Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Monday, December 27, 2010

renung . tafsir .


Assalamu'alaikum...

Sejak-menjak ini, hari-hari yang saya tempuhi adalah dengan berhempulas-pulas dengan peperiksaan "carry mark" yang tidak pernah putus. Dahulu, selepas aidhil adha, saya dan sahabat2 bersama2 menghadapi peperiksaan Histology dan setelah ianya berlalu, datang pula peperiksaan bagi subjek Anatomy yang gah dengan ujian pula kerana dalam keadaan takut untuk berhadapan dengan soalan2 subjek "yang mencekik anak tekak" bagi saya, kami diuji apabila rumah sahabat2 saya terbakar. Maka, peperiksaan terpaksa ditunda dan Alhamdulillah pada Rabu lepas, kami berjaya menjawabnya. Tidak hilang lagi letih dengan Anatomy, doktor Biochemistry amat bermurah hati untuk membuat ujian "kecil" berkenaan dengan Lipids. Walaupun ianya sekadar kuiz di dalam kelas, tiada alasan bagi kami untuk tidak mengulangkaji dan membaca buku. Belum sempat selesai dengan Biochemistry, kami dikhabarkan pula dengan ujian "carry mark" untuk subjek Histology.
(Untuk subjek Physiology, belum ada khabar...wallahu'alam)

Dan...apa pula kaitan tajuk saya di atas dengan peperiksaan yang saya sebutkan ini ? Ketika itu saya sedang membelek buku dan baca apa yang boleh masuk dalam otak, namun lama2 saya mula berasa bosan dan agak sedikit tertekan. Namun bila difikirkan lagi, apabila mata dihidang dengan internet, movie dan sebagainya, segar dan celik pula mata ! Ya Allah....Tuhan sahaja tahu apa yang terlintas di benak fikiran saya. Dan Allah itu Maha Mengasihani, Dia bukakan laluan kepada saya untuk terus bersemangat kembali.
Alhamdulillah, saya terjumpa sebuah artikel yang bertajuk MEMO Untuk Pejuang yang ditulis oleh Allahyarham Dr Mas Afzal, di mana artikel ini sebuah perkongsian oleh arwah dan dikirimkan kepada sahabatnya . (http://afiqizzudin.wordpress.com/2010/12/19/memo-untuk-pejuang/)Italic
Saya kongsikan sedikit kata2 arwah pada artikel tersebut yang amat menarik hati saya.

"Satu kaedah yang saya sangat gemar gunakan semenjak zaman saya belajar A-Level lagi adalah menjadikan belajar sebagai agen taqarrub kepada Allah SWT. Caranya mudah sahaja, bahkan saya yakin ramai juga yang mempraktikkan kaedah yang sama.

Saya suka selang-selikan sesi pembelajaran saya dengan pembacaan al-Qur’an, tidak semestinya setiap kali, tetapi sekurang-kurangnya sekali sehari. Bak kata orang, membaca al-Qur’an ini secara tidak langsung membantu menguatkan ingatan kita."

Tatkala saya membaca ayat di atas, hiba di hati saya. Ketika itu juga saya sedar, buku2 yang saya baca mungkin memberi sedikit tekanan, namun seperkara yang paling saya lupa adalah, saya sedang menuntut ilmu Allah Ta'ala. Kenapa harus berasa tertekan, walhal belajar adalah salah satu jalan untuk kita mengenali cipataanNya sekaligus mengenaliNya yang Maha Mencipta ! Ya Allah...ampunilah diriku...

Pernah sekali ketika dalam kelas Physiology untuk topik Central Nervous System, doktor menerangkan bahawa dalam tubuh manusia, terdapat kawasan yang tugasnya akan menafsirkan apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan seumpanya. Andai rosak kawasan ini, bagaikan tiada "sensation" untuk kita nikmati.
Begitu jualah yang difirmankan oleh Allah, bahkan banyak sekali ! Pada penciptaan antara langit dan bumi, malah dalam tubuh kita, terhadap hikmah dan membuktikan sifat Maha Pencipta, Mencipta, Berkuasa, Bijaksana dan Agung hak mutlak milik Allah Ta'ala. Dan orang yang beruntung adalah orang berakal, iaitu yang mengambil pengajaran dengan apa yang diperhatikan dan ditafsirkan sekali gus menambahkan iman dan mendekatkan diri pada Tuhan. Maha Suci Tuhan, yang menciptakan segala-galanya. Allahu-akbar...betapa agungnya Allah.
Dan, andainya kita tidak merenung, menghayati dan dan menafsir kejadian ciptaan Allah, tidaklah sia-sia bagi Allah, malah yang rugi adalah diri kita sendiri, na'uzubillah .

Wallahu'alam...

.....................

Allahyarham Dr Mas Afzal, adalah seorang doktor dan pelajar perubatan lepasan Universiti Shaffield, United Kingdom. Beliau, bagi saya, seorang pejuang dan mujahid yang begitu kuat semangat dan tabah sewaktu mengharungi perjalanan hidupnya, tambahan beliau ditakdirkan Allah, menghidap kanser darah, di mana tatkala itu masih lagi belajar di universiti. Namun, atas nama Allah, dan semangat juangnya, beliau berjaya (di mata kaca saya, insyaAllah orang ramai) menjadi anak yang soleh, sahabat yang baik , doktor yang berjaya dan mujahid yang begitu tulus.
Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas dirinya dan tempatkan dirinya bersama orang yang Engkau cintai dan golongan muttaqin wa solihin...amin ya Rabb. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.