Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, February 26, 2010

sekadar repekan...

Assalamu'alaikum minna-san~

Apa khabar antum semua?Apa khabar dengan iman kita ya?Semoga hati yang berbolak-balik ini sentiasa istiqamah dalam mentaatinya.Amin..

Setelah lama melihat blog kesayangan ini sunyi dan sepi sahaja tanpa sebarang pembaharuan yang saya buat,kesian pula rasanya pada wadah maya ini.Gomen minna!(dalam Bahasa Ibunda tercinta maknanya maafkan saya semua).Bukan sengaja untuk membiarkan blog ini tersadai begitu sahaja sedangkan sahabat-sahabat lain rancak meng'update' blog.Cuma tiada kesempatan masa untuk menulis entry..
Semoga Allah merahmati kalian dan begitu jua diri yang lemah ini dalam meneruskan menulis selagi diri diizinkan oleh Maha Kuasa...insyaAllah.

Dalam mengharungi hidup di Zagazig ini selama beberapa bulan,setelah sudah berjuta-juta nafas saya hirup dan hela di perantuan ini...banyak pengalaman yang dapat dikutip.Bukan sahaja yang baik,malah yang tidak pun ada juga.Di celah-celah itu jugalah kita tersepit dalam memilih arus yang mana.Andai baik yang diikuti,insyaAllah baiklah jadinya.
Tepuk dada,tanya iman..



Oh...sebenarnya,kalimat di atas hanya sekadar muqaddimah dan apa yang ingin saya kongsikan dengan antum semua ialah betapa syukurnya saya dengan izinNya,pada cuti yang lepas saya telah terjumpa dengan sesuatu yang dapat mengembalikan saya semula ke zaman dahulu...Subahanallah.Agaknya apa ya?

Hehe...sudah tentu bukan mesin yang boleh membawa kita ke zaman apa sahaja,namun apa yang saya terjumpa ialah lagu-lagu 'evergreen' yang mengingatkan kembali memori saya sewaktu masih bergelar 'budak hingusan' ataupun zaman masih tadika lagi.Lagu-lagu itu ialah lagu yang dinyanyikan oleh Nadamurni,Soutus Sofwa dan The Zikr.Subhanallah...namun kali ini penghayatan terhadap lagu-lagu itu agak berbeza.Kenapa?Kerana sewaktu kecil saya hanya menyanyikan sahaja tanpa mengerti mesej sebenar lagu mereka.
Tatkala mendengar hari ini,terasa menitis air mata dek mesej yang ingin disampaikan oleh penasyid lagu tersebut.Contohnya lagu Munajat yang dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri(ex-Nadamurni dan Rabbani) dengan suaranya yang memang membuat hati sayu...
Di sini saya sertakan link untuk menonton video lagu Munajat.Maaf kerana memerlukan masa untuk download dan upload video.
http://www.youtube.com/watch?v=31J20tvqNMo

Selain itu,ketika cuti,saya dan ahli bait tidak melepaskan peluang untuk menghadiri ke Ma'radh Kitab a.k.a. Pameran Buku yang dilangsungkan di Cairo.Subahanallah...melihatkan suasananya membuatkan mengingatkan saya pada pameran buku di Balai Islam di Lundang,Kelantan.Namun bezanya cuma ma'radg di Cairo ini BEGITU luas dan BEGITU banyak kitab yang dapat kita ketemui.Dan setiap kali saya membelek buku-buku di ma'radh ini,banyak buku yang bermanfaat selain buku perubatan,agama,novel dan sebagainya.


~me and ahli bait at ma'radh kitab

Mungkin setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama...dan sekarang pula kuliah pun sudah bermula dan gamaah(universiti) pula destinasi kami.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan merahmati perjuangan dalam mencari keredhaanNya.InsyaAllah...amin.
Ok salam...wallahu'alam.

Dunia Baru Islam
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.