Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, June 3, 2010

Wanita dan perasaan

Assalamu'alaikum

Atas permintaan saudari Murni, saya teruskan lagi penulisan saya pada entry kali ini dengan menyentuh soal "wanita diuji dengan perasaan".
Jujur saya akui, saya bukan pemidato atau pembahas hebat untuk terangkan tajuk ini secara bagus dan baik, tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk menjelaskannya.Semuanya bantuan dari Allah Ta'ala.

Apabila kita gali dan korek semula kisah wanita atau hebat digelar serikandi Islam terdahulu, mereka umpa bidadari akhirat dan penyeri akhirat atas kesanggupan mereka berkorban apa sahaja demi mencapai tempat tinggi di sisi Tuhan. Kerana, kita sendiri arif bahawa tiada yang mulia di sisi Allah Ta'ala melainkan orang yang bertaqwa. Lebih hebat lagi, wanita ini dianugerahkan hati yang lembut, tapi ini tidak membuatkan kita lemah apabila ujian melanda. Bukti?

Buktinya, kita susuri sendiri sejarah yang mengajar erti redha dan sabar apabila Siti Hajar ditinggalkan sendirian bersama anak tersayang di tanah kering kontang.Wanita mana yang sanggup dibiarkan begitu sahaja, namun hati Siti Hajar tetap menerimanya setelah mengetahui ini perintah dari Maha Pencipta, dia akur dan menerimanya dengan hati yang lapang. Baginya, itu telah ditakdirkan kepadanya dan dia redha atas ketentuanNya.
Namun, perasaannya diuji lagi apabila anak tersayang menangis kerana dahaga dan atas perasaan sayang serta luluh hati seorang ibu, ditempuhi jua tanah gersang itu untuk mencari sumber air. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan akhirnya air mata air hasil hentakan kaki kecil Ismail.

Itulah coretan sejarah yang dapat kita jadikan pengajaran.Namun, tidaklah saya sekali bermaksud bahawa kaum adam tidak hebat diuji dengan ujian yang pelbagai.Kita rakam kembali sirah junjungan kita Rasulullah SAW, perjalanan dakwah baginda bukannya indah semuanya, ada sahaja cabaran dan dugaan yang harus baginda tempuhi.Namun, Allah tetap menolong dan membantu kekasih tercintaNya ini. Ada juga seorang sahabat yang hebat diuji apabila terpaksa berhadapan dengan ayahnya sendiri di medan peperangan di mana ayahnya tidak beriman dan berpihak kepada kaum Quraisy.Namun, Allah telah menurunkan ayatNya untuk menenangkan hati sahabat itu.

Namun, wanita ini lebih banyak diuji dari aspek perasaan. Dan ingatlah wanita muslimah mukminah, tidaklah sia-sia yang Allah jadikan begitu kerana Allah Maha Mengetahui. Wanita ini kuat dari dalam. Andai jiwanya parah dan terluka, dia tetap tabah. Kita lihat sendiri Siti Aisyah ketika beliau diuji dengan fitnah yang dilontarkan kepadanya. Walau dicemuh, dia tetap bersangka baik pada Allah dan tidak terjejas sedikit pun kepercayaanNya kepada Tuhan.Dan akhirnya, Allah sendiri membela dirinya. Dalam situasi beginilah, SABAR wajib menjadi penaung bagi hati. Sekiranya sabar tidak menjadi tunjang dalam hidup.... saya kira anda semua tahu apa akibatnya.

Wahai wanita muslimah dan mukminah, ingatlah, tangan yang lembut menghayun buaian bisa menggoncang dunia umpama gegarnya kerajaan Firaun tatkala Masyitah dan Asiah rela pertaruhkan nyawa demi mempertahankan iman dan Islam. Mereka lebih cintakan negeri akhirat daripada bayangan dunia yang tidak menjanjikan apa-apa.
Ingatlah juga wanita... jagalah hatimu dan hijabkanlah ia dari perkara melalaikan.Namun buangkanlah hijab yang menutup dirimu di hadapan Tuhan.

Saya kira, sampai di sini sahaja penerangan saya. Dan saya rasa, mungkin pendapat saya belum cukup untuk memenuhi permintaan ukhti Murni. InsyaAllah, saya doakan Allah memberi seseorang yang jauh lebih baik dari saya.
Cuma renug-renungkan, wanita yang tabah itu sukar menitiskan air mata kerana sebenarnya hatinya yang menangis namun air mata itu jatuh jua jika menghadap Ilahi. Namun, dari titisan air mata itulah, dia temui kekuatan dalam jiwanya...

Wallahu'ala...wassalam. =)

p / s : semoga Allah merahmati kita semua amin !

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    perempuan mmg banyak diuji dengan perasaan..saya setuju denagn kamu. =)

    ReplyDelete

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.