Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah...



sumber : Berita Harian Online

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia



Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

p/s...Baru sahaja menonton rancangan 'Nasi Lemak.Kopi O' di TV9.Mereka menjemput ahli jemaah Rabbani.Sedih menatap,hiba mulai mengisi rongga dada.Pemergian beliau amatlah ditangisi,tapi kita sebagai hamba yang masih menapak di bumi Allah ini wajib meneruskan perjuangan demi agamaNya.Dan...takziah dariku buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri,kumpulan Rabbani dan sesiapa yang pernah berjuang dengan arwah dalam arena perjuangan dakwah ini.

Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan para kekasihNya.Amin

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.