Assalamualaikum minna-san!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita tenaga untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu puasa selama sebulan di Bulan Ramadhan yang mulia ini.Dan maafkanlah diri ini jika terlewat untuk mengucapkan salam Ramadhan mubarak kepada muslimin serta muslimat.Semoga puasa ini dapat meningkatkan lagi taqwa kita kepada Allah Ta'ala yang bertetapan dengan mafhumNya,
"Wahai orang-orang yang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang yang terdahulu dari kamu,supaya kamu bertaqwa."
(2 : 183)
Ini bermakna,tujuan kita berpuasa adalah untuk menjadi dalam golongan orang yang bertaqwa.Namun,bagaimanakah kita ingin merealisasikan tujuan itu?
Saya pernah terbaca majalah SOLUSI,isu nombor 10,ada mengatakan Imam Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkatan(dari kaca mata tasawuf) iaitu :

Shaum al-Umum (puasa orang kebanyakan)
~sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta
anggota sulit daripada syahwat
Shaum al-Khusus (puasa khusus)
~ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada
melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut :
# menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
#menjaga lisan daripada berdusta,memfitnah dan mengucap perkataan-perkataan keji
#menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
#menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif
#menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa
#menjaga hari agar berada antara khauf(takut) dan raja'(berharap) dan sedar bahawa
Allah berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita
Shaum Khusus al-Khusus (puasa golongan yang khusus daripada khusus)
~puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu :
#para nabi
#al-Siddiqun(orang-orang yang jujur)
#al-Muqarrabin(orang-orang dekat yang dekat dengan Allah)
~puasa golongan ini menduduki tingkatan yang tertinggi yang mana puasa mereka mencakupi puasa hati daripada sesuatu yang hina dan daripada urusan duniawi dan hanya mengharapkan bekal ukhrawi.
Sahabat sekalian,setelah membaca tiga peringkat di atas ini,agak-agaknya,di manakah tahap kita ya?Kita mungkin tidak dapat mengukur keimanan dan ketaqwaan kita kerana ianya hanya diketahui oleh Allah sahaja.Namun,kesannya dapat dirasai oleh tuan jasad sendiri kerana saya pernah terdengar ceramah oleh seorang ustaz.Menurut beliau,antara tanda ibadah puasa yang diterima oleh Allah ialah,kita terus istiqamah dengan amalan yang dikerjakan ketika bulan Ramadhan umpanya membaca al-Quran,mengerjakan solat sunat dan sebagainya.Atau dengan erti kata lain,ada perubahan ke arah lebih baik dalam hidup kita walaupun Ramadhan telah berlalu.
Kesimpulannya,ambillah kesempatan waktu untuk kita semua bermuhasabah diri kita.Dan setiap kali nafas dihembus,ambillah peluang untuk berzikir dan berselawat.Semoga kita semua sentiasa dipelihara olehNya.
Akhirul kalam,selamat menjalani ibadah puasa dan ambillah kesempatan ini untuk kita pertingkatkan amalan kita sebagai bekalan rohani dan persediaan untuk alam sana.
Assalamualaikum..

No comments:
Post a Comment