Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, June 17, 2011

"mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah"


Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,


Sudah lama tidak meng"update" blog ini . Post saya yang terakhir adalah pada 20 Mei dan sekarang sudah 17 Jun . Hampir sebulan berlalu meninggalkan blog ini sepi sebentar . Nak dikatakan sibuk, eh, tipulah andai saya kata SIBUK SANGAT2, namun tiada lagi ilham bertandang di minda . Mungkin saya boleh memberi sebab "imtihan" namun sambil menyelak blog sahabat lain yang senasib se"imtihan" dengan saya,

"Eh, dia update blog."

Pagi tadi baru sahaja selesai menelefon ummi di Malaysia . Bertanya khabar dirinya dan keadaan di sana . Beliau sihat Alhamdulillah, namun perkhabaran dari sana mengejutkan hati .
Tiga orang kampung saya meninggal berturut-turutan . Pertama, seorang makcik yang sudah tua, tidak lama selepas itu anaknya pula meninggal dan pagi ini (hari Jumaat) seorang makcik pula telah dijemput Ilahi .
Teringat pula pada 13hb Jun 2011 lepas, bersamaan 11 Rejab, genap 10 tahun Allahyarhamah nenek saya telah pulang ke Rahmatullah .

...........................................................................................................

"Mati itu pasti...hidup itu, InsyaAllah..."

Masih ingat lagi kata2 di atas yang dipetik dari novel kegemaran saya iaitu Bagaikan Puteri hasil karya Ramlee Awang Mursyid .
Iya, mati itu adalah suatu kepastian dan hidup ini semestinya akan berakhir suatu hari nanti . Pernah sekali, sahabat saya meng"update" statusnya di laman Facebook, (lebih kurang begini : )

"Bila kita akan mati ?"
"Tidak tahu.."

Namun jawapan yang lebih tepat ialah,
"Bila-bila masa"

Iya, dua jawapan di atas punya maksud yang berbeza . Andai kita sering ucap "Entah aku tak tahu bila aku akan mati..." khuatir persediaan untuk menghadapi mati pun entah tidak tahu ke mana .
Namun cubalah untuk mendidik diri dan berpesan kepada diri bahawa mati itu,

"Anytime..."
atau,
"Boleh jadi sekarang, atau 5 saat kemudian, atau 5 minit kemudian,
atau 5 jam kemudian atau 5 hari kemudian...etc.."

Siapa tahu ? Itu rahsia Tuhan yang mengetahui perkara yang nyata serta ghaib . Kita sebagai hambaNya yang terbatas ini, urusan kita hanyalah berusaha mempersiapkan diri dengan amalan dan berdoa . Berdoa agar mati dalam iman dan Islam . Mati dalam 'husnul khotimah' atau pengakhiran yang baik .
Dipetik dari buku Langit Ilahi bahawa,

"Husnul khotimah yakni suatu kematian dalam keadaan dia BERIMAN kepada Allah,
dengan kehidupannya yang dedikasi mengikuti
segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya."

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
"Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)"
(H.R. Ibnus Sunny)

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan HUSNUL-KHATIMAH (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan SU`UL-KHATIMAH (akhir yang buruk)"

Klik sini . Melihat video ini, alangkah mudahnya sheikh ini menamatkan nafasnya . Berceramah dan........sudah tiada . Innalillahi wa inna ilahi raji'un . Itu pengakhiran baginya . Kita bagaimana pula ? Wallahu'alam, maka bersiap-siagalah dari sekarang !

Namun harus diingat juga bahawa, dalam kita menyiapkan diri kita dengan amalan2 kebaikan, jangan dituruti amalan itu dengan niat yang lain melainkan kerana Allah Ta'ala . Sehebat dan sebanyak mana pun amalan kita, andai diiringi dengan persaan ujub, takbur dan sombong, amalan itu hanyalah sia-sia dan menjadi "debu2" sahaja di akhirat nanti . Ikhlaskanlah diri, lakukan sahaja kerana Allah dan ingatlah juga bahawa ikhlas itu rahsia Allah . Hanya Dia
sahaja yang mengetahui dan Yang layak menghakimi keikhlasan kita . InsyaAllah, semoga amalan kita diterima olehNya .

Takut mati?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

"Suatu hari nanti, kamu semua akan dikerumuni musuh,
seperti semut mengerumuni makanan .
Sahabat2 bertanya,
"Apakah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah ?"
Rasulullah s.a.w menjawab,
"Tidak, ketika itu bilangan kamu ramai, tetapi kamu seperi buih di lautan,
Allah membuang rasa takut di hati musuh kamu
dan mencampakkan kegerunan di dalam hati kamu .
Hati kamu ketika itu dihinggapi penyakit wahn."
Sahabat2 bertanya lagi,
"Apakah wahn itu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab,
"Cinta dunia, takut mati."

Apabila dunia menjadi raja hati, mula lah semakin lupa kepada kematian . Mula lah sayang kepada harta dunia dan seisinya . Mula lah sayang meninggalkan dunia ini . Mula lah ingin lari dari kematian . Walhal.....dunia ini hanya persinggahan . Kita ini hanya musafir di sini dan kampung halaman kita yang sebenarnya adalah syurga, insyaAllah, andai bekalan di tempat persinggahan ini bekalan yang baik yang dikumpul . Dan, lari hingga ke hujung dunia mana pun, kematian tetap datang pada kita .

Saya kira, sampai di sini dahulu post saya kali ini . Semoga kita semua diakhiri dengan husnul khatimah dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat, insyaAllah . Dan, semoga kita dijauhkan oleh Allah dari penyakit "wahn" dalam hati kita. Amin .

Wallahu'alam...wassalam . :)

p/s : mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah dijemput Ilahi . al-fatihah..


2 comments:

  1. burn,
    semoga kita semua bukan, "banyak ketawa di dunia dan menangis di akhirat".
    sama2 kita renungkan.. :)

    ReplyDelete

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.