Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, April 29, 2011

Receptor - what did we receive ?

Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,

Walaupun bulan Mei belum menjengah, namun terasa sudah lama hati dan mata serta tangan tidak 'bersantap' dengan dunia blog . Sejak post saya yang terakhir (copy dan paste dari blog Bayyinat) iaitu "Indahnya diriku Jika Seorang Mus'ab" hingga hari ini, saya hanya lebih tertumpu kepada penulisan sahabat2 serta mereka yang saya kagumi . Bukan untuk menilai penulisan mereka, apatah lagi dari diri saya masih serba kekurangan, namun sejak menjak ini saya ingin lebih kepada mendengar dan melihat, seterusnya mengambil pengajaran serta muhasabah buat diri sendiri . Malah, menulis posting sendiri di blog sendiri juga merupakan satu didikan buat saya jua .

Tidak banyak yang ingin saya ulas pada posting kali ini kerana masa berlalu begitu pantas, dan hari peperiksaan makin hampir . Andai bulan May melabuh tirai maka hanya 2 minggu sahaja lagi final exam yang begitu mendebarkan . Semoga khair2 insyaAllah . Berbalik kepada posting kali ini, ingin sekali saya rumus kembali apa yang diperbincangkan dalam SC (smart circle a.k.a usrah) saya pada pagi tadi . Subahanallah....banyak input yang dapat dikaut . Antara yang paling menarik adalah sesuatu yang disampaikan oleh sahabat SC saya . Iaitu berkenaan dengan.......

Sebelum saya ulas, pernah sahabat2 terdengar tentang "Receptor" ? Iya, receptor . Receptor adalah struktur dalam badan yang menukar stimulus kepada action potential dan dari sinilah maklumat akan sampai ke high center atau otak dan maklumat dihantar semula ke effector atau organ untuk memberi respon ke atas stimulus tersebut . Sebagai contoh, panas, sentuhan, sejuk dan seumpamanya . Inilah yang dipanggil Sensory Receptor . Subahanallah . Hebat kan ciptaan Allah . :) Dengan adanya recpetor, kita dapat merasai sakitnya dipukul, sejuknya ais, panasnya air yang mendidih dan sebagainya .

Dan, mari kita renung ayat ini sebentar,

"Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami,
kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka . Setiap kali kulit mereka hangus,
Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab . Sungguh,
Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana . "
[ an-Nisa' : 56]

Kata sahabat SC saya, bukti kebesaran dan penciptaan Allah jelas di situ . Mengapa setelah kulit hangus, diganti dengan kulit lain ? Ada apa pada kulit ? Kerana, di situlah terletaknya pain receptor atau pain sensation . Dalam Physiology, pain sensation dikategorikan dalam cutaneous atau superficial sensations, yang bermaksud lokasi receptor itu berada pada kulit kita . Allahu Akbar, kerana itulah setelah hangus kulit, diganti dengan kulit lain . Kerana, setelah kulit diganti berulang kali, ahli neraka sentiasa merasai pedihnya azab Allah . Na'uzubillah....semoga diri kita, seluruh anggota kita dilindungi dari seksaan azab Allah yang amat pedih .

Teringat pula saya pada kisah seorang pemuda yang sedang belajar pada waktu malam di sebuah masjid . Ketika ada seorang wanita datang ke masjid untuk menumpang malam di situ . Namun, kata pemuda tersebut,

"Pulanglah engkau, aku khuatir masyarakat akan mengatakan
sesuatu yang tidak elok tentang kita ."

Namun, wanita itu menjawab,

"Maaf, aku dalam perjalanan ke rumah saudaraku namun sekarang sudah
malam dan aku khuatir aku di apa-apakan dalam perjalanan ke sana
kerana jalan begitu gelap ."

"Baiklah . Aku akan duduk di satu sudut dan engkau akan duduk
di satu sudut ."

Pada malam itu, wanita itu tersedar kelakuan pemuda itu . Bertemankan pelita di sisi, pemuda tersebut berulang kali meletakkan ibu jarinya pada pelita tersebut, lalu diangkat semula . Wanita itu begitu hairan . Keesokannya, selepas subuh, wanita iu bertanya kepada lelaki itu akan kelakuannya . Pada awalnya lelaki tersebut enggan memberitahu perkara sebenar, namun setelah dipujuk lalu berkatalah lelaki tersebut,

"Pada malam semalam, syaitan asyik menyuruh ku berbuat perkara
yang tidak elok padamu . Lantas,
bagi melawan perkara tersebut, aku letakkan ibu jariku pada pelita
kerana andai api pelita tidak dapat aku tahan, apatah lagi
api neraka Allah dan azab-Nya ."


Saya kira, sampai di sini sahaja tulisan saya kali ini . InsyaAllah, ada lagi yang ingin saya kongsi, saya akan post kan di sini . Sebelum akhir kalam, saya mohon maaf andai ada terkasar bahasa dan betulkan andai saya tersilap . :)
Last but not least, ingin sekali saya berkongsi status seorang senior saya di Facebook, iaitu, "Mati itu motivasi terhebat buat saya" . InsyaAllah, bukan dipinta mati, namun beringat-ingatlah mati itu pasti, hidup itu insyaAllah . Mati tetap berlaku dan perjanjian Allah semuanya benar . Sama-sama muhasabah diri dan semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan hidayah-Nya insyaAllah . :)
Wallahu'alam...wassalam .

Wednesday, April 13, 2011

Indahnya Diriku Jika Seorang Mus'ab



Benarkah aku mencintai kehidupan akhirat lebih daripada dunia?

Aku tidak yakin aku berkata suatu yang benar kerana aku tidak memiliki peribadi Mus'ab Bin Umair. Mus'ab, lelaki tampan. Wajahnya bersinar cemerlang. Tidak seperti wajahku yang pudar, bersama topok-tompok cela. Mus'ab tidak pun sibuk memikirkan tentang gadis sunti yang mencuri pandang wajah indahnya. Sedang dirinya juga tidak sekali mendambakan pujian dan penghargaan dari peminat-peminatnya.

Mus'ab lelaki gagah. Badannya tidak terbina kerana cukupnya makanan, tetapi kerana cukupnya ibadah. Aku pula, sudahlah tidak tegap, tetapi isi daging ini jua terbina hasil makanan-makanan lazatku setiap hari. Mudahnya aku, tidak kenal erti lapar. Hanya tinggal satu bulan berpuasa, dan hanya itu sahaja masa untuk aku ingat derita manusia seperti Mus'ab yang berlapar kerana mencari kemulian dari Allah.

Mus'ab... Ah, lelaki itu dahulunya segak. Pakainnya cantik-cantik. Indah belaka. Tetapi dia sanggup meninggalkan sarung kemegahan dan lagak, kerana mahu menyarung bebenang kehambaan. Ternyata diriku berganda lebih bergaya. Baju sahaja, sudah berjenis-jenis. Seluar pula, berbagai corak. Tidak lagi ku kira eksesori yang ada, untuk aku laburkan wang aku pada mereka yang akhirnya akan berkarat, bersama karatnya iman aku.

Mus'ab Bin Umair punya mulut, dan aku juga punya mulut. Mungkin kelebaran, ketebalan dan warna bibir kami berbeza-beza. Bahkan, susunan gigi kami juga akan ada bezanya. Tetapi daripada itu, air liurnya silih kering dan membasah kerana mahu seluruh penduduk bumi Madinah ketahuan tentang agama islam. Hela nafasnya keluar bersama haruman-haruman keindahan iman yang membujuk segar. Tetapi aku? Bagaimana aku? Aku memiliki kurang lebih dua berus gigi yang aku tertukar, dijaga bahagian mulutku daripada ancaman kuman yang seni dan nafas berbau. Dan syukur, teknologi membantu aku memiliki susunan gigi yang cantik dan selesa tetapi tidak ia berjaya membantu aku mencontohi Mus'ab. Diriku bercakap soal islam? Jarang benar dengarnya. Malu dan segan, silih berganti setiap kali. Mungkinkah aku tidak berbangga dengan islam, seperti mana Mus'ab pernah berbangga dengannya?

Susuk tubuh Mus'ab pernah berdarah menerima tujahan demi tujahan dari puak musuh. Dirinya rela menahan perit dirantai derita kerana Allah dan Rasul tercinta. Bersama itu, jasadnya layu di makam Uhud. Darahnya dibiar tanpa dikeringkan dan ditanamkan ia dalam liang yang sama dengan jasad teman-teman jannah. Nanti, dia tidak akan runsing kerana tanpa perlu mulutnya bercakap, darahnya sahaja sudah cukup menjadi bukti di mana dia seorang pejuang agama. Aku pula? Mus'ab... maafkan aku. Aku tidak seperti