Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Monday, September 27, 2010

Laksa Penang :D

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah...tercapai juga hajat ummi dan saya untuk memasak laksa penang bersama-sama.Sebelum2 ini pun pernah masak laksa penang dan makanan2 lain dengan ummi cuma kali ini agak istimewa kerana ini hajat ummi sebelum saya pulang ke Mesir,insyaAllah.
1) Rendam laksa,selepas tu rendam pulak dalam air yg tlh mendidih :)
2) Rebus ikan dan dan perisikan daging ikan :)
3) Campur semua bahan2 yang dikisar-cili kering,bawang merah,bawang putih,cili api dan isi ikan rebus :)
4) Kacau2....jgn give up utk kacau :)
5) Oppss....jgn lupa asam gelugur :)
.6) Potong ulam utk laksa-kobis,bawang besar,timun
7) Alhamdulillah...siap utk dihidang dan dimakan ~~
*jangan lupa baca bismillah ;)
*p/s : daun kesum dan bunga kantan xdek atas sebab2 tertentu :P hehe...
*p/s2 : enak gak makan dgn telur rebus :)
Sekian...wassalam...

Thursday, September 16, 2010

Sajian yang Kejam...*siapa yang kejam*

Sajian Paling Kejam Di Dunia



IKIZUKURI (Japan)



Penyediaan: Setelah dipesan, Chef akan mangambil ikan segar yang masih hidup, disiang dan dipotong dalam keadaan yang masih bergerak-gerak. Setelah itu ia di sajikan kepada anda dalam keadaan yang masih menggelupur.

Ikizukuri, bererti 'disiapkan dalam keadaan hidup'. Untuk menyediakan makanan ini semestinya si Chef benar-benar hebat dalam mempersiapkan makanan yang ada, ia seharusnya boleh memotong-motong daging ikan tanpa membunuhnya!

ORTOLAN (France):



Burung Ortolan adalah burung yang panjangnya enam inci dan beratnya sekitar 2 ons. Warnanya hijau zaitun dan kuning, dengan sentuhan merah di sana sini, sangat cantik.

Penyajiannya: Burung ini ditangkap, matanya dibutakan dengan ditusuk, kemudian di beri makan paksa dalam sangkar yang sempit sampai tidak dapat bergerak, dan kerana makan dipaksa, badannya mengembang sampai dua atau empat kali ganda ukuran biasanya. Setelah dirasa cukup, burung ini akan diperamkan dalam Armagnac (jenis minuman keras)

Setelah itu, burung ini disajikan dengan dibakar, dan dimasukkan kedalam mulut dalam posisi kepalanya keiluar. Yang anda tinggal lakukan adalah menggigitnya, sehingga kepalanya terlepas dan anda mengunyah tubuhnya lengkap dengan semua bahagian, tulang dan tubuh lengkap!

FOIE GRAS (France):



"Foie Gras" ini bererti hati berlemak, dan hati ini biasanya diambil dari itik atau angsa. Pada awalnya itik atau angsa ini bebas bermain-main dan menikmati masa mudanya dengan penuh keceriaan dan kegembiraan, tapi sampai di usia tertentu, mereka akan diberi makanan jagung secara paksa sampai hati (liver) mengembang enam kali ganda ukuran biasanya.

Cara memberi makanan paksa ini sangat sadis, si itik atau angsa, dimasukan paip ke mulutnya, lalu campuran jagung dengan minyak dipaksa masuk ke dalam sistem pencernaannya, yang tentunya, lemak yang masuk terkumpul di hati angsa. Ia dipaksa makan dengan cara sadis ini, dalam keadaan dia disimpan dalam kotak kayu yang rapat dan tidak memungkinkan sama sekali ia bergerak!

sumber : jiwang.org

Y U N : Astaghfirullah...apa nak jadi dengan manusia yang tidak berhati perut ini.Haiwan juga makhluk ciptaan Ilahi yang juga perlukan kasih sayang dan rasa hormat dari kita.Malah,dalam menyembelih haiwan pun kita telah digariskan dengan adab2.Begitu lah ajaran Islam yang menitik beratkan adab2 ketika berhadapan dengan manusia malah juga alam ini.
Maaf post kali ini 'kejam' namun inilah hakikatnya masih ada manusia yang tidak punya rasa kasih sesama makhluk.Malah,haiwan yang digunakan bukanlah haiwan yang berbahaya untuk di'seksa' sebegitu.
Wallahu'alam...

Thursday, September 9, 2010

Salam 'Aidilftri :)

Assalamu'alaikum semua...

Alhamdulillah,'ala kulli hal,sama2 kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah yang Maha Besar kerana dengan izinNya kita dapat bertemu Ramadhan pada tahun ini dan juga menjalani ibadah puasa serta ibadah yang lain.Bersyukur juga kerana Allah menyediakan satu ruang kepada kita untuk memperbaiki diri dan menambahkan taqwa kepadaNya dengan menghadirkan bulan mulia ini.Namun tidaklah bermaksud bulan2 lain biasa2 sahaja,namun di bulan Kareem ini Allah telah menjadikan malam lailatul Qadr di mana malam yang penuh keberkatan.Betapa kasih,sayang dan cintanya Allah kepada kita dengan mengurniakan bulan ini yang bisa menghembuskan rasa cinta yang mendalam ke dalam diri hambaNya untuk beribadah andai kita benar2 menghayati bulan Ramadhan.

Dan...Ramadhan telah sampai ke hari terakhirnya.Semoga ketaqwaan kita kepadaNya semakin bertambah dan semoga kita istiqamah dalam menjalani ibadat2 di bulan mulia ini walau hanya dengan sekecil amalan.InsyaAllah.

Syawal akan menjelang dan menandakan hari kemenangan umat Islam yang berjaya menempuhi ujian serta dugaan di bulan Ramadhan.Ketika Syawal lah kita sama2 membesar dan mengagungkan Allah yang Maha Kuasa.Kita memuja dan memuji kebesaranNya.Subahanallah wa Allahu Akbar.Kerana itulah menjelang Syawal kita bertakbir bagi menggemakan seisi alam dan menggegarkan seluruh alam akan kebesaranNya.Begitulah hebatnya bulan Syawal....meraikan kemenangan buat kita seluruh umat Islam serta membesarkan Allahu Ta'ala.

Saya kira,setakat ini sahaja post kali ini.Salam lebaran 'eidulfitri dan semoga kita dirahmatiNya.Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai selama saya menulis di blog ini ada kesalahan dan kekurangan.Sesungguhnya kebaikan,kekurangan dan segala2nya dari Allah Ta'ala kerana ia akan berlaku hanya dengan izinNya dan apa2 pun yang berlaku,insyaAllah tersirat hikmah kepada kita,walau ada lebih ada terkurang. :)

p/s : raya tahun ini...di tempat yang tinggi dan sejuk ~~~


lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.