Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Wednesday, February 23, 2011

. munajat seorang hamba .


MUNAJAT SEORANG HAMBA
. hijjaz .

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Sunday, February 20, 2011

Doa Mohon Keampunan


Doa Memohon Keampunan:

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka.” - (QS Ali Imran, 3:16)

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami. dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.” - (Surah Ali Imran, 3: 147)

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan).”
- (Surah Ali Imraan, 3:193)

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” - (QS Al- Araf, 7:23)

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." - (QS Ibrahim, 14:41)

"Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang paling baik.” - (QS Al-Mukminun, 23: 109)

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri; maka ampunilah akan dosaku.” - (QS Al-Qasas, 28:16)

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami. Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman! Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” - (QS Al-Hasyr, 59:10)

wallahu'alam .

sumber : iluvislam

Monday, February 14, 2011

Assalamu'alaika Ya Rasulullah




Katakanlah (Muhammad),"Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, necaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosa mu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang ."
[2:31]

Assalamu'alaikum sahabat2,

"Tahun Gajah" - sebut sahaja tentang tahun gajah, teringat sewaktu di sekolah rendah dahulu, apabila buku sirah dibelek, pasti terjumpa dengan Tahun Gajah . Dan terlekat di minda tahun gajah ini adalah di mana tahun nabi kita, penghulu segala nabi dan juga khatimul anbiya', Muhammad s.a.w dilahirkan . Kelahirannya ibarat sinaran mentari yang terbit di ufuk timur memberi cahaya kepada penduduk bumi agar jelas dan tersuluh kehidupan . Juga persis mutiara bulan tergantung di awan menerangi kepekatan malam .
Mekah al-Mukarramah adalah tempat kelahiran Rsulullah . Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabi'al Awwal Tahun Gajah, bertetapan 20 April tahun 570 Masihi .

"Muhammad"- nama yang begitu popular . Nama yang sentiasa harum dan segar . Nama yang tetap gah sepanjang zaman . Nama yang begitu mendapat tempat di hati orang muslim dan mukmin, lebih2 lagi mereka yang cinta dan rindu padanya . Sebuah buku hasil karya oleh Micheal H. Hart yang bertajuk The 100, yang menceritakan ranking untuk 100 orang yang paling berpengaruh, baginya, mengikut sejarah manusia . Dan ranking pertama adalah...

"The first person on Hart's list is the Islamic prophet Muhammad. Hart asserted that Muhammad was "supremely successful" in both the religious and secular realms. He also believed that Muhammad's role in the development of Islam was far more influential..."
Begitulah hebatnya kekasih Allah , yang diiktiraf kemuliaannya , dan merupakan insan yang paling mulia .

Ayahanda Nabi s.a.w bernama Abdullah wafat ketika Rasulullah s.a.w baru berusia dua bulan dan ada pendapat yang mengatakan ketika Rasulullah maih berada dalam kandungan bondanya Aminah . Baginda disusukan oleh Halimah binti Abi Zuaib as Sa'diyah dan tinggal bersamanya di kawasan Bani Sa'ad selama 4 tahun . Baginda dipulangkan semula kepada bondanya setelah berlaku peristiwa dadanya dibelah oleh malaikat . Bondanya pula wafat di Abwa' ketika itu baginda baru menjangkau usia 6 tahun 3 bulan 10 hari .
Setelah itu, Rasulullah menumpang kasih dengan datuknya Abdul Mutollib tetapi datuknya wafat ketika baginda berusia 8 tahun . Setelah itu, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Tolib . Meningkat dewasa, baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjelang umur 40 tahun, tergalaslah tanggungjawabnya sebagai Rasul, pembawa berita, kebenaran dan peringatan kepada seluruh umat manusia .
Rasulullah s.a.w wafat di Madinah, pada hari Isnin bulan Rabi'al Awal ketika berusia 63 tahun, dengan meninggalkan kita dua warisan suci iaitu al-Quran dan as-Sunnah .

HIKMAH Nabi Dilahirkan Pada Rabi'al Awwal
Ibnu al Haj berkata : apakah hikmah Rasulullah dilahirkan pada bulan Rabi'al Awwal dan pada hari Isnin ? Kenapakah Rasulullah tidak dilahirkan pada bulan Ramadhan iaitu pada masa al-Quran diturunkan dan terdapatnya malam Lailatul Qadr atau pada malam Nisfu Sya'ban atau hari Jumaat ? Maka jawapannya adalah seperti berikut,

Sepertimana yang didatangkan di dalam hadith bahawa Allah menjadikan
pokok2 kayu pada hari Isnin . Maka kelahiran Rasulullah pada
bulan Rabi'al Awwal adalah seperti tumbuhnya pokok2 tersebut memberi makanan yang
dapat dimakan sepanjang tahun dan untuk kesenangan hidup .

Pada lafaz Rabi' itu sendiri memberi makna yang baik dan bermakna musim
bunga . Abu Abdur Rahman al Haqli berkata : bagi setiap manusia pada namanya terdapat
habuannya . Musim bunga adalah seadil-adil dan seelok-elok musim . Begitu juga syariat yang
dibawa oleh Rasulullah adalah seadil-adil syariat dan semudah-mudahnya .

PERIBADI Muhammad
(dipetik dari majalah Solusi)

1) Cincin Rasulullah
Anas bin Malik meriwayatkan : "Cincin Rasulullah s.a.w dibuat dari perak,
sedangkan mata cincin Baginda adalah batu hitam Habsyi . "
(riwayat al-Tirmizi, Muslim, al-Nasa'i, Ahmad dan Ibn Majah)

2) Mewarnakan Rambut
Al-Ramthah meriwayatkan : "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w bersama anakku .
Baginda bertanya : 'Adakah ini anakmu ?' Saya menjawab : 'Ya, dia benar-benar
anakku .' Baginda berkata :'Ia tidak akan dibebani oleh dosamu dan kamu tidak akan
dibebani oleh dosanya .' Waktu itu saya melihat uban Rasulullah s.a.w berwarna merah ."
(riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa'i dan Ahmad)

3) Ketampanan Rupa Rasulullah
Ali bin Abu Talib telah menceritakan : "Rasulullah s.a.w ialah orang yang berkulit putih
kemerah-merahan . Keringat yang menitis dari wajahnya bagaikan air mutiara .
Aku tidak pernah melihat hal itu, baik sebelum mahupun selepasnya .
(riwayat Ahmad)

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi di sini . Mari kita buktikan cinta kita kepadanya dan tanda pengakuan iman kita kepada Allah dan utusanNya, Rasulullah s.a.w .

Daripada Anas bin Malik bahawa baginda s.a.w,
Maksudnya : "Barangsiapa yang menghidupkan sunnah aku, maka sesungguhnya
dia mencintai aku, dan barangsiapa yang mencintai aku maka dia akan
bersama aku di syurga."
(riwayat al-Tobrani : al-Mu'jam al-Awsot)

Salam Maulidur Rasul . Wallahu'alam...wassalam .

sumber : Biografi Bercahaya Muhammad Rasulullah, Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi
: Majalah Solusi (isu 26-28)
: wikipedia - Micheal H. Hart

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.