Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Wednesday, March 10, 2010

bELajaR beRsyuKuR

Assalamualaikum antum semua..
Apa khabar dan apa cerita iman kita ya?Tepuk dada,tanya iman..

Ketika berada di sini,pernah saya dan ahli bait menonton sebuah cerekarama Melayu.Hahhhh??Mereka-reka ke saya ni??Hehe...Jawapannya benar lagi sahih namun janganlah mengandaikan kami menonton di 'idiot box' kerana memang mustahil di sini untuk mendapat siaran dari Malaysia...tapi tak tahulah kalau ada caranya.
Cerekarama itu sama-sama kami tonton di laptop milik seorang sahabat di mana ada sebuah fail di dalam laptopnya penuh dengan cerita.
p/s : terima kasih sabahat kerana adanya cerita-cerita dalam laptop kamu boleh juga kami melepaskan tekanan,walaupun kadangkala terlebih melepaskannya..hehe.

Namun,bukan itu yang ingin saya ketengahkan.Kita biarkan dulu ya kisah laptop dan sahabat saya itu.Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah saya tertarik dengan sebuah cerekarama Melayu yang pernah disiarkan di TV3.Namun,ma'alisy giddan a.k.a maaf banyak-banyak kerana saya terlupa akan tajuknya.
Apa yang menariknya,cerita itu menceritakan seorang menantu perempuan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu mertuanya.Dan,yang paling saya ingat menantu itu tidak suka akan makanan kampung,hurmm..mungkin ada sebabnya.Ketika itu,ibu mentuanya memasak makanan kampung dan kami yang berhadapan laptop seakan terheret ke dalam cerita itu.Perut makin berkompang kerana terliur dengan masakan kampung itu.


~gambar hiasan..

"Kalau aku,dah lama aku makan!Sedap kot!"

Inilah asam garam berada di negara orang.Dan inilah lumrah dalam kehidupan.Ketika sesuatu perkara itu di hadapan kita,kita seakan membiarkan ia berlalu begitu sahaja.Dan setelah kita kehilangan perkara itu,barulah kita sedari bahawa benda itu amatlah penting bagi kita dan itulah yang kita mahu.

BELAJARLAH BERSYUKUR

Sahabat,apa yang ingin saya sampaikan ialah belajarlah untuk bersyukur apa yang berada di hadapan kita dan belajarlah untuk menghargai sesuatu.Kadang-kadang kita kita mungkin terlepas pandang sesuatu kerana manusia ini secara fitrah mempunyai sifat lupa.Namun,jangan asbab ini kita sentiasa jadikan ia sebagai alasan kerana seakan kita telah menyalahkan takdir dalam hidup kita.
Menyentuh soal lupa,ramai orang(termasuklah diri yang dhaif ini) lupa untuk panjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia dan Allah pun ada menyatakan bahawa sedikit sahaja dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.
Muhasabah diri,bersyukurkah kita?



Tapi,apa kaitannya dengan cerekarama di atas tadi?
Cerekarama tadi mengajar saya agar lebih menghargai apa yang berada di Malaysia dan saya akui,hampir 6 bulan di sini banyak ujian yang saya harus lalui kerana terlalu rindukan Malaysia!Rindukan masakan umi,rindukan gelak tawa bersama keluarga,rindu kepada sahabat-sahabat,rindukan masakan mamak,rindukan neslo ais dan banyak lagi!Namun jika difikirkan kembali,jangan kita terlalu terikut sangat dengan perasaan itu,khuatir membantut kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hidup di bumi Anbiya' ini.Dari kesabaran dan kekuatan itu jugalah mengajar saya erti bersyukur...

Berada di sini juga mengajar saya agar bersyukur walau masih memendam rindu pada tanah air.Kenapa?Kerana negara ini penuh dengan mutiara ilmu dan rugilah bagi pihak saya jika saya tidak menyedok mutiara tersebut.Dan tambahan pula Allah menggantikan rindu itu dengan kehadiran sahaba-sahabat yang baik belaka...Alhamdulillah.

Oleh itu sahabat sekalian,marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta'ala atas nikmat yang diberi.Tidak kira di mana kita berada,kita sentiasa dikelilingi dengan nikmat.Teringat pula lagu The Zikr iaitu 'Mengemis Kasih'.Dalam liriknya ada menyebut,"harga selautan syukurku,hanyalah setitis nikmatMu di bumi..."
Bermakna,bersyukurlah kita selalu akan nikmat dan rahmat Allah yang begitu luas ini...

Sampai di sini sahaja.Semoga kita menjadi golongan orang yang bersyukur amin..
Wallahu'alam...salam.

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.