Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Saturday, September 17, 2011

-the Last Chapter-

-fly high dream maker-


Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praises and thanks be to Allah, the Lord of the 'Alamin....
Pada Jumaat lepas, saya dan keluarga diberi kelapangan masa untuk menziarahi kubur Allahyarhamah nenek. Terlintas di fikiran, sudah lama kaki tak menjejak ke sana. Terkenang semula memori bersama nenek atau dipanggil oleh kami anak beranak dengan panggilan "che". Teringat kembali, pada suatu malam saya di rumah che. Biasalah, masa tu kecil lagi, pantang saja cuti tambahan lagi tiada kerja sekolah, TV mesti ditonton! Tapi difikirkan balik, rasanya tabiat itu masih tak luput. Hehe.. :)
Berbalik kepada kisah saya tadi, pada malam itulah antara malam yang masih terlekat di hati saya kerana saya menonton sebuah kisah lagenda "Laila Manja" bersama che. Ayat yang paling saya ingat ialah,

"Seingat che, adik dio hilang lepah tu..."

"Che oyak doh..."

Dan seumpanya. :)

Sejak itu juga, andai ada sahaja cerita Laila Manja, mesti rindu berbunga pada che. Pelbagai memori tersimpan bersama che apatah lagi saya pernah tinggal dengan che selama 2 bulan kerana ayah dan umi pergi menunaikan ibadah haji di Mekah. Dan selepas beberapa bulan, che pergi menghadap Ilahi. Terkilan juga di hati namun Allah lebih menyayanginya.
Apa yang paling saya terpesona dan kagum dengan che adalah, tepat jam 4 pagi, che akan bangun 'qiamullail'. Dan, amalan ini dilakukannya setiap pagi hatta ketika bermalam di rumah kami juga. Subahanallah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan seluruh umat Islam yang telah menghadap Ilahi.

Memori yang hanya sekadar hendak dikongsi.

Setelah selesai membaca surah Yassin di kubur che, saya berehat di pondok wakaf, sambil ditemani oleh umi. Tiba-tiba umi bangun lalu beredar dua ,tiga langkah dari pondok wakaf.
Terlintas di hati,

"Umi, jangan pergi..."

Bermain di minda, bagaimana ya setelah meninggal dunia, ditanam di dalam kubur dan seusai talqin, sanak saudara mengambil langkah meninggalkan pusara kita, meninggalkan kita "yatim piatu"? Allahu Allah...hiba terus menjalar di hati. Dan, hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara nyata dan ghaib..
Tidaklah saya ini orang yang terlalu bagus, cuma insan yang ingin sentiasa perbaiki diri...bagaimanakah nasib diri di "alam" sana nanti? Biarlah hati sentiasa bermuhasabah dan berfikir. Namun dalam berfikir, biarlah ada usaha iaitu amalan baik (kerana Allah) dan doa. InsyaAllah.

Sahabat2,

Sebenarnya saya berkira-kira untuk mengakhiri blog saya pada malam (atau pagi?) ini. Mungkin tiada lagi nukilan dari saya lagi. Bukannya tidak mahu menggali buah fikiran yang hendak dikongsi dengan kalian, cuma hendak "berehat" dengan dunia blog dan dengan beberapa asbab. Tak dapat dihuraikan kenapa, biarlah Allah Maha Mengetahui sahaja yang mengetahui.
Dan, "rehat"nya saya bukan bererti saya lari dari, mungkin, dunia da'wah , namun hendak memberi ruang masa kepada diri dan hati saya. Harap sahabat2 memahami.

Akhir kalam, terima kasih tak terhingga kerana selama ini sudi menziarahi blog saya. Maaf atas kekurangan dan bahasa yang kurang enak.
Dan saya berdoa semoga Allah mengampuni dan merahmati kita. Semoga perjuangan kita sentiasa diredhai Allah. :)

Wallahu'alam...wassaalam.

Tuesday, September 6, 2011

witness . utterance .



Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,


"Tenanglah hati bersamamu iman,
Dalam tafakur merindukan Tuhan."


Salam kasih buat sahabat semua.
Ini adalah posting tertangguh yang sepatutnya di"post" sebelum entry 'The Last Chapter'. Kerana terasa bagaikan banyak lagi yang hendak diungkap namun akhirnya terpendam juga di lubuk hati. Sudah lama tidak bermain madah ya. Namun dalam menutur, khuatir juga ada yang terguris dan takut juga ada nasihat, diri sendiri tidak amalkan. Semoga Allah mengampuni diri saya dan juga sahabat2.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas segala ni'mat yang diberikan malah tak terhitung. Tak perlu digunakan sistem matematik untuk mengiranya kerna kuantiti ni'matNya adalah melepasi kesedaran kita dan batas akal fikiran kita. Yang penting ialah, sentiasa bersyukur dan sentiasa mendekatkan diri pada-Nya.

