Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, July 1, 2010

kisah ku di sini 2


Assalamu'alaikum... :)

"Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru"



Alhamdulillah....setelah peperiksaan akhir tahun telah selesai,aktiviti kami banyak tertumpu di hadapan laptop dan ada juga yang berjalan-jalan ke sana ke mari untuk mengisi ruang yang begitu lapang ini. Masa lapang inilah perlu kita syukuri dan isikannya dengan sesuatu yang bermakna agar kelak kita tidak sesali dengan masa yang dikurniakan Tuhan.Saya dan ahlul bait juga mengambil kesempatan cuti ini dengan 'beronggeng-ronggeng sekitar Zagazig.Tambahan lagi, sudah lama kami tidak lepak bersama-sama tanpa memikirkan soal pelajaran dan kesempatan ini kami gunakan untuk merapatkan lagi ukhwah kami.Malah, berhari-hari kami terperap di rumah sahaja membuatkan kami agak bosan berada di rumah.

Semalam,dengan izinNya kami sama2 keluar ke Mahattoh (bandar di Zagazig) untuk menangkap gambar potret atau kami lebih gemar memanggilnya misi menangkap 'gambar family'..hehe... :D...
Selepas itu, apa lagi,kami beramai-ramai 'menyerbu' kedai nasi ayam yang berada di Mahattoh,terletak di belakang kedai Omar Affendi.Kepada kawan2,I prefer to you to eat there.The ruz firokh (chicken rice) is only LE 10 and it's sooooo delicious ! Laziz giddan...
And I really adore its soup and it seems like 'nasi ayam' in Malaysia.It really reminds me about food in Malaysia...oh great !
Kemudian,kami ke kedai menjual jubah untuk lelaki.Saya tidak mungkin lepaskan peluang untuk membeli beberapa helai jubah untuk ayah dan abang saya. :)

~di kedai nasi ayam....~

~sambil tunggu kedai jubah bukak~

Kemudian, destinasi seterusnya adalah ke Zoo Zagazig yang terletak di Qaumiyah.Ketika kami tiba di hadapan pagar zoo itu, kami tertanya-tanya...

"Bukak ke zoo ni ?"
"Kenapa takde orang je....?"
"Apsal anjing ja yang ada...?"

Pendek kata,pelbagai soalan yang diungkapkan.Namun, kerana ingin sangat 'melawat' zoo di sini dan alang2 sudah sampai kami masuk juga melalui pintu utama zoo itu walaupun zoo itu sunyi sepi.Dan seorang 'ammu terbaring di atas bangku panjang lalu terbangun kerana tersedar kami telah tiba ke sana.

"Iftah ? (buka ?)" <<<----- rasa2nya grammar lughoh dah salah tapi kami tibai ja...
"Aywah2..."kata 'ammu itu sambil meminta le 2 setiap seorang sebagai tiket untuk memasuki zoo itu.
Kami pun....bayar dan masuk je lah ! :D
Setelah penat berjalan dan berpusing-pusing di zoo, kami pun pulang ke rumah lebih-lebih lagi hari telah lewat...dan kami perlu menunaikan solat.

~di zoo.....~

Alhamdulillah...walaupun hari kami keluar berjalan bersama-sama amatlah memenatkan dan sakit kaki kami dibuatnya namun terbias rasa gembira kami kerana dapat meluangkan waktu bersama-sama.
Bak kata orang, " yang dekat kita rapatkan lagi". :)

p/s : maaf pembaca...entry kali ni sekadar santai2 ~~ :D

wassalam...wallahu'alam...

1 comment:

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.