Assalamu'alaikum..
Dikesempatan yang sebentar ini,ingin sekali saya ucapkan selamat hari ibu kepada ummi...bagi saya,hari ibu bukanlah pada hari ini sahaja namun begitu hari-hari adalah hari ibu.Kerana,selagi masih bergelar anak kepada seorang ibu,selagi itu masih lagi tergalas tanggungjawab kita terhadapnya,tidak kira dia masih ada atau tidak.
Ingatlah,dalam kalamNya jua Allah pernah menyebut,mafhumnya,bahawa sembahlah Allah dan berbuat baiklah pada ibu bapa.Ayat 'berbuat baik pada ibu bapa' disebutkan oleh Allah selepas ayat 'sembahlah Allah'.Ini memperlihatkan kepada kita betapa wajibnya kita berbakti kepada mereka.Lihat sahaja apa yang terjadi pada seorang anak ketika zaman Rasulullah SAW tatkala anak itu menghadapi maut.Sukar baginya untuk mengucap kalimah syahadah hanya kerana mengguris hati seorang ibu.Mujurlah akhirnya si ibu itu memaafkannya dan memudahkan si anak itu untuk mengucap ketika nafas di pengakhiran.
Apakah ini tidak lagi menjadi pengajaran buat kita?Marilah sahabat-sahabat...sama-sama kita menjadi anak soleh sedaya mungkin walaupun kita tidak dapat menjadi sempurna bagi mereka tapi jadilah sebaik dan terbaik mungkin bagi mereka.
Sampai di sini sahaja...wassalam wallahu'alam...=)
p/s : sayang ummi dan sayang ayah juga!!
Hujan – selamat Hari Ibu
Dengarkanlah lagu
laguku ini
ikhlas dari hati hanya untukmu
akulah anakmu, anakmu yang selalu
memelukmu..menciummu..
memang banyak dosa yang tlah ku lakukan
menyakiti dikau ku mohon maafkan
selamat hari ibu,
ku ucap kepadamu
walauku jauh disini
ku harap kau terus menanti kepulanganku
tuk menemamimu hingga ke akhir nanti
aku janji..
kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
punyai pari-pari iaitu kamu
ku pastikan agar kau sentiasa bhagia
inginku nyatakan kau milik syurga
No comments:
Post a Comment