..............................................

Di suatu sudut, aku melihat alam luas terbentang. Hamparan langit yang indah dan menenangkan, membuat hati akur dengan kebesaran Tuhan. Langit yang tak bertiang. Kukuhnya ia di atas sana bertemankan kepulan awan putih. Sinaran matahari bagaikan suluhan lampu buat sang langit. Mulai terbitnya si suria sehingga terbenam ia jauh ke barat. Andai di lihat, bagaikan ia ditelan bumi. Namun bukan. Ianya kerana masing-masing beredar pada orbit masing-masing. Sungguh teratur! Tidak berlanggar sana sini. Maka, Maha Hebat dan Maha Kuasa Sang Pengatur itu. Subahanallah...hati makin kagum pabila mata hati jauh memandang menembusi langit sedangkan lensa mata hanya dapat mendapat menatap langit biru.

Berbalik pada kisah langit, aku masih lagi memandangnya. Terukir senyuman di bibir. Pesoana yang tanpa kata. Sedang melihat birunya langit, sebuah kapal terbang merentasi laluan langit dan membelah awan. Bagaikan objek terapung-apung bergerak lurus di atas sana. Dengan ilmu milik Tuhan, manusia bisa menggunakan laluan di atas sana. Dari mana inspirasinya? Mestilah dari ciptaan-Nya juga. Sang burung enak terbang ke sana ke sini, dengan hanya berbekalkan rangka badan dan sayap yang membolehkan mereka terbang. Terbang tinggi.
Teringat pula kisah lama. Kisah Rasul kita. Mungkin ia kisah lama namun ia tetap sirah dan perjalanan yang sentiasa harus kita lekatkan di hati.

"Israk Mi'raj yang amat panjang,
Disingkatkan menjadi semalaman,
Sukarnya untuk dipercaya,
Hanya keimanan yang membenarkannya."

Maha Suci Allah... Maha Kuasa Allah.... (:
Kerana apa teringat? Kerna pernah aku merentasi langit, menaiki pesawat terbang menuju ke tempat yang jauh. Itu hanya satu destinasi namun memakan masa yang cukup lama! Walhal, ketika berisrak, Nabi melewati beberapa tempat, dan seterusnya ketika bermi'raj, apatah lagi. Namun, dengan kuasa Allah dan izin-Nya, perjalanan itu hanya memakan masa satu malam sahaja! Allahu Allah...sungguh tak tercapai akal, namun imanlah yang mengatakannya benar. (:

Warna keemasan sudah mulai ingin membungkus langit. Kata sahabatku, inilah waktu "sayu" atau "syahdu" apatah lagi keseorangan. Bertambah sayunya jika mengenangkan orang jauh....namun kata sahabatku seorang lagi,

"Walau jauh memisahkan kita, namun kita masih menatap langit yang sama..."

Malam sudah berlabuh. Gelap gelita langit di atas. Namun jangan kita sedih. Jangan kita berduka. Allah telah sediakan gugusan bintang yang bagaikan taburan bunga di taman, menambah seri kegelapan malam. Apatah lagi dengan kehadiran cahaya bulan. Bulan ya. Teringat pula peristiwa "Nabi membelah bulan". Subahanallah...
Teringat juga setibanya Nabi kita ke Yathrib, yang namanya telah ditukarkan oleh Nabi, kepada Madinah al-Munawwarah, iaitu Kota yang Bercahaya. Ingatkah kita lagu yang didendangkan oleh penduduk Madinah menyambut ketibaan Nabi, tanda kegembiraan mereka?

"O the White Moon rose over us,
From the Valley of Wada',
And we owe it to show gratefulness,
Where the call is to Allah..."


................................................

"Andai tiada lagi kalam pena, masih tersimpan kalam lisan buatmu.."

Akhirul kalam,
Banyak lafaz yang terpendam namun sepatah dua sahaja yang mampu terluah. Mungkin ada hikmahnya insyaAllah...
Apa-apa pun, semoga kita sentiasa dilimpahkan hidayah-Nya dan semoga ujian yang terjadi dalam hidup, menguatkan lagi keimanan kita kepadaNya insyaAllah.
Allahu yubarik 'alaina, wa kullu 'am wa antum bikhair...
Wallahu'alam...wassalam. :)

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.