Apa khabar ya iman kita?Setiap kali mentari terbit,insyaAllah terdetik di hati kita untuk bertanya khabar iman kita yang kadangkala turun dan naik ini.Semoga hati kita yang sering berbolak-balik ini ditetapkan iman oleh Maha Esa dalam mentaatiNya serta RasulNya.,InsyaAllah..sama-samalah kita berdoa.Dengan banyak berdoa juga kita dapat mendekatkan diri kita kepadaNya dan menambahkan lagi rasa kehambaan kita kepadaNya.
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi peluang kepada saya untuk menaip lagi selepas tamatnya peperiksaan akhir tahun untuk sesi praktikal.Andai ada yang bertanya,bagaimana dengan peperiksaan saya,perkataan yang dapat dikeluarkan dari dua bibir saya hanyalah,".........Alhamdulillah."Kenapa?
Kerana,apa yang menjadi 'output' dalam peperiksaan adalah atas dasar usaha saya sendiri.Andai secebis usaha yang dipertaruhkan,maka kecillah hasilnya.Andai usaha itu dilaksanakan dengan bersungguh,insyaAllah pasti besar hasilnya.
BERSANGKA BAIK
Pernah sekali saya dilanda kecewa dek keputusan peperiksaan yang tidak begitu memuaskan hati.Boleh dikatakan,berhempas-pulas saya belajar untuk raih markah tinggi,namun ianya di luar dugaan.Pada mulanya,saya amatlah kecewa dan 'merajuk' sebentar dengan Tuhan.Astaghfirullah...siapalah saya yang hina dina ini untuk merajuk dengan Sang Pencipta Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui.Mujurlah suatu ketika,terdetik di hati,"..sampai bila aku mahu merajuk?Selepas ini,aku harus jua menghadapNya untuk meminta padaNya...".Setelah bermuhasabah dengan diri,barulah saya sedar bahawa betapa silapnya saya ini...barulah saya sedar,saya ini penuh khilaf.Tatkala itu,ayatNya mengingatkan saya bahawa mungkin jadi perkara yang kita suka itu tidak baik untuk kita dan mungkin jadi perkara yang kita tidak suka itu baik untuk kita.Apa yang tertulis dalam hidup kita hadapilah dengan sabar dan redha kerana tiada yang sia-sia perkara yang dijadikan Allah dan semuanya terkandung hikmah.
Teringat pula dengan kata-kata Saidina Uthman bin 'Affan iaitu,
"Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,tetapi masih sedih kehilangan sesuatu.."
Maka itu,barulah saya belajar erti bersangka baik pada Allah.InsyaAllah,dari jatuhnya saya tadi,boleh meniupkan semangat untuk bangkit semula.
BERSAMA MENJADI MUMTAZIN,INSYAALLAH
Maka itu sahabat sekalin,mari sama-sama kita rajin-rajinkan diri untuk berusaha untuk menjadi insan yang berjaya,bukan sahaja di dunia malah di akhirat insyaAllah.Jangan jemu untuk berdoa kerana ia penghubung kepada hati kita untuk lebih rasa dekat kepadaNya.
Jadi,kiranya,sampai di sini 'bebelan' ringkas saya.Bukanlah mahu membebel,namun ingin mengingatkan diri saya sendiri yang sering terleka ini.Dan sebagai perkongsian dengan sahabat semua.
Semoga kita semua dipermudahkan olehNya dalam menuntut ilmu ini dan dikurniakan kejayaan yang mumtaz dariNya...amin.
Wassalam..wallahu'alam.
p/s : berdebar pula untuk exam written dan oral..semoga dipermudahkan insyaAllah..
No comments:
Post a Comment