Assalamualaikum..
Ingin kiranya saya berkongsi sebuah lagu dengan sahabat sekalian di mana lagu ini punya lirik yang cukup bagus.Setiap kali dengar ke Gama'ah,selepas belajar...tenang sahaja perasaan ini.
Semasa kecil dahulu,saya ingat lagi,abang saya suka akan lagu ini dan begitu juga saya.Tapi,yelahh..kecil-kecil dahulu,hanya dengar kerana lagu ini 'best' tapi sekarang apa yang penting mesej yang terselit pada lagu ini.
Setiap kali mendengar lagu ini,bergetar jiwa kerana memikirkan dosa silam namun selagi kita hidup selagi itu peluang untuk kembali kepadaNya masih terbuka luas.
Jadi,sahabat...sama-sama kita muhasabah diri dan sama-sama kita berusaha menuju redhaNya...insyaAllah.
Ok sampai di sini dahulu...
Salam wallahu'alam..
Hijjaz
Sebelum Terlena
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku
Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi
Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Wednesday, April 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment