Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Sunday, July 31, 2011

Road to Taqwa




Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,

Pagi tadi berjalan dengan ummi, baru pulang dari kedai makan berhampiran rumah. Subahanallah wa hamdulillah dapat jugak menjejak kaki ke bumi Kelantan, setelah rindu berkembang sewaktu di Mesir. Rindu untuk melihat suasana kampung sendiri dan keadaan di sana. Sempat juga bertemu dengan seorang makcik yang juga jiran kepada saya. Alhamdulillah beliau baik2. Berjalan lagi, terlihat surau dekat rumah. "Surau kampung Putih". Ke surau inilah saya kadang2 datang solat berjemaah dan juga solat terawih. Rindu. Ya memang rindu. :')

Tiba2, ummi berkata,

"Alhamdulillah lah dulu duduk kat Sabah."

Saya hanya berpaling ke arah ummi dan menunggu ummi untuk menyambung kata2 nya.

"Walau mula2 tak seronok tinggal kat sana, tapi nasib baik juga
dapat pindah kat sana. Jumpa juga ustaz yang boleh ajar anak2 ummi mengaji (al-Quran)."

Sambungnya lagi,

"Yelah, masa sebelum pindah ke sana, berapa kali tukar ustaz nak ajar mengaji.
Ada yang sampai tertidur duk tengah2 mengajar."

Aku hanya diam sahaja melihat ummi.

'Mungkin penat...,' bisik hati.

"Alhamdulillah, ustaz Ibrahim memang bagus. Ajar mengaji..."

Aku pun mulakan bicara,

"Ouh, ummi, dengar khabar ustaz Ibrahim dah meninggal. Betul ke?"

"Kalau cek nama kat sekolah dia mengajar, memang dah meninggal.
Lagipun masa dia mengajar Yun dan Lah dulu, dia
memang selalu pening2 kepala."

Wallahu'alam. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kerana pada suatu hari, ayah ada urusan di Sabah. Kerana telah lama 'lost contact' dengan mereka yang kami kenal di sana, ayah bertanya khabar tentang mereka. Iyalah, dahulu bukannya ada Facebook, Twitter mahupun Friendster.
Salah seorang yang ditanya adalah ustaz Ibrahim. Walau apa2 pun, saya begitu berharap beliau sentiasa dirahmati dan semoga mendapat kebahgiaan di dunia dan akhirat. Amin.

Berbisik hati sendiri,"Alhamdulillah...untuk segala-galanya." :)

...............................................................

Kenapa bicara kali ini tentang perkara ini?
Kerana perbualan saya berkait rapat tentang al-Quran sebenarnya.

SYAHRUL QURAN
Bulan Quran. Inilah salah satu panggilan buat bulan Ramadhan. Panggilan ini disebut kerana bulan mulia ini berkait rapat dengan al-Quran iaitu penuzulan atau penurunan al-Quran kepada Rasulullah melalui Jibirl 'alaihissalam. Bermula dari situ, ayat2 al-Quran dibacakan kepada orang Islam dan seterusnya kepada generasi sekarang. Subahanallah. Tersebar luas sehingga ianya sampai kepada kita.

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan
al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu
dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)"....ila akhiril ayat.
[2 : 185]

Saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakan tentang perkara ini secara lebih dalam, kerana mengakui diri ini perlu banyak lagi dipelajari. Namun, ingin saya kongsi dengan sahabat2 pengalaman saya yang berkait rapat dengan al-Quran.

Dahulu, sewaktu form 3, saya bersekolah di SMA Tengku Amalin Aisyah Putri. Fuhh, inilah satu2 nya nama sekolah yang paling panjang yang pernah saya bersekolah. Di sana, kami ada subjek al-Quran untuk hafalan.
Ingat lagi, kadang2 terbongkok-bongkok belakang ketika menghafal mahupun muraja'ah surah2 yang dihafal. Ketika itu, bagi saya, diri saya hanya 'buta hafal'. Maksud saya, ustaz suruh hafal, saya hafal. Iyalah, nama pun silibus sekolah. Kenalah hafal, tanpa memkirkan tentang betapa ada hikmahnya menghafal al-Quran.
Peperiksaan PMR semakin hampir. Hafalan semakin berkurang kerana ingin fokus kepada sembilan subjek penting dalam PMR. Ingat lagi, subjek yang paling saya ingin hindari adalah Sejarah. Sudahlah subjeknya berkait rapat dengan ayat semata, bukan seperti Matematik, dan perlu dihafal. Setelah hafal perlu diulang.
(Okeh berhenti mengeluh. Astaghfirullah...)
Dan, inilah yang dikatakan hikmah yang Allah hendak berikan dan ingin buka mata saya. Ketika hari peperiksaan untuk subjek Sejarah, berdebar sangat2. Tawakkal sahaja di dalam hati. Namun, sedang menjawab kertas Sejarah, lancar sahaja menjawab. Mulut yang sering kata "Payah...payah...payah...", alhamdulillah tangan senang untuk menjawab soalan.

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau
telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
[al-Insyirah : 6-8]

Subahanallah walhamdulillah... :)
Mungkin hikmahnya, menghafal al-Quran dapat melancar hafalan dan memudahkan bagi kita untuk ingat subjek yang kita belajar. Dan terdapat juga hikmah2 lain, insyaAllah.

ROAD TO TAQWA
Allah pernah berfirman dalam al-Quran agungNya, bahawa Allah telah mewajibkan ke atas kita sebagai orang beriman untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.

"Tak puasa.....tak boleh raya..."

Sebenarnya tidak. Errmm, mungkin ya. Namun tujuan yang paling tepat kita berpuasa adalah untuk mendidik dan menjadikan diri kita sebagai orang bertakwa.
Kenapa?
Saya rasa kita sedar, bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah. Tatkala bulan ini, ramai orang meningkatkan amalan masing2. Ibadah menjadi luar biasa. Sebagai contoh, kebiasaannya membaca al-Quran satu muka surat untuk satu hari, namun di bulan puasa, membaca Quran satu, mahupun lebih, juzu' yang dibaca. Begitu juga kunjungan ke masjid. Begitu ramai yang datang ke masjid untuk solat sunat Terawih secara berjema'ah. Apa yang ingin saya katakan, rajinnya kita pada bulan puasa untuk melaksanakan ibadah.
Dan....pelaksanaan ibadah ini persis benih2 di tanaman, dan jangan kita lupa untuk letakkan istiqamah agar semaian kita pada hari esoknya adalah TAQWA. Jadikanlah bulan puasa ini sebagai latihan untuk kita bagi memperhebatkan ibadat kerana Allah semata dan semoga kita menjadi orang yang najah. Najah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. :')

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan,
kesucian (dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik)
dan kecukupan."

Amin.

Oh ya, ingin saya berkongsi dengan sahabat tentang Ramadhan. Ramdhan juga dikenali sebagai :

1) Syahrul Ibadah (bulan ibadah)
2) Syahrul Fath (bulan kemenangan)
3) Syahrul Huda (bulan petunjuk)
4) Syahrul Ghufran (bulan keampunan)
5) Syahrul Salam (bulan keselamatan)
6) Syahrul Jihad (bulan perjuangan)

Dan, sama ada kita sedar ataupun tidak, Ramadhan telah mengukir sejarah yang tersendiri dalam pembinaan kejayaan jiwa insan yang benar2 menghayatinya. Antaranya :

  1. Perang Badar. Berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah dan umat Islam telah mencapai kejayaan.
  2. Pembukaan kota Mekah (fathu Makkah). Berlaku pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
  3. Berhala-berhala yang disembah sekian lama disekitar Baitullah dan kota Mekah dihancurkan pada tahun kelapan Hijrah.
  4. Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun 15H
  5. Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 584H.
  6. Mesir dan Syria menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah.
Saya kira, sampai di sini sahaja. InsyaAllah biiznillah, kita berkongsi lagi perkara bermanfaat.
Ahlan ya Ramadhan Kareem dan selamat berpuasa buat kaum Muslimin dan Muslimat. Semoga mendapat keredhaan Allah, insyaAllah.

Wallahu'alam....wassalam. :)

sumber :
- Solusi isu 34
-Fardu Ain edisi 3

Saturday, July 23, 2011

.:: R.E.A.D ::.

- picture from mr.g -

Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,

Sedang khusyuk mengemas buku2 medik dan majalah Solusi di bilik, terlintas di hati, bagaimana minat membaca dan juga menonton bahan ilmiah boleh bercambah dalam diri . Ya, bagaimana ? Mungkin faktor genetik, kerana ayah juga seorang yang kuat membaca . Pernah saya berborak dengan ayah tentang masalah lututnya yang menghidapi sakit 'gout' .

"Oh gout....itu disebabkan uric acid ."

Sukanya saya kerana baru belajar tentang uric acid dan boleh berkongsi dengan ayah . Dan kata-kata saya pantas dibalas ayah,

"Ha'ah, sebab banyaknya uric acid.....bla333..."

"Err....."

Tertunduk malu saya dengan ayah . Bidang medik terlalu jauh dengan bidangnya . Namun kerana sukanya membaca, ayah tahu tentang 'gout' (superficially) tanpa perlu diterangkan oleh saya . Perbualan terus terhenti di situ .

Faktor lain ? Ya masih ada juga faktor sampingan . Pernah dahulu, seorang sahabat datang bermalam ke rumah saya . Seingat saya mungkin waktu itu kami sama2 tingkatan 3 atau 4, mungkin . Sedang kami lepak di hadapan TV, saya berkali-kali menukar siaran . Oh ya, biasalah, saya dahulu memang minat menonton rancangan yang hiburkan hati, bukannya rohani . Namun semuanya menjamu bosan . Last2, saya berikan remote control kepada sahabat saya .

"Bibah, amik lah . Ikut laa nak tengok apa2 pun ."

"Ouh, buka TV1 la Huda . Tadi ternampak ada musabaqah hafazan Quran."

PAPPP !!! Terasa terkena pada batang hidung sendiri . Tanpa berkata-kata, saya turut kemahuan sahabat saya itu . Iya, alhamdulillah, rohani saya terhibur bahkan diri saya juga ralit menonton musabaqah itu . Subahanallah...kagum melihat anak2 muda yang mampu menghafaz seluruh juzu' al-Quran . Ya Allah, tertunduk malu diri .

Another factor ? Yup, there is another one . Ketika itu saya hadiri kursus Bahasa Arab di Abim Pengkalan Chepa selama sebulan . Walaupun rumah saya tidaklah jauh mana dari tempat tersebut, namun saya memilih untuk tinggal di asrama . Bersebelahan katil saya, seorang sahabat dari Bangi . Masih lagi saya ingat,

"Ouh Huda, kalau nak baca majalah ke buku ke ambil la dalam almari ."

"Okeh, terima kasih..."

Saya pergi melihat buku2 yang disusun di dalam almarinya . Subahanallah...semuanya buku2 yang berfaedah dan berilmiah .
Hendak dibandingkan dengan diri, bersusun2 buku komik....iya, hanya komik dalam almari di rumah . Seperti biasa, tertunduk malu....

BELAJAR BERENANG

(Ada sebuah kisah saya baca....)

Telah tamat sepuluh buku mengenai berenang dibacanya . Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang . Daripada kuak dada, kuak lentang, kuak kupu2 sehinggalah berenang gaya bebas .
Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya, dia masih tidak pandai berenang !

"Kau perlu ada guru . Jangan hanya membaca dari buku," nasihat seorang temannya .

"Baiklah . Mulai esok aku akan berguru ."

"Mula2, kita belajar mengapungkan diri," kata guru yang mengajarnya .

"Baik. Kemudian ?"

"Julurkan tangan kanan ke hadapan dan tarik ke belakang dan sebelum
tangan itu sampai ke belakang, hulurkan pula tangan kiri dan lakukan balik gerakan
seperti tangan kanan tadi. Lakukan berulang-ulang."

"Kedudukan kaki bagaimana?"

"Kaki hendaklah menguak air serentak dengan kuatkan tangan," kata guru itu.

"Perut, dada dan kepala bagaimana?"

Agak berbuih mulut gurunya memberi penerangan tetapi anak murid itu terus juga bertanya dan bertanya.
"Susah betul mengajar anak murid yang satu ini," keluhnya .

Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak bertanya seperti itu payah diajar.

"Engkau belajar sahajalah dengan guru saya,"katanya .

"Wah, tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru. Tentu guru itu mampu
menyelesaikan segala kekusutan ini," bisiknya .

Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus dibawa ke tepi kolam renang. Sebaik sahaja meletakkan barang2 nya, guru tersebut terus menolak murid itu ke dalam kolam.

