Assalamualaikum semua..
Apa khabar antum dan iman kita semua ya?Semoga semakin bertambah dan semoga kita sentiasa di bawah rahmat Yang Esa.
Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah,saya bersama rakan-rakan medik telah selesai menamatkan peperiksaan Midyear kami baru-baru ini.Dan sekarang kami menjalani cuti winter break!
Wahhh....selamat bercuti kepada semua.Semoga cuti kita dipenuhi dengan perkara berfaedah.InsyaAllah...
Sedang menikmati cuti di musim sejuk ini,saya dan ahli bait telah merancang untuk memasak LAKSA PENANG dan kuih yang amat terkenal di Kelantan iaitu kuih CEK MEK.Hehehe...buat kali pertamanya saya belajar membuat kuih cek mek dan tidaklah susah seperti yang saya jangka selama ini.
Kami memulakan misi untuk membeli bahan-bahan untuk memasak laksa di Suq(pasar) di Kubri selepas waktu Zohor.Suq ini menempatkan perlbagai barang basah seperti sayu-sayuran,ikan,daging dan bermacam-macam lagi termasuk abayah(jubah),arang dan sebagainya.
~di Suq,Kubri...
~penat berjalan...kami berehat..
Sudah habis membeli,kami pun....apalagi,balik ke imarah dan teruskan 'perjuangan' kami untuk memasak.Hehe..Rasanya tidak perlulah saya menjelaskan bagaimana kami memasak laksa kerana saya kira ramai yang tahu memasak makanan kegemaran ramai ini.
Cuma,untuk membuat kuih cek mek,antum harus rebus ubi keledek dan selepas merebus,lenyek ubi tersebut(sampai hancur...mungkin?).
Dan selepas itu,jangan lupa untuk letak tepung tapi tiada kuantiti tetap untuk tepung kerana kami semua gunakan teknik 'estimate' sehingga campuran ubi dan tepung tidak melekat dan lembik.
Selepas itu,carik campuran itu dan leperkan mereka.Buat seperti kawah di tengah-tengah dan letak gula di kawasan itu.Tapi ingat!Not too much!Hehe..
Setelah itu tutup permukaan tersebut dan bentukkan ia seperi bentuk bola ragbi(bentuk bujur).
Dan akhir sekali,goreng kuih itu sehingga masak....Hehe..
~kuih Cek Mek kami...
~Laksa Penang!!
Okey...rasanya sampai di sini sahaja perkongsian saya di Bumi Zagazig ketika cuti musim sejuk.InsyaAllah...ada masa saya kongsikan lagi!
Assalamualaikum...
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment