Assalamualaikum minna-san...
Belum terubat lagi sedihnya berpisah dengan tema-teman yang ke Bandung,kesedihan kerana sebuah perpisahan terus menerpa.Pada 18hb Ogos aku berpisah dengan rakan-rakan pra-medik,dan 19hb Ogos aku berpisah dengan teman-teman sekursus denganku di Pengkalan Chepa.
.....19hb Julai...
"Nama sapa?"
"Huda.Awak?"
"Siti Fatimah...tapi panggil CT je."
Itulah dialog yang saya ingat pada hari pertama saya tinggal di asrama di Bangunan Al-Hikma ABIM kerana mengikuti kursus sebagai persediaan dan mempelajari Bahasa Arab 'Amiah dan Al-Quran.
Pada hari pertama di dalam kelas,saya lebih senyap sahaja.Di sebelahku,Afifah dari Pahang,seorang pelajar lepasan STAM yang baru-baru ini mendapat keputusan Mumtaz dalam peperikasaan itu.Dan rakan sebelahnya ialah CT,seorang kelahiran Bukit Mertajam namun sekarang menetap di Pendang.
Tidak berapa lama...muncul seorang pelajar perempuan,masuk ke bilik kuliah.Seingat aku baju kurungnya berwarna seakan-akan coklat,lalu duduk mengisi kerusi kosong di sebelah kiriku.Dia memperkenalkan diri.Namanya Nabihah Husna(nama yang cantik bagiku).Namun cukup sekadar dipanggil Nabihah.Dia teman sebilikku dan seorang pelajar x-maahadian lilbanat.
Beberapa minit kemudian,datang seorang pelajar perempuan yang kecil badannya dan comel sungguh!Datang dan duduk di sebelah CT.Alia Aqilah itulah nama diberi.Berasal dari Selangor tetapi menetap di Jitra.
Dan...kelas Lughatul 'Arabiyyah bagi topik Perbendaharaan yang dikendalikan oleh Ustaz Othman pun bermula.
Petang itu,saya harus pulang ke rumah kerana ummi menjemputku untuk berbuka puasa di rumah.Sedang saya bersiap..seorang pelajar perempuan jadidah pula datang.Kami bersalaman.
"Huda."
"Hajar."
Oohh..Hajar namanya.Orangnya cukup mesra.Rasa-rasanya,jika anda bertemu dengan dia,sesaat kemudian setelah berkenalan dengannya pasti suka berborak dengannya.Hajar,pelajar dari Terengganu,negeri jiran Cik Siti Wan Kembang.
Keesokan harinya,datang lagi pelajar baru dari Salor,Kelantan.Orangnya tinggi lampai,dan manis sekali senyumannya.Itulah Anis,hobinya suka bawa kami jalan-jalan dengan kereta Citranya(hehe thanx ya!).
Semakin hari kami bersama,semakin erat ukhwah kami bertujuh.Alhamdulillah...betapa syukurnya saya kerana dikurniakan sahabat yang baik!
Teringat lagi,jika di siang hari kami akan bersantap di warung milik seorang makcik di hadapan bangunan itu.Dan di malam hari,kami beramai-ramai menikmati makanan di Restoran Ala-Carte.Sudah rutin kami kerana itulah kedai makan yang terdekat di situ.
Kecuali pada hari Selasa,kami wajib ke pasar malam sehingga kami kadang-kadang pening untuk membeli apa ketika di situ.
"Ya Allah...terima kasih kerana pertemukan kami semua.Terima kasih kerana merahmati persahabatan kami.Walaupun selepas ini kami mungkin tidak dapat lagi merasai suasana seperti itu,namun eratkanlah persahabatan kami dengan kasih dan sayang keranaMu ya Allah."
Sahabat...sayang kalian.Sahabat...rindu kalian.Walaupun sebulan sahaja kita bersama,namun harga persahabatan kita lebih dari itu.Kenang kalian dalam doaku.
Buat para mursyid wa mursyidah...iaitu Ustaz Wan Zainuddin,Ustaz Wan Hassan,Ustaz Othman,Ustaz Yuzakki,Ustaz Ghazali,Ustaz Karim,Ustaz Faisal,Ustazah Safinah,Madam Maheran,Cikgu Rokiah,Ustaz Asyraf,Ustaz Mahmud,Kak Sue dan sesiapa yang berkenaan...syukran jazilan lakum kerana memberi ilmu serta bimbingan saya dan teman-teman supaya kami lebih bersedia untuk berjuang di Ardhu Anbiya'.Terima kasih yang infiniti atas kesudian antum yang tidak putus-putus memberi kami ilmu.Maafkan kami jika ada khilaf dalam kata-kata dan perbuatan kami.Atamanna antum fi ri'ayatillah.
Dan...terima kasih juga kepada Tullab yang banyak membantu kami ketika kami perlukan pertolongan kalian.Dan kalian amat baik terhadap kami.Syukran lakum.
Oleh itu,semoga Allah mempertemukan kita semua lagi pada masa akan datang.Ilalliqa'...Assalamualaikum.
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment