Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, September 9, 2010

Salam 'Aidilftri :)

Assalamu'alaikum semua...

Alhamdulillah,'ala kulli hal,sama2 kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah yang Maha Besar kerana dengan izinNya kita dapat bertemu Ramadhan pada tahun ini dan juga menjalani ibadah puasa serta ibadah yang lain.Bersyukur juga kerana Allah menyediakan satu ruang kepada kita untuk memperbaiki diri dan menambahkan taqwa kepadaNya dengan menghadirkan bulan mulia ini.Namun tidaklah bermaksud bulan2 lain biasa2 sahaja,namun di bulan Kareem ini Allah telah menjadikan malam lailatul Qadr di mana malam yang penuh keberkatan.Betapa kasih,sayang dan cintanya Allah kepada kita dengan mengurniakan bulan ini yang bisa menghembuskan rasa cinta yang mendalam ke dalam diri hambaNya untuk beribadah andai kita benar2 menghayati bulan Ramadhan.

Dan...Ramadhan telah sampai ke hari terakhirnya.Semoga ketaqwaan kita kepadaNya semakin bertambah dan semoga kita istiqamah dalam menjalani ibadat2 di bulan mulia ini walau hanya dengan sekecil amalan.InsyaAllah.

Syawal akan menjelang dan menandakan hari kemenangan umat Islam yang berjaya menempuhi ujian serta dugaan di bulan Ramadhan.Ketika Syawal lah kita sama2 membesar dan mengagungkan Allah yang Maha Kuasa.Kita memuja dan memuji kebesaranNya.Subahanallah wa Allahu Akbar.Kerana itulah menjelang Syawal kita bertakbir bagi menggemakan seisi alam dan menggegarkan seluruh alam akan kebesaranNya.Begitulah hebatnya bulan Syawal....meraikan kemenangan buat kita seluruh umat Islam serta membesarkan Allahu Ta'ala.

Saya kira,setakat ini sahaja post kali ini.Salam lebaran 'eidulfitri dan semoga kita dirahmatiNya.Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai selama saya menulis di blog ini ada kesalahan dan kekurangan.Sesungguhnya kebaikan,kekurangan dan segala2nya dari Allah Ta'ala kerana ia akan berlaku hanya dengan izinNya dan apa2 pun yang berlaku,insyaAllah tersirat hikmah kepada kita,walau ada lebih ada terkurang. :)

p/s : raya tahun ini...di tempat yang tinggi dan sejuk ~~~


No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.