Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,
Pagi tadi berjalan dengan ummi, baru pulang dari kedai makan berhampiran rumah. Subahanallah wa hamdulillah dapat jugak menjejak kaki ke bumi Kelantan, setelah rindu berkembang sewaktu di Mesir. Rindu untuk melihat suasana kampung sendiri dan keadaan di sana. Sempat juga bertemu dengan seorang makcik yang juga jiran kepada saya. Alhamdulillah beliau baik2. Berjalan lagi, terlihat surau dekat rumah. "Surau kampung Putih". Ke surau inilah saya kadang2 datang solat berjemaah dan juga solat terawih. Rindu. Ya memang rindu. :')
Tiba2, ummi berkata,
"Alhamdulillah lah dulu duduk kat Sabah."
Saya hanya berpaling ke arah ummi dan menunggu ummi untuk menyambung kata2 nya.
"Walau mula2 tak seronok tinggal kat sana, tapi nasib baik juga
dapat pindah kat sana. Jumpa juga ustaz yang boleh ajar anak2 ummi mengaji (al-Quran)."
Sambungnya lagi,
"Yelah, masa sebelum pindah ke sana, berapa kali tukar ustaz nak ajar mengaji.
Ada yang sampai tertidur duk tengah2 mengajar."
Aku hanya diam sahaja melihat ummi.
'Mungkin penat...,' bisik hati.
"Alhamdulillah, ustaz Ibrahim memang bagus. Ajar mengaji..."
Aku pun mulakan bicara,
"Ouh, ummi, dengar khabar ustaz Ibrahim dah meninggal. Betul ke?"
"Kalau cek nama kat sekolah dia mengajar, memang dah meninggal.
Lagipun masa dia mengajar Yun dan Lah dulu, dia
memang selalu pening2 kepala."
Wallahu'alam. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kerana pada suatu hari, ayah ada urusan di Sabah. Kerana telah lama 'lost contact' dengan mereka yang kami kenal di sana, ayah bertanya khabar tentang mereka. Iyalah, dahulu bukannya ada Facebook, Twitter mahupun Friendster.
Salah seorang yang ditanya adalah ustaz Ibrahim. Walau apa2 pun, saya begitu berharap beliau sentiasa dirahmati dan semoga mendapat kebahgiaan di dunia dan akhirat. Amin.
Berbisik hati sendiri,"Alhamdulillah...untuk segala-galanya." :)
...............................................................
Kenapa bicara kali ini tentang perkara ini?
Kerana perbualan saya berkait rapat tentang al-Quran sebenarnya.
SYAHRUL QURAN
Bulan Quran. Inilah salah satu panggilan buat bulan Ramadhan. Panggilan ini disebut kerana bulan mulia ini berkait rapat dengan al-Quran iaitu penuzulan atau penurunan al-Quran kepada Rasulullah melalui Jibirl 'alaihissalam. Bermula dari situ, ayat2 al-Quran dibacakan kepada orang Islam dan seterusnya kepada generasi sekarang. Subahanallah. Tersebar luas sehingga ianya sampai kepada kita.
"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan
al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu
dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)"....ila akhiril ayat.
[2 : 185]
Saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakan tentang perkara ini secara lebih dalam, kerana mengakui diri ini perlu banyak lagi dipelajari. Namun, ingin saya kongsi dengan sahabat2 pengalaman saya yang berkait rapat dengan al-Quran.
Dahulu, sewaktu form 3, saya bersekolah di SMA Tengku Amalin Aisyah Putri. Fuhh, inilah satu2 nya nama sekolah yang paling panjang yang pernah saya bersekolah. Di sana, kami ada subjek al-Quran untuk hafalan.
Ingat lagi, kadang2 terbongkok-bongkok belakang ketika menghafal mahupun muraja'ah surah2 yang dihafal. Ketika itu, bagi saya, diri saya hanya 'buta hafal'. Maksud saya, ustaz suruh hafal, saya hafal. Iyalah, nama pun silibus sekolah. Kenalah hafal, tanpa memkirkan tentang betapa ada hikmahnya menghafal al-Quran.
Peperiksaan PMR semakin hampir. Hafalan semakin berkurang kerana ingin fokus kepada sembilan subjek penting dalam PMR. Ingat lagi, subjek yang paling saya ingin hindari adalah Sejarah. Sudahlah subjeknya berkait rapat dengan ayat semata, bukan seperti Matematik, dan perlu dihafal. Setelah hafal perlu diulang.
(Okeh berhenti mengeluh. Astaghfirullah...)
Dan, inilah yang dikatakan hikmah yang Allah hendak berikan dan ingin buka mata saya. Ketika hari peperiksaan untuk subjek Sejarah, berdebar sangat2. Tawakkal sahaja di dalam hati. Namun, sedang menjawab kertas Sejarah, lancar sahaja menjawab. Mulut yang sering kata "Payah...payah...payah...", alhamdulillah tangan senang untuk menjawab soalan.
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau
telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
[al-Insyirah : 6-8]
Subahanallah walhamdulillah... :)
Mungkin hikmahnya, menghafal al-Quran dapat melancar hafalan dan memudahkan bagi kita untuk ingat subjek yang kita belajar. Dan terdapat juga hikmah2 lain, insyaAllah.
ROAD TO TAQWA
Allah pernah berfirman dalam al-Quran agungNya, bahawa Allah telah mewajibkan ke atas kita sebagai orang beriman untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.
"Tak puasa.....tak boleh raya..."
Sebenarnya tidak. Errmm, mungkin ya. Namun tujuan yang paling tepat kita berpuasa adalah untuk mendidik dan menjadikan diri kita sebagai orang bertakwa.
Kenapa?
Saya rasa kita sedar, bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah. Tatkala bulan ini, ramai orang meningkatkan amalan masing2. Ibadah menjadi luar biasa. Sebagai contoh, kebiasaannya membaca al-Quran satu muka surat untuk satu hari, namun di bulan puasa, membaca Quran satu, mahupun lebih, juzu' yang dibaca. Begitu juga kunjungan ke masjid. Begitu ramai yang datang ke masjid untuk solat sunat Terawih secara berjema'ah. Apa yang ingin saya katakan, rajinnya kita pada bulan puasa untuk melaksanakan ibadah.
Dan....pelaksanaan ibadah ini persis benih2 di tanaman, dan jangan kita lupa untuk letakkan istiqamah agar semaian kita pada hari esoknya adalah TAQWA. Jadikanlah bulan puasa ini sebagai latihan untuk kita bagi memperhebatkan ibadat kerana Allah semata dan semoga kita menjadi orang yang najah. Najah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. :')
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan,
kesucian (dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik)
dan kecukupan."
Amin.
Oh ya, ingin saya berkongsi dengan sahabat tentang Ramadhan. Ramdhan juga dikenali sebagai :
1) Syahrul Ibadah (bulan ibadah)
2) Syahrul Fath (bulan kemenangan)
3) Syahrul Huda (bulan petunjuk)
4) Syahrul Ghufran (bulan keampunan)
5) Syahrul Salam (bulan keselamatan)
6) Syahrul Jihad (bulan perjuangan)
Dan, sama ada kita sedar ataupun tidak, Ramadhan telah mengukir sejarah yang tersendiri dalam pembinaan kejayaan jiwa insan yang benar2 menghayatinya. Antaranya :
- Perang Badar. Berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah dan umat Islam telah mencapai kejayaan.
- Pembukaan kota Mekah (fathu Makkah). Berlaku pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
- Berhala-berhala yang disembah sekian lama disekitar Baitullah dan kota Mekah dihancurkan pada tahun kelapan Hijrah.
- Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun 15H
- Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 584H.
- Mesir dan Syria menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah.
Saya kira, sampai di sini sahaja. InsyaAllah biiznillah, kita berkongsi lagi perkara bermanfaat.
Ahlan ya Ramadhan Kareem dan selamat berpuasa buat kaum Muslimin dan Muslimat. Semoga mendapat keredhaan Allah, insyaAllah.
Wallahu'alam....wassalam. :)
sumber :
- Solusi isu 34
-Fardu Ain edisi 3
No comments:
Post a Comment