Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, August 7, 2009

Rindu berlabuh,kasih bertandang..

Assalamualikum ya sObahati..

Rindu pula saya untuk menyambung penulisan saya di blog kesayangan saya ini.Dan rindu juga rasanya pada teman-teman yang sudah lama tidak ku jumpa.Tidak kiralah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.Semoga Allah melindungi diri kamu semua tidak kira ke mana kaki melangkah.

Sebut sahaja ungkapan rindu ini,teringat pula pada sebuah perasaan yang membuatkan hati dibahang rindu.Itulah perasaan sayang,kasih dan cinta.Saya pasti ramai yang tahu apa erti ketiga-tiga perkataan tersebut,dan rasanya jika ditanya pasti jawapannya seakan-akan tapi masih ada perbezaan.

Khamis lepas,saya dan rakan-rakan Kursus Bahasa Arab menghadiri kelas Smart Study yang di'conduct' oleh Cikgu Rokiah,seorang kaunselor.Dalam perbicaraan beliau,diselitkan juga erti ketiga-tiga perasaan itu.

Pertama,perasaan sayang.Sayang menurut beliau adalah perasaan untuk satu hala sahaja dan hanya kita yang mendapat faedah daripada perasaan tersebut.Sebagai contoh,jika kita menyayangi seseorang kerana kesopanannya,kita akan senang melihatnya apatah lagi dapat menatapnya hari-hari!Pendek kata,perasaan senang itu akan berpihak pada diri kita.

Seterusnya istilah untuk perkataan kasih.Kasih adalah perasaan dua hala dimana sayang kita itu berbalas.Maknanya,kedua-dua pihak mendapat faedahnya.Sebagai contoh,apabila seorang si ibu menyayangi anaknya dan anaknya juga menyayanginya,perasaan kasih itu akan subur.Si ibu sentiasa di sisi anaknya dan anaknya pula tidak letih tangan membantu ibunya.Itulah hebatnya kasih!

Terakhir adalah cinta.Menurut beliau,cinta adalah sesuatu yang amat kompleks dan sukar untuk diceritakan.Kenapa?Kerana ianya kompleks!Namun menurut hemat saya sendiri,cinta itu adalah sesuatu perasaan di mana kita sanggup membuat apa sahaja untuk perkara yang kita cintakan.Kerana itulah kita harus mengutamakan cinta kita kepada Allah terlebih dahulu.Kenapa?Kerana kita ini hambaNya.Pengabdian kita terhadapNya sangatlah wajib dalam kehidupan kita kerana dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
Teringat pula saya pada buah bicara Ustaz Wan Zainuddin,ustaz Lughah 'Amiah saya di ABIM,bahawa kita harus cakna dengan konsep Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah.Dari situlah munculnya pengabdian kita dalam beribadat kepada Allah.

Berbalik pada istilah cinta,menurut Cikgu Rokiah,cinta itu sememangnya tidaklah buta namun yang butanya adalah manusia itu sendiri.Kerana itulah kita harus berwaspada dengan pesona dunia yang bisa meracunkan madu iman.


No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.