Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, August 20, 2010

Opick - Rapuh


Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday, August 18, 2010

Mus'ab bin Umair - pejuang syahid -

Assalamu'alaikum sahabat2 sekalian..

Alhamdulillah dan syukran lillah kerana mengizinkan keinginan saya dari dahulu lagi untuk menulis tentang seorang sahabat Nabi yang ketika itu begitu hebat dan kehebatannya terus menyinar hingga hari ini.

Beliau adalah Mus'ab bin Umair radhiallahu 'anhu merupakan antara insan yang dijanjikan syurga atas semangatnya berjuang di medan jihad hingga akhirnya beliau gugur syahid. Syahid adalah idaman bagi setiap pejuang kalimah Allah dan Allah telah memilih Mus'ab antara yang syahid sewaktu peperangan Uhud.
Mus'ab adalah sahabat kepercayaan Nabi dan merupakan pembuka laluan Hijrah bagi kaum Muslimin ke Yathrib atau dikenali sebagai Madinah Munawwarah.Beliau sentiasa menghayati ayat2 Allah yang dibacakan oleh baginda Rasulullah SAW dan meniliti hujah2 orang2 Quraisy sehingga seluruh jiwa serta dirinya membenarkan bahawa Allah adalah yang berhak disembah dan membenarkan kenabian Rasulullah SAW.Ini meletakkan beliau dalam golongan minoriti ketika itu di mana dia telah menjadi sahabat Nabi yang akrab dan sering ditindas oleh kaum Musyrikin Mekah. Setelah memeluk Islam,dalam sekelip mata kemewahan yang dahulu pernah dirasainya hilang sekelip mata namun dia rela kerana begitu hangat cintanya kepada Allah dan Rasul.

Beliau antara mereka yang berhijrah ke Habsyah dan pulang semula ke Mekah. Setelah berada di Mekah, beliau adalah orang yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW pulang bersama 12 orang Muslimin pertama Yathrib yang telah membuat janji setia dengan nabi di 'Aqabah.
Sikapnya yang sering mendampingi Rasulullah dan lebih2 lagi beliau dididik serta dibimbing oleh Rasulullah sendiri, justeru beliau diberi kepercayaan untuk membimbing generasi Islam terawal di Yathrib.
Ketika di Yathrib, beliau berusaha keras untuk menyebarkan agama Islam yang suci tanpa rasa takut atau gentar. Beliau menyeru kepada penduduk Yathrib agar mentauhidkan Allah, meninggalkan amalan tradisi jahiliah yang sesat serta beliau juga membacakan wahyu Allah di hadapan pemuka2 kaum 'Aus dan Khazraj sehingga ramai yang terbuka hati untuk memeluk Islam.Orang Yathrib merupakan lebih terbuka orangnya dan lebih2 lagi mereka sering bergaul dengan ahli2 Kitab serta kerap mendengar kisah2 dalam kitab Taurat bahkan ada yang menanti-natikan kehadiran Rasul akhir zaman,Muhammad SAW.
Kemunculan utusan Allah,Rasul akhir zaman ini memberi sinar harapan baru kepada puak 'Aus dan Khazraj yang sekian lama lemas dihimpit oleh kaum Yahudi.

Setelah setahun keberadaan Mus'ab di Yathrib, tibalah musim Haji. 70 orang Muslimin yang terdiri dari kaum 'Aus dan Khazraj menuju ke kota Mekah untuk meneguh janji setia kepada Rasulullah yang mereka imani. Bersama mereka, Mus'ab Radhiallahu 'anhu yang dikenali di Yathrib sebagai "al-Muqri' " iaitu "pembaca alQuran". Di Aqobah, Mus'ab telah menyaksikan perakuan Rasulullah SAW terhadap kaum muslimin Yathrib iaitu,

"Kamu adalah sebahagian dariku dan aku juga sebahagian daripada kamu.Aku akan memerangi sesiapa yang memerangi kamu dan berdamai dengan sesiapa yang berdamai denganmu."

Ujian paling berat yang pernah dihadapi oleh Mus'ab ketika beliau dipenjara oleh ibunya sendiri. Ketika itu,walaupun beliau dipujuk dan diugut, imannya tetap teguh pada Islam dan akibatnya beliau dipenjara di rumah sendiri. Namun penderaan itu tidak mematahkan semangat beliau malah menjadikan beliau lebih tabah. Mus'ab merupakan pemuda kacak dan ibunya, Hunaz binti Malik, begitu memanjakan beliau namun terdapat masih ruang kosong dihatinya,bukanlah harta kekayaan atau kasih ibu tiada sempadan tetapi ianya adalah iman dan ketaqwaan.

