Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Sunday, April 25, 2010

kerana kau muslimah mukminah

Assalamu'alaikum sahabat sekalian..

Sebelum tirai imtihan melabuhkan dirinya dan bergemalah hati-hati yang sarat dengan seribu perasaan,ingin saya hadirkan dalam blog saya untuk entry kali ini tentang wanita.Siapa itu wanita?Ada apa dengan wanita?Wanita pada dasarnya adalah jantina yang bertentengan dengan lelaki.Dan,hakikatnya...wanita berbeza dengan lelaki.Wanita itu dicipta dari tulung rusuk kiri milik lelaki untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Pernah suatu ketika saya menghadiri sesi ceramah oleh seorang ustaz,beliau ada berkata,"wanita itu sering diuji dengan perasaan..."
Terpana sebentar saya dengan kata-katanya.Mungkin waktu itu saya masih muda dan saya kurang memahami dengan bait ayat itu.
Dan,saya melalui hidup saya seperti ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui.Semakin meningkat umur saya,semakin saya mengerti apa yang dikatakan oleh ustaz itu.Ya..benar.Wanita sering diuji dengan perasaan.

DIUJI DENGAN PERASAAN?
Apabila ummi melihat saya,betapa gemerlapan sinar matanya.Bagai memandang sesuatu yang dikasih dan dicintai.Dan apabila lidah kami tersalah mengeluarkan kata,redup matanya melihat ke tanah dan diam tanpa berkata.Dan,ketika lewatnya kami pulang menjejak ke rumah,sayunya hatinya melihat ruang rumah yang sunyi sepi namun menjadi penunggu setia akan kehadiran kami...itulah persaan seorang ibu.
Tiada siapa yang dapat memahami hatinya ibu melainkan Allah Ta'ala yang membimbing hatinya ke arah yang kejernihan.Agar jernih itu bertukar menjadi kasih sayang kepada orang dikasihinya.Betapa seorang ibu pendamkan kepayahan pelayaran hidupnya demi sebuah kebahgiaan milik insan tersayang.Bukankah itu ujian baginya?

Itu kisah seorang ibu.Bagaimana pula cerita seorang puteri yang masih muda dalam hidupnya?Hakikatnya,semakin dewasa dia,semakin hatinya mudah terusik walau hanya dengan sekali sentuhan.Ketika itulah,dia perlu meletakkan malunya pada Allah.Takut kelak,dalam pengabdiannya kepada Tuhannya,dia tersasar kerana sekeping hati yang terbuai dengan asyikan perasaan kelekaan.Kerana itulah,dia perlu membina benteng dalam dirinya agar hatinya sentiasa memuja cinta Tuhannya.

Saya kira,sampai di sini dahulu entry kali ini.Hadaf saya menulis berkenaan wanita adalah saya sayangkan muslimah mukminah...kerana di situ terletak sebuah kekayaan iman padanya.Kerana gelarannya solehah,di situ juga terletak kebijaksanaan dan kecantikan miliknya.
Saya akhiri entry kali ini dengan lirik lagu "Puteriku Sayang" nyanyian Hijjaz.

Wassalam..wallahu'alam.

http://www.youtube.com/watch?v=vsTNgj6Mxbw



Puteri Ku Sayang

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

p/s...salam imtihan dan bitaufiq wa najah fil imtihan buat diriku dan sahabat-sahabatku..

1 comment:

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.