Bismillah...
Assalamu'alaikum sahabat2,Hati dan mata khusyuk membaca buku di hadapan . Setiap perkataan yang bersatu menjadi potongan ayat dimamah oleh minda . Dan otak mentafsirkan apa yang dibaca .
Terdetik di hati . Subahanallah...aku boleh dan mampu membaca . Teringat dahulu ketika di tadika, (huhu ingat lagi yee~~) ada seorang kawan bertanya pada ku,
"Kau kan dah pandai eja sikit2 . Camne eja kerusi?"
"Errr......."
Saya kira, andai saya jawab pada umur sekarang, pasti saya boleh menjawab . Eja untuk perkataan mudah, insyaAllah boleh ! Dan teringat kembali, siapakah yang mengajar saya membaca pada usia, tidak silap saya, empat tahun . Ya, ketika itu baru sekolah di Tadika ABIM, di Sabah .
Saya masih ingat lagi suasana saya diajar mengeja dan membaca oleh ayah saya . Yang paling saya ingat dan sentiasa terlintas di benak saya, ialah ketika beliau ingin mengajar saya perkataan yang mempunyai imbuhan "-ang", contohnya panjang, sayang, sekarang dan sebagainya . Dan dari situ lah, alhamdulillah , saya dapat mengenal huruf2 dan beberapa perkataan, setelah meningkat usia, banyak yang dipelajari . Pernah sewaktu tadika saya memasuki persembahan mendeklamasikan sajak yang bertajuk "Apa itu Islam?" . Teka, bagaimana saya masih ingat lagi tajuk sajak itu ? Kerana ayah saya sering recall kepada saya usahanya untuk membuatkan saya hafal sajak itu . Beliau sanggup pasang mikrofon pada radio dan menyuruh saya menghafal sambil bercakap menggunakan mike . Hehe...last2 saya hafal sorang2 dalam bilik . ^^,
Ketika saya bersekolah rendah di SRA ABIM di Seremban, setiap pelajar wajib menghafal surah2 Lazim seperti surah Dhuha, Insyirah dan sebagainya . Ketika itu, orang yang sering membantu saya menghafal juga ayah saya ! Beberapa tips yang beliau berikan supaya saya cepat hafal dan lekat kat otak . Hehe...alhamdulillah, insyaAllah masih lagi lekat . :)
Dan dan dan, saya tidak gemar jajan atau junk food pun kerana ayah saya . Pada petang tu, saya bermain dengan kawan sambil2 nak tunggu ayah ambil kat sekolah .
Kemudian, kawan2 beli jajan . Rasanya, super ring ke ape....entah tak ingat . Sebab terliur dan asyik je diorang makan, saya pun terikut sama beli jajan . Selepas itu, ayah sampai dan saya pun masuk ke dalam kereta bersama jajan itu . Yaaa....ayah saya memang pantang kalau anak2 dia makan makanan yang ada pewarna, MSG, dan apa2 yang boleh mudaratkan . Nasib baik ayah tak suruh kami jadi vegeterina je ! ^^ Petang tue, dalam kereta, kaw2 kena bebel dengan ayah . Ayat yang paling saya ingat ialah,
"Lain kali jangan beli lagi ."
Sebab takut sangat kena bebel, memang dah tak beli . Sampai la ke besar, saya memang tak gemar makan jajan, kecuali Twisties sebab dia ada rasa kari2 sikit . Sukakan kari membuatkan saya suka Twisties . Hehe ^^,
Itu cerita ketika darjah 1 atau 2 . Sewaktu di Ipoh, saya sedang darjah enam . Best sekolah tue . Rindu sangat2 . Alkisahnya, hari tu saya ada kerja sekolah . Ya Allah, memang bertimbun, campur dengan kerja sekolah saya yang tangguh . (Hehe kantoiii~~) . Memang work hard usaha saya untuk siapkan kerja sekolah . Buat2....dah pukul 10 malam ! *Arrghh, nak tido~~* Jerit dalam hati . Buat2....alih2 dah pukul 12 tengah malam .
Kerana rasa simpati yang amat, ayah korbankan masa tidurnya untuk temani saya siapkan kerja sekolah . Tapi masa tue, saya memang dah niat tak mahu ke sekolah esoknya . Walaupun ketika itu, saya bagaikan 'eye-contact' dengan ayah . Bagaikan menghantar mesej yang, "Yun tak mahu gi sekolah esok......." tapi diabiarkan sahaja oleh ayah . Alih2.....dah nak subuh ketika itu . What was next ? Dengan hati lara, mata yang mengantuk, saya pergi capai tuala dan masuk ke tandas untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah . Ummi risau juga masa tu, andai saya terpengsan di sekolah . Namun ayah seolah yakin, yang saya mampu, cuma saya tak pernah gunakan tenaga sebenar saya . Alhamdulillah, di sekolah saya memang tidak mengantuk dan berbaloi siapkan kerja sekolah sepanjang malam..... +____+"
Dan, ayah pun pernah berkali-kali tolong buatkan karangan untuk saya . Yang paling2 saya ingat karangan Bahasa Malaysia tentang pencuri masuk rumah . Hehe, datang2 sekolah dengan perasaan bangga sebab kerja sekolah dah siap . Dan, ayah banyak bantu dalam English . Fuh, English ayah memang power . Kadang2 andai beliau sms saya dalam English, kadang terpaksa buka kamus kerana vocab beliau amat bombastic !
Dan sejak2 berada di Mesir, almost everyday he sent me sms, sometimes about tazkirah, renungan jumaat, kata2 hikmah, and jokes . Honestly, they really pleasure my feeling .
Actually, I don't know why I want to write about these things here, but I think, the point is, I really miss you ayah . Even though sometimes we have "miss communication" and sometimes I do not satisfy with you, but when I gather back all these things together, they being my inspiration in my life . Ayah, you always leave me with a lesson, and you will come to me with a knowledge . :)
I love you ayah . You are more than a friend for me . You and ummi, are part of my life, my soul . That's all for today . Bless me and pray for me . :)
Wallahu'alam...wassalam .
No comments:
Post a Comment