Perang Uhud menyaksikan bagaimana bersungguhnya Mus'ab berjuang atas nama Allah dan Rasul. Ketika tentera Islam mula goyah setelah diserang kali kedua oleh tentera berkuda kaum Musyrikin Mekah,walaupun pada awalnya tentera Islam telah mendapat kemenangan, Mus'ab berhadapan dengan seorang panglima Quraisy yang bernama Ibn Qimaah. Ketika bertempur, libasan pedang Mus'ab tidak dapat menjejaskan baju besi panglima itu. Akhirnya, panglima itu melibas tangan kanan Mus'ab dengan pedangnya sehingga terputus di mana ketika itu tangan kanan Mus'ab memegang panji Islam. Lalu panji itu disambut oleh tangan kirinya namun dilibas juga sehingga terputus. Lalu, dikepit panji Islam itu dengan dadanya sehingga tombak mengenai dadanya. Akhirnya, sahabat kepercayaan dan kesayangan Nabi itu gugur syahid.

Rasulullah sangat sedih dan teringat buat pertama kali ditemuinya di Mekah di mana ketika itu Mus'ab seorang yang cukup bergaya dan tampan. Namun pada hari bersejarah itu, keadaan kedua tangannya yang kudung dan terlantar dalam keadaan yang menyedihkan.
Rasulullah melemparkan pandangannya ke medan Uhud dan ke arah para syuhada' serta bersabda,

"Utusan Allah bersaksi bahawa anda semua adalah syuhada' di sisi Allah SWT di hari Qiamat nanti."

70 orang tentera Islam gugur syahid dalam peperangan Uhud. Ketika Rasulullah SAW menziarahi makam mereka, baginda memanjatkan doa,

"Salam sejahtera di atas ketabahan dan kesabaran.Ni'matilah syurga kediaman terbaik buat kalian."

Begitulah kisah pejuang syahid Islam yang merupakan sahabat kepercayaan Nabi, Mus'ab bin Umair Radhiallahu 'anhu. Begitulah kisahnya yang mewangi sepanjang zaman. Mereka yang syahid hidup di sisi Tuhan dan sentiasa dikenang.
Semoga kita semua dapat mencontohi sifat semangat berjuang sahabat Rasulullah ini insyaAllah.
Segala maklumat ini diambil dan dirujuk dari Jejak Rasul 12 yang pernah disiarkan di TV3.

Wallahu'alam..wassalam.

Friday, August 13, 2010

Sekadar Perkongsian :)


Assalamu'alaikum sahabat2 yang dirahmati :)

Sekadar perkongsian bersama...hehe sewaktu tamatnya exam saya ada hobi baru.Alhamdulillah...insyaAllah bukan sekadar hobi malah mungkin juga dapat dijadikan salah satu cara untuk menyampaikan sesuatu. Apa ya ?
Hehe..sewaktu di Mesir, bosan2 tidak tahu nak buat apa, seorang sahabat saya telah mengajar saya untuk edit gambar. Dahulu pun ada pernah juga ada yang mengajar saya adobe photoshop tapi dek lama tinggalkan adobe meng'adobe' jadi lupa sikit. Kali ini saya menggunakan picnik.com dan sahabat2 juga dapat mencubanya ! :)
Apa2 pun syukran jiddan3 kepada sahabat2 yang ajar dan menyumbangkan idea kepada saya.
Di bawah ini saya letak antara gambar2 saya edit.
* diizinkan ambil andai nak :)







Sekian sahaja dari saya.Wallahu'alam...wassalam. :)

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan ya Ramadhan Kareem !


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ramadhan lalu baru sahaja meninggalkan kini berganti pula dengan Ramadhan untuk tahun ini. Baru sahaja terbayang bagaimana menyambut sebahagian hari2 pada bulan Ramadhan buat pertama kalinya di perantauan kini Ramadhan yang baru akan melabuhkan tirainya insyaAllah. Seusai ia menghamparkan diri pada waktu dan masa, maka terbelenggulah iblis dan konco2 mereka serta terbukalah pintu syurga. Langit yang tinggi terasa indah dan bumi pula menyambut kedatangannya.Begitulah mulianya bulan kareem ini ditambahkan pula dengan keistimewaannya iaitu malam Lailatul Qadr...malam yang begitu barokah.

Namun, bagaimana dengan puasa kita kali ini ? Bagaiman dengan amalan2 kita ? Begitulah harapnya, semoga Ramadhan kali ini membuka pintu peluang kepada kita semua untuk menambahkan amalan dan ibadat kita, semoga hasil iman dan taqwa berlipat ganda hendaknya insyaAllah. Dan, semoga kita istiqamah dengan amalan2 tersebut. :)

Masjid di Zagazig,Mesir

Masih teringat lagi suasana bulan Ramadhan di Mesir. Buat pertama kalinya pada tahun lepas saya menyambut bulan mulia ini di sana. Lebih2 lagi, keberangkatan saya dan sahabat2 ke sana adalah pada bulan puasa. Pada awalnya, bohonglah andai saya berkata tidak sedih. Jujur saya katakan, saya cukup merindui sahur dan berbuka bersama keluarga tersayang. Jujur juga saya katakan bahawa saya rindu membeli juadah berbuka di bazar dan solat tarawih di surau yang terletak tidak jauh dari rumah. Selebihnya, cukup Allah Ta'ala sahaja yang tahu betapa saya rindu suasana berpuasa di Malaysia....dan alhamdulillah mujur Allah sedarkan saya juga bahawa perjalanan perlu diteruskan. :)

Sewaktu di Mesir, saya teringat lagi ketika ingin solat tarawih di sebuah masjid yang bernama Masjid Fateh. Seusai menjejak kaki ke sana, hati cukup berasa tenang. Iyelah... nama lagi rumah Allah, mestilah cukup melapangkan hati. Di sana, saya diizinkan untuk melihat bagaimana orang2 Arab solat dan ikhlas dari hati saya, walaupun rukun solat semestinya sama, namun cara mereka solat amat menarik perhatian saya. :)
Selain itu, saya sempat untuk bersahur di dewan lama DPMZ bersama sahabat2 yang lain. Istimewanya, kami berkongsi makan satu dulang , bermakan kami berkongsi nasi dan lauk pauk. Istimewanya lagi makan satu dulang ini ialah kita dapat berkenalan dengan sahabat2 baru dan merapatkan ukhwah.Bak kata orang,yang jauh kita dekatkan dan yang rapat kita akrabkan insyaAllah.

Saya kira sampai di sini sahaja entry kali ini. Ingatlah sahabat2 dan juga lebih2 lagi kepada diri saya, Ramadhan bukanlah bulan yang membebankan di mana ia menyekat kemahuan manusia untuk makan 3 kali sehari namun ia adalah bulan mulia. Kenapa ? Kerana ia adalah madrasah bagi kita dalam mentarbiyah diri menjadi insan yang bertaqwa. Allah Ta'ala juga ada menyebut dalam kalam muliaNya bahawa suruhan berpuasa ini untuk menambahkan ketaqwaan orang2 beriman.

Jadi, salam Ramadhan dari saya. Selamat menjalani ibadah puasa serta amalan2 lain dan semoga kita sentiasa istiqamah dengan amalan2 yang dapat mendatangkan manfaat kepada kita di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah. :)

p/s : sempena Ramadhan ini,jom sama2 menonton Flag of Truth di astro Oasis yang mengisahkan perjuangan sahabat2 Rasulullah selepas kewafatan baginda dalam menegakkan Islam tercinta dan juga Jejak Rasul 16 - SRIKANDI yang menceritakan kita tentang srikandi2 Islam yang dahulunya pernah bersinar dan terus bersinar walau masa telah berlalu. Selamat menonton ! :)

Thursday, August 5, 2010

kisah ku di sini 3

"Andai tiada lagi kalam lisan dari ku...ingatlah, kalam pena masih tersimpan buat mu..."
Assalamu'alaikum sahabat2 sekalian...
Sepi sebentar teratak sederhana saya ini walaupun kaki selamat melangkah ke tanah air,tanah tercinta pada 26 Julai 2010 .Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menghirup udara segar Malaysia terutamanya di tempat kediaman saya di negeri Cik Siti Wan Kembang. Rindu benar saya untuk mendengar celoteh makcik2 berbahasa pekat 'Klate' kerana agak seronok bagi saya. Malah, ia mengingatkan saya juga bahawa usia kita semakin hari semakin meningkat dan semakin menjauhi hari silam.....semakin mendekati hari yang dinantikan namun tak siapa tahu bila waktunya. Melihat gelagat orang2 tua membuatkan saya untuk lebih menghargai masa muda ini kerana selagi dikurniakanNya tenaga dan kekuatan untuk bergerak ke sana dan ke mari, inilah masanya yang sesuai untuk kita bergerak menyumbangkan sesuatu untuk diri,keluarga malah umat.

PULANGNYA SI PERANTAU




Pulang sudah saya ke Malaysia dan Allah telah selamatkan perjalanan saya dan sahabat2 dari Cairo International Aiport ke KLIA pada 26hb Julai 2010.Perjalanan yang memakan masa hampir 11 jam itu agak meletihkan namun dek perasaan yang ingin balik membuak-buak,letih dan lelah dibuangkan juga.Walaupun kami pening2 juga ketika di Lapangan Terbang Kaherah namun semuanya dipermudahkan olehNya...alhamdulillah.

Setibanya kami di KLIA.kami begitu 'teruja'...hehe kenapa ?Kerana jiwa yang telah lama melayang ke Malaysia, telah membawa jasadnya juga ke Malaysia.Begitu rindunya kami akan ibu bapa kami,adik beradik kami,saudara mara,rumah kami,orang2 awam yang berborak dalam Bahasa Malaysia dan macam2 lagi ! :)

Dan,dari ini saya belajar bahawa "hujan emas di negara orang,hujan batu di negeri sendiri".Bagi saya, semua negara ada kelebihannya.Namun,apa yang ingin saya tekankan ialah sesuatu yang sudah kita biasa dengannya, andai suatu hari nanti tiada di mata kita, pasti kita rindukannya. Oleh itu, belajarlah untuk bersyukur apa yang berada di hadapan kita....jangan nantikan kehilangannya, baru belajar untuk menghargai.

Begitu juga nikmat2 pemberian Allah Ta'ala.Ringan2 kanlah mulut untuk mengucapkan rasa syukur dan juga solat yang bukan sekadar tanda pengabdian kita kepadaNya malah membuktikan bersyukurnya kita kepadaNya atas kesihatan,kesejahteraan,kelapangan dan segala2 nya.






SELAMAT DATANG SAHABATKU
Alhamdulillah...sampai juga hajat sahabat saya untuk ke Kelantan, iaitu Akashah dan Aina ,yang merupakan ahlul bait saya di Mesir.Tibanya mereka pada Isnin lepas dan pulangnya mereka pada pagi tadi (Khamis). Pelbagai destinasi kami kunjungi sambil ditemani oleh abang saya yang sememangnya sudi menjadi tour guide kami.Cewah...macam sistem musyrif di Mesir pula.
* Terima kasih Adnan :)

Ke mana ya kami pergi ?

Pada hari Isnin saya hanya sempat membawa mereka makan malam sahaja kerana mereka tiba di Kelantan ketika lewat petang.Dan lebih2 lagi untuk beri mereka ruang waktu untuk berehat.
Keesokannya, kami membawa untuk merasa roti cotek ! Hehe roti gapo pulok tu ??? Kena datang sini baru tahu ~~~ :) Roti cotek ini seperti roti canai kosong tapi ditampal (errr betul ke ayat nie ?? ) dengan telur di atasnya.....dan semestinya dibanjiri oleh kuah kari. Boleh bayang ??
Selepas itu kami dibawa ke Tok Bali untuk menikmati suasana pantai yang agak tenang ~~
Diringkaskan cerita,antara tempat yang mereka dibawa ialah KB mall,Pantai Irama,Pantai Bisikan Bayu,Pantai Cahaya Bulan,Muzium Kelantan ( sebab ada pertunjukan ular :D ) dan ke Bank Kerapu. Bank Kerapu ialah tempat di mana barang2 dan peralatan yang digunakan ketika Perang Dunia Ke-2. Kenapa dinamakan Bank Kerapu ? Sebabnya.....dinding pada bangun ini tidak rata,tidak licin malah menggerutu dan kerana itulah dinamakan Bank Kerapu.


Saya kira sampai di sini sahaja kalam saya. InsyaAllah...ada ruang waktu saya tulis lagi. Jadi, saya ucapkan selamat bercuti kepada sabahat2 saya dan semoga cuti kita terisi dengan sesuatu yang berfaedah buat kita.InsyaAllah :)

Wallahu'alam...wassalam....

* Kata2 di atas sekali itu hanya sekadar luahan hati kerana dengan izinNya saya mendapat ilham untuk menulis kata2 itu..ianya khas buat mereka yang tersayang ! :)


lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.