"Kirei no hana ni wa toge ga arimasu"
Assalamu'alaikum sahabat2 semua...
Sudah lama saya biarkan blog saya sepi dengan post2 lama sehingga tidak menambah sebarang entry baru untuk dikongsi bersama.Alhamdulillah kali ini,diberi juga peluang olehNya untuk rajin2 kan diri untuk menulis sesuatu yang boleh dijadikan peringatan dan pengajaran untuk kita bersama.InsyaAllah.Sebelum itu,maaf andai selama ini ada tersalah kata dalam setiap bait kata yang ditulis dan maaf juga kerana membiarkan blog ini sunyi sebentar.Sunyi kali ini sebenarnya bermaksud juga.Pada hari2 yang lepas saya dan ahlul bait bersama-sama menghirup udara Kaherah khu
sunya di Husin untuk memborong barang2 sepuas-puasnya.Hehe...:D Dan,beberapa kebelakangan ini walaupun sudah berada di Zagazig tapi masih tidak lekat di rumah kerana beberapa urusan. :)
Mungkin sahabat tertanya-tanya,ada apa pada kata2 di atas (atassss sekali tu).Itulah perumpaan yang diolah ke dalam bahasa Jepun(atau mungkin perumpamaan bagi masyarakat Jepun,wallahu'alam) yang bermaksud,"bunga yang cantik,ada durinya".Begitu teruja buat pertama kali saya terjumpa kata2 ini sewaktu berlegar2 di ruang alam maya,di forum ILuvIslam(iLi) pada ruangan 'Belajar Bahasa Jepun'.Kenapa teruja ? Pertamanya ianya da
lam bahasa Jepun dan saya memang minat bahasa itu.Keduanya adalah maksud tersirat kata2 itu sendiri.
Ada apa dengan yang tersirat ?
"Cantik wanita kerana kejernihan hatinya
Manis wanita kerana budi pekertinya
Ayu wanita kerana kesederhanan lahiriah
Hebat wanita kerana imannya yang teguh"
Suka kiranya saya menyandarkan perumpamaan ini kepada 'kaum' yang pernah disebut,yakni sebagai perhiasan dunia dan seindah perhiasan adalah yang SOLEHAH.Siapakah 'kaum' itu ? Sudah tentu kaum hawa,ciptaan Ilahi dari tulang rusuk lelaki dan sesungguhnya pelengkap bagi kaum Adam.Subahanallah...begitu indah ciptaanNya.
Perumpamaan ini memberi makna kepada kita sesuatu yang indah pasti akan dijaga sebaik mungkin untuk pertahankan keindahan itu.Begitu juga wanita.Dijadikan oleh Tuhannya dengan perhiasan yang indah dan difitrahkan agar menutup perhiasan yang ada pada dirinya.Pernah dahulu,seorang ustaz saya pernah bercerita kepada kami tentang wanita.
"Isteri saya pernah memberitahu kepada saya bahawa
wanita ini umpama semalu yang ada pada tanah.Makin orang nak dekat,
makin ditutup dirinya.Semakin ingin disentuh,pantas ia hijabkan dirinya dengan
daun2 nya.Begitu tegasnya ia tidak mahu orang menyentuhnya.
Tambahan dengan duri2 kecilnya,biarpun kecil namun bisa pertahankan
dirinya sendiri.Walau di atas tanah,namun lihatlah akarnya yang
kukuh pada tanah."
Terpesona saya ketika mendengarnya.Begitu hebat wanita ini.Semakin dirinya terjaga,semakin hebat dirinya dan semakin tinggi maruahnya !
Saya kira,sampai di sini dahulu entry ringkas dan pendek kali ini.Maafkan saya kerana ianya terlalu ringkas,namun harap2 kita sama2 renung2 kan serta muhasabah diri agar kita tidak ketinggalan untuk menjadi wanita solehah,InsyaAllah...(nasihat lebih kepada diriku yang sering terleka...)
ok,wallahu'alam...wassalam.. :)
No comments:
Post a Comment