"Tolong, tolong! Saya tidak pandai berenang!"

Guru itu cuma melihatnya dengan selamba . Murid tersebut tenggelam timbul dalam kolam. Dia mula panik dan begitu takut. Tetapi dalam keadaan terdesak itu, dia ingat semula ilmu renan
g yang telah dipelajarinya. Tangan, kaki, perut dan dadanya digerakkan mengikut apa yang telah dipelajari. Dia benar2 terdesak. Akhirnya, tanpa dia sendiri menduga.....badannya terapung dan dia sudah mula berenang !

(sumber dari Solusi isu no. 30)

Pengajarannya ?



Iya, ibarat pepohon tanpa buah...persis awan tanpa hujan....itulah kiasan bagi ilmu tanpa amal . Berapa banyak buku yang dibaca, jangan lupa untuk diamal. Tanpa amalan, sia-sia sahaja usaha membaca dan menuntut ilmu .

Inilah teguran untuk saya . Walaupun minat membaca saya lebih tertumpu kepada bahan2 ilmiah, saya perlu sedaya-upaya untuk mengamalkan apa yang saya baca . Dan, dalam membaca, jangan kita pantas merumus sesuatu perkara mengikut kefahaman kita (lebih2 lagi diri saya yang masih cetek dengan ilmu), namun rujuklah guru atau mereka yang lebih 'arif.
Perkara ini saya lihat banyak berlaku di alam maya ini kerana ramai yang lebih gemar merujuk artikel yang tidak pasti kesahihannya tanpa merujuk guru .
Sebagai contoh di Facebook, banyak artikel yang dikongsi, itu sesuatu yang baik namun andai perkara itu samar2, apatah lagi melibatkan aqidah dan hukum2 dalam agama, elakkan dari "sharing is caring" dan rujuklah kepada mereka yang 'arif terlebih dahulu .
Rentetan dari perkara ini juga, pernah saya menonton sebuah video yang dikongsi oleh seorang sahabat . Video itu menegur mereka yang bergelar "Facebook sheikh" supaya berhati-hati berkongsi sesebuah hadis . Untuk tahu lebih lanjut, klik sini A Message to The "Facebook Sheikh" .
Jadi, berhati-hatilah terutamanya diri saya ini . :)

Sampai di sini sahaja kali ini . InsyaAllah, semoga ada lagi kelapangan untuk berkongsi dengan sahabat2 . Allah yubarik 'alaina amin .

Wallahu'alam...wassalam .





nota : maaf kerana telah lama tidak update blog .

nota2 : alhamdulillah, selamat.........selamat sampai ke Malaysia dan bertemu keluarga semula .

nota3 : happy....boleh rasai lagi masakan ummi dan boleh lagi nikmati durian . hehe... ^^

nota4 : syukranlillah, dapat juga "lepak" di MPH :)

Wednesday, July 6, 2011

Insha Allah ! :)

Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,


video

INSYA ALLAH! ♥ by Ani

MAMA SAID I WAS BORN WITH A SMILE
TWINKLE IN MY EYES
READY TO MAKE A DIFFERENCE
I KNOW I HAVE SO MUCH TO LEARN
WITH EACH PATH AND EACH TURN
BUT I HAVE YOU FOR GUIDANCE
NO MOUNTAIN IS TOO HIGH
IF GOD WILLS ME TO TRY
IF I LIVE WITH A PASSION AND DETERMINATION
INSYA’ALLAH I’LL LIVE OUT ALL MY DREAMS
IF I FOLLOW MY HEART AND ALL OF MY SOUL
INSYA’ALLAH I WILL...
I KNOW I WANT TO MAKE MY LIFE COUNT
EVEN IN A SMALL AMOUNT
GIVES ME SATISFACTION
I ALWAYS WANTED TO REACH FOR THE STARS
EVEN IF ITS TOO FAR
I’VE GOT ALLAH FOR INSPIRATION
THE HURDLES THROWN MY WAY
GOES AWAY WHEN I PRAY...

p/s : I really love to listen to this song . Yup, another version of "InsyaAllah" song which is sang by different singer, absolutely, with different lyrics but deep way to it, it brings me the same message . :)

Subahanallah...ahsan jiddan !


lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.