-kadang pening untuk membeli apa ketika di situ.

"Ya Allah...terima kasih kerana pertemukan kami semua.Terima kasih kerana merahmati persahabatan kami.Walaupun selepas ini kami mungkin tidak dapat lagi merasai suasana seperti itu,namun eratkanlah persahabatan kami dengan kasih dan sayang keranaMu ya Allah."

Sahabat...sayang kalian.Sahabat...rindu kalian.Walaupun sebulan sahaja kita bersama,namun harga persahabatan kita lebih dari itu.Kenang kalian dalam doaku.

Buat para mursyid wa mursyidah...iaitu Ustaz Wan Zainuddin,Ustaz Wan Hassan,Ustaz Othman,Ustaz Yuzakki,Ustaz Ghazali,Ustaz Karim,Ustaz Faisal,Ustazah Safinah,Madam Maheran,Cikgu Rokiah,Ustaz Asyraf,Ustaz Mahmud,Kak Sue dan sesiapa yang berkenaan...syukran jazilan lakum kerana memberi ilmu serta bimbingan saya dan teman-teman supaya kami lebih bersedia untuk berjuang di Ardhu Anbiya'.Terima kasih yang infiniti atas kesudian antum yang tidak putus-putus memberi kami ilmu.Maafkan kami jika ada khilaf dalam kata-kata dan perbuatan kami.Atamanna antum fi ri'ayatillah.

Dan...terima kasih juga kepada Tullab yang banyak membantu kami ketika kami perlukan pertolongan kalian.Dan kalian amat baik terhadap kami.Syukran lakum.

Oleh itu,semoga Allah mempertemukan kita semua lagi pada masa akan datang.Ilalliqa'...Assalamualaikum.


kelas kuliah kami yang sunyi....

Perpisahan..Ilalliqa'

Assalamualaikum minna-san..

Kali ini postingku agak bernada sedih,sering dengan hati yang sedang sedih ini.Siapa yang tidak sedih.Bak orang kata,"dah kamcing laa kami ni","aku kau,kau aku.." dan seumpamanya.Walaupun persehabatan terjalin baru setahun jagung,keakraban kami dapat menggambarkan bahawa kami sudah bertahun lama berkenalan.Bahkan jika kami berjumpa di luar,boleh kecoh tempat itu.

"Waaahh cantik ko!Hehehe ade pape ke?"
"Eh ko nie tak leh blah langsung!"

Betapa saya rindukan suasana kecoh itu.Keriangan serta gelak tawa mereka kerap berdesing pada gegendang telinga.Ingin sekali menitiskan air mata namun ditahan juga.Bukanlah berlagak kuat atau tenang,namun cuma ingin mempraktikkan sabar akan ujian perpisahan ini.Jika boleh ingin sahaja saya meraung,menjerit kenapa kami perlu berpisah.Tapi...segala rancangan dan ketentuan Allah itu tersirah penuh hikmah.

"Cik Laaaatttt!!!"
"Tiqohh wehhh~"
"Eh Yati ko tau tak nak jawab soklan nie?"
"Tomet ko nie..."
"Anis nak kirim makanan?"

Teman serumahku yang kurindui...terima kasih kerana sudi terima saya sebagai teman kalian.Kenangan dengan kalian cukup bermakna buat saya.Kadang-kadang apabila berseorangan,teringat kita berkumpul ramai-ramai,makan bersama-sama,usik antara satu sama lain,belajar sama-sama dan sebagainya.Jika ada pita video yang merakamkan kesemuanya,ingin sekali saya memainkannya sekali lagi atas kerinduan yang membahang pada hati kecil ini.

Leila...my dearest roomate!Memang syok dapat teman sebilik dengan kamu.Syukur sangat!Jika minum milo,ingatlah saya ya!
Tiqoh~aa!!!(bahasa kami berdua hehe^^)
Tomet...rindu kamu...insyaAllah kita dipertemukan di Mesir.
Yati...terima kasih banyak kerana dahulu banyak ajar saya perkara yang tidak difahami.Cukup menyenangkan duduk di sebelah kamu di kelas.
Anis...semoga enti sukses.Semoga enti istiqamah dalam peribadi enti yang cantik itu.

"Diela...aku dah beli CD gokusen 3 laa~"
"Dibah thanks banyak-banyak ye."
"Eh Cha~aku nak cakap ngan ko jap."
"Apsal laa ko nie kecik Nad??"
"Farah dah beli tiket??"

Jiran rumahku(hehehe^^)...kalian cukup baik buat saya.Diela,Dibah,Macha..kita ade minat yang sama.Gilakan cerita Jepun!Jumpa sahaja pasti kita borakkan tentang cerita Jepun.Oyasumi' laa...Ohaiyo laaa...Jaanae laa..Rinduuu sangat!Farah,geng kelantan saya.Semoga kamu najah di sana.(Hidup Klate!Hehehe).Nad~kamu sungguh baik.Berborak dengan kamu sungguh menyenangkan hatiku.

"Ichaaaa~nak pesan makanan bolehhh??"

Icha...walaupun kamu tidak tinggal di asrama,kamu cukup baik dengan kami semua.Sering menghantar makanan kepada kami,sehingga 'free of charge'lah kalatakan!Terima kasih banyak-banyak.(^_^)Dan..terima kasih kerana mengajar saya membina sebuah blog.Syukur Alhamdulillah..^^,

Leila,Tiqoh,Tomet,Yati,Anis,Macha,Diela,Dibah,Nad,Farah dan Icha...terima kasih atas persahabat yang kalian jalinkan dengan saya.Maafkan saya jika pernah tersilap kata dan perbuatan.Semoga kalian mumtaz dan najah di Bandung,Pulau Jawa(kecuali Tomet insyaAllah yang akan ke Mansoura,semoga kamu najah juga!).
Sama-samalah kita jaga diri,iman,Islam dan martabat kita sebagai Muslimah.
Wa akhiran...atamanna antunna fi ri'ayatillah(^^,)

Salamualaikum...



kenangan di USU,Medan

Friday, August 14, 2009

Buah Manggis dan Islam

source : jiwang.org

Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng.
Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu.
Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman.

Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin.
Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.

"Aku nak tanya lak.
Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man.
Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkay cina ini.

Tapi...
"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya.

Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentang Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.
Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya.
Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman.

"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.
Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.

"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis.
Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal.
Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama.

Ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak.
Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia.
Kamu ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar.
Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa.
Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh.
Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya."

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

Y U N : Pendapat saya,kisah ini baik untuk kita.Kiasan yang diberi memang bagus!Walaupun pada awalnya saya tertanya apakah kesudahannya?Apakah yang terjadi pada Ah Seng?But eventually..hati saya terdetik.Apa-apa pun yang berlaku pada Ah Seng hanya terpulang kepada pengarang cerita ini,tapi pokoknya adalah hayatilah setiap amalan yang diperintahkan Tuhan.

Ibarat kita menghafal al-Quran tanpa memahami maknanya.Memang ia cukup bagus jika kita mengingati ayat-ayat Allah,namun bagaimana pengisiannya?Oleh itu,jika boleh,fahamilah mafhumnya juga.Barulah kita lebih 'arif apa yang kita bacakan dalam hafalan tersebut.InsyaAllah^^,
(nasihat kepada diriku dan juga perkongsian buat teman-teman)

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah...

video

sumber : Berita Harian Online

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia



Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

p/s...Baru sahaja menonton rancangan 'Nasi Lemak.Kopi O' di TV9.Mereka menjemput ahli jemaah Rabbani.Sedih menatap,hiba mulai mengisi rongga dada.Pemergian beliau amatlah ditangisi,tapi kita sebagai hamba yang masih menapak di bumi Allah ini wajib meneruskan perjuangan demi agamaNya.Dan...takziah dariku buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri,kumpulan Rabbani dan sesiapa yang pernah berjuang dengan arwah dalam arena perjuangan dakwah ini.

Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan para kekasihNya.Amin

Setelah aku berpaling dari jalan-Mu

BY : Faramelati
( p/s...kpd akk faramelati...syukran ya beri izin copy paste d cni^^, )

Source : ILuvislam

Sunyi…

Kosong...

Itulah dua perkataan yang dapat kuungkapkan, yang menggambarkan keadaan diriku pada malam ini. Walaupun lambakan tugasan kuliah menanti untuk disiapkan, namun hati ini tidak menginginkannya, seperti ada perkara lain yang menanti.

Hatiku sangat sunyi, sayu, kosong dan rindu, rindu pada perjuangan dakwah yang selama ini dilalui dengan penuh semangat dan ketabahan, rindu pada sahabat-sahabat yang selama ini memberi dorongan pada diriku tanpa kusedari.

Rindu pada kesibukan dakwah sehingga tiada masa lapang yang tinggal, rindu pada pesanan-pesanan dan nasihat untuk diri ini yang sentiasa dan amat lemah, rindu untuk meneruskan perjuangan Allah dan Rasul-Nya


~~~ @>---- ~~~


"Assalammualaikum wbt enti. Maaf, ana rasa ana dah tak mampu lagi nak teruskan perjuangan dalam kerja dakwah. Ana betul-betul sudah tidak larat enti.
Ana sudah tidak mampu untuk berkorban masa dan tenaga ana untuk dakwah.
Ana nak mufaraqah, ana harap enti tak akan telefon ana buat sementara waktu ni.
Ana belum bersedia untuk berhadapan dengan enti.
Wassalam”


Pantas sahaja tanganku menaip sms khas buat murabiyyahku.

Ya Allah, betulkah tindakanku ini?
Tetapi, aku tidak sanggup lagi Ya Allah.
Aku tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan-Mu
dan penuh tekad aku mufaraqah dari jalan dakwah
yang menjadi sunnah perjuangan Rasulullah SAW.


Hatiku menjadi semakin tenang dan lega kerana segala bebanan yang selama ini bersarang di hati, telah kuluahkan. Aku telah berterus-terang dan aku merasakan bahawa inilah hak yang patut aku dapat. Aku mula merancang perjalanan hidupku di dunia yang baru kelak, pasti banyak dapat aku lakukan kerana tiada sudah pembahagian masa yang perlu aku buat untuk jalan dakwah. Tambahan pula, sekarang waktu cuti, jadi aku mempunyai masa untuk mengatur semula hidupku apabila bermulanya musim kuliah nanti. Aku bertekad untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti kelak.

Tetapi, aku berfikir sejenak, macam mana dengan pengisian rohaniku?
Makanan rohaniku?


Ah, tak payah fikir. Pergi sahaja ke masjid, dengar ceramah, pergi ke kelas-kelas agama, kekalkan amalan harian yang sama selama ini dilakukan.
InsyaAllah kau masih mampu bertahan.


Inilah kata hatiku yang kukira sudah tepat dengan diriku. Namun, aku ingatkan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan di tengah hari. Puas aku menangis kerana perancangan hidupku gagal, namun rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang sangat indah dan cantik.

Masuk sahaja semester baru di universiti, aku tutup kisah lama. Aku simpan rapi di dalam laci yang berkunci. Aku mula melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di universiti. Semua yang aku ingin cuba semasa berada di jalan dakwah dulu, aku lakukan sekarang. Aku rasa puas kerana impianku tercapai. Banyak sijil dan penghargaan telah kuterima di atas penglibatanku.

Perhubungan antara lelaki dan perempuan
, yang cukup aku jaga dahulu, hilang entah ke mana. Kalau kiranya aku dapat melihat catatan malaikat Raqib dan Atid, pasti catatan di sebelah kiriku semakin hari semakin banyak. Banyak dosa telah aku himpunkan, namun satu perkataan taubat pun tidak aku pohon daripada-Nya. Mungkin kerana keseronokan hidup yang aku alami sekarang dan juga kepuasan diri yang aku idam-idamkan selama ini.

Namun, sebenarnya, rasa puas itu hanya terpamer di riak wajah sahaja kerana, saban hari aku mula lalai dengan hidupku, lalai dengan dunia yang menjanjikan keseronokan yang palsu. Dalam seminggu, hanya 1 atau 2 ceramah atau kuliah di masjid yang aku hadiri, itupun kalau aku teringin nak pergi. Nak menjaga amalan harian pula sangatlah susah. Aku mula menjauhkan diri dari melakukan solat dhuha, kemudian, bacaan mathuratku, tahajudku, istighfarku dan paling menyedihkanku ialah bacaan al-Quranku. Entah ke mana perginya. Alhamdulillah, imej seorang muslimah masih aku kekalkan kerana itu sudah sebati dalam diriku.

Aku mula rasa bosan dengan cara hidupku yang begini. Saban hari aku merungut kerana banyak masa kosong yang tidak terisi. Padahal lambakan tugasan menantiku, sehinggalah pada suatu hari, aku terasa sangat sunyi dan rindu, rindu pelukan dan kasih sayang daripada Allah SWT, rindu pada nikmat-Nya, rahmat-Nya dan buat pertama kalinya aku rindu pada cara hidup Islam yang sebenar. Aku terasa terasing di bumi sendiri.

Malam itu aku menangis sepenuh hati, menangis kerana aku rasa akulah hamba Allah yang paling hina sekali, menangis memohon keampunan daripada Allah dan ketika itulah Allah memberikan hidayahNya. Seoarang muallaf, kenalanku semasa sama-sama belajar di matrikulasi dulu, menelefonku. Memang tepat pada waktunya, dia bertanyakan keadaanku.

Bagaimana.. adakah jalan tarbiyah masih menjadi laluan?
Adakah cara hidup islam itu masih aku amalkan sepenuhnya?


Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menangis semahu-mahunya dan menceritakan apa yang telah kulalui selama ini. Aku mengadu padanya kerana aku tahu, hanya dialah sahabat yang Allah telah pilih untuk membantuku dan dialah yang Allah pilih untuk menjadi laluan kepadaku berpatah semula di jalan dakwah ini.

~~~ @>---- ~~~


Bermula episod malam itu, aku tutup semua kisah hidupku semasa aku tersasar dari landasan dakwah ini. Aku bina hidup baru dengan harapan baru dan sinar cahaya Islam yang semakin bersinar.

Aku bangkit kembali daripada kejatuhan
dan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi.

Aku mahu terus berdiri
dan berlari dalam memperjuangkan Islam.

Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku
dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini.

Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku
dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan.

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)










My Mother

Assalamualaikum minna-san!

How are you today?I hope that all of you always in healthy ,masruran and under His barakah.InsyaAllah...amin.
My topic for this time suppose to be my second round morning talk(monitored by Madam Maheran) but i feel that we don't have much time to do the second round.But,because I really want to share my speech,so I am honoured to put it here.Hehe^_~

It is entitled My Mother.I've got inspired this idea from a such beautiful,harmonic song which entitled "Your Mother" sang by group of children whose conducted by Yusuf Islam.I guarantee that all of you very common to this song.When I was listening to this song,I could grab some points about mother that I can present in class.Furthemore, it has meaningful message that can be pictured.

The song reminds me about a hadith from our prophet who explained to us that who should we obey after Allah and Rasulullah as was asked by a companion.Then he answered smoothly,"your mother"."Who next?"."Your mother"."Who next?"."Your mother.""Who next?"."Then your father".
Subahanallah!How great a mother whose we must obeyed the most after Allah and Rasulullah.
Okey let's read the lyrics of the song.

"Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother."

Eventhough I know that this song has light message so that kids could understand better of what it wants to be conveyed,it still could burst my eyes into tears.How I miss my ummi so much in longing her smiling,advices,loving and many more.The memories between my ummi and I,suddenly, flash fleetingly over my mind.I replay them back,the moment where she bathed me when I was in primary(I think when I was 7),the moment where she cooked for me(I really adore her cooks),the moment she felt angry at me(because I was too naughty hehe^^),the moment she made orange juice when I missed her hand-made juice...and so on.
Haaahhh~such beautiful memories...

As I look at her shiny eyes...I feel pleasure and pleasent.Thus,I really hope that my ummi is granted happiness and hasanah from Allah.Amin.I know that couldn't repay back as much as she has sacrificed for me.And I know her past life wasn't as lucky as me nowadays.
When she was still young,she had to work as hard as she could in addition she lost her parent at young age.Maybe the past made her stronger today.
But her past could also can be a motivation for me to be strong in dealing whatever comes to me in my life.InsyaAllah...hope Allah gives me stregthen and patience in facing anything in this brief journey.Amin...

Ok!I think that's all for now.Hehe^^, so apperciate every single second and time that you spend with you mother(...also your father~).
Cherish them with your obedience and loyalty,plus pray to Allah for them.^^,
Assalamualaikum...

Friday, August 7, 2009

Hijab milik muslimah

video

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah Annur,31)


Rindu berlabuh,kasih bertandang..

Assalamualikum ya sObahati..

Rindu pula saya untuk menyambung penulisan saya di blog kesayangan saya ini.Dan rindu juga rasanya pada teman-teman yang sudah lama tidak ku jumpa.Tidak kiralah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.Semoga Allah melindungi diri kamu semua tidak kira ke mana kaki melangkah.

Sebut sahaja ungkapan rindu ini,teringat pula pada sebuah perasaan yang membuatkan hati dibahang rindu.Itulah perasaan sayang,kasih dan cinta.Saya pasti ramai yang tahu apa erti ketiga-tiga perkataan tersebut,dan rasanya jika ditanya pasti jawapannya seakan-akan tapi masih ada perbezaan.

Khamis lepas,saya dan rakan-rakan Kursus Bahasa Arab menghadiri kelas Smart Study yang di'conduct' oleh Cikgu Rokiah,seorang kaunselor.Dalam perbicaraan beliau,diselitkan juga erti ketiga-tiga perasaan itu.

Pertama,perasaan sayang.Sayang menurut beliau adalah perasaan untuk satu hala sahaja dan hanya kita yang mendapat faedah daripada perasaan tersebut.Sebagai contoh,jika kita menyayangi seseorang kerana kesopanannya,kita akan senang melihatnya apatah lagi dapat menatapnya hari-hari!Pendek kata,perasaan senang itu akan berpihak pada diri kita.

Seterusnya istilah untuk perkataan kasih.Kasih adalah perasaan dua hala dimana sayang kita itu berbalas.Maknanya,kedua-dua pihak mendapat faedahnya.Sebagai contoh,apabila seorang si ibu menyayangi anaknya dan anaknya juga menyayanginya,perasaan kasih itu akan subur.Si ibu sentiasa di sisi anaknya dan anaknya pula tidak letih tangan membantu ibunya.Itulah hebatnya kasih!

Terakhir adalah cinta.Menurut beliau,cinta adalah sesuatu yang amat kompleks dan sukar untuk diceritakan.Kenapa?Kerana ianya kompleks!Namun menurut hemat saya sendiri,cinta itu adalah sesuatu perasaan di mana kita sanggup membuat apa sahaja untuk perkara yang kita cintakan.Kerana itulah kita harus mengutamakan cinta kita kepada Allah terlebih dahulu.Kenapa?Kerana kita ini hambaNya.Pengabdian kita terhadapNya sangatlah wajib dalam kehidupan kita kerana dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
Teringat pula saya pada buah bicara Ustaz Wan Zainuddin,ustaz Lughah 'Amiah saya di ABIM,bahawa kita harus cakna dengan konsep Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah.Dari situlah munculnya pengabdian kita dalam beribadat kepada Allah.

Berbalik pada istilah cinta,menurut Cikgu Rokiah,cinta itu sememangnya tidaklah buta namun yang butanya adalah manusia itu sendiri.Kerana itulah kita harus berwaspada dengan pesona dunia yang bisa meracunkan madu iman.


video

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.