Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Saturday, April 10, 2010

Ketika Doktor 'Berperang'

Assalamualaikum..
Bismillah wal hamdulillah..

Ketika doktor berperang???Mengapa dan kenapa?Ya sahabat sekalian,kini bakal-bakal doktor,insyaAllah,sedang berperang.Namun,bukanlah dengan pedang,tombak ataupun sebarang senjata yang membawa kepada pendarahan fizikal.Kini bakal-bakal doktor sedang berperang dengan alatan tulis dan buku-buku!Hehe...bukan main baling-baling buku ya.

Untuk makluman kepada sahabat sekalian,insyaAllah,semoga dilancarkan olehNya,kami akan menempuhi peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.Ianya akan berlangsung dari 2hb Mei 2010 sehingga 28hb Jun 2010...InsyaAllah.



Apa yang ingin saya kongsi kali ini,saya begitu teruja dengan sketsa pelajar-pelajar Arab belajar.Saya pasti,sekali anda lihat,pasti terlintas di minda ialah,"Subahanallah!","Waaahhhh..."...sebenarnya,inilah yang bermain di minda saya setiap kali belajar di Museum Anatomy.
Pernah sekali sahabat saya bertanya,ada apa dengan museum ini?Di museum ini sebenarnya terdapat banyak balang yang menempatkan anggota tubuh badan manusia dan organ-organ yang telah diawet.
Berbalik kepada kisah saya,pernah suatu hari seorang pelajar wanita Arab sedang menghafal notanya.Sekali buka notanya,baca,tutup dan hafal!Dan yang mengagumkan adalah mereka cepat untuk ingat apa yang mereka baca.Subahanallah....dan gaya mereka menghafal persis orang sedang menghafal al-Quran.
Menurut naqibah tersayang saya,kak Husna,salah satu kelebihan masyarakat Arab ialah daya ingatan mereka sangat kuat kerana mereka ini keturunan Nabi yang mempunyai daya memori yang kuat!Subahanallah...segala puji bagi Allah.

Dan pada hari Khamis,malam Jumaat saya dan sahabat-sahabat yang lain berkesempatan untuk sama-sama menunaikan solat sunat Hifzi di Darul Wehdah.Setelah diterangkan,barulah saya tahu apa itu solat sunat Hifzi.
Solat sunat Hifzi,mengikut sejarahnya,didirikan oleh Rasulullah dan para sahabat sebelum pergi berjuang.Cuma kali ini dan untuk keadaan kami,kami aplikasikannya sebagai menghadapi peperikasaan yang tidak lama lagi akan menjelang.Dan sememangnya kita sekarang dalam 'medan peperangan' dalam menggapai kejayaan.Dan bertetapan juga dengan namanya 'HIFZI' yang berasal dari perkataan 'hafaza' yang bermaksud pelihara.
Semoga apa yang kita baca dan apa yang kita hafal,dipeihara oleh Allah...amin.

Saya kira,sampai di sini sahaja dahulu penulisan saya kali ini.Pertama dan selama-lamanya,Alhamdulillah wa hamdalillah kepada Allah kerana memberi saya ruang waktu untuk saya menulis...syukran lillah.
Sebelum mengakhiri kalam lisan,salam imtihan dan bersama kita menuju mumtaz!InsyaAllah...dan seiring dengan kempen yang dijalankan Perubatan Cawangan Zagazig(PCZ) Unit Akademik dengan slogannya,'EXAM FEVER CAMPAIGN'.Hehe..promot2~

Ok...semoga Allah merahmati ilmu yang dikurniakanNya kepada kita dan semoga dipermudahkan dalam menuntut ilmuNya serta dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan kelak!Amin..



~towards mumtaz~

Wassalam wa Allahu'alam..=)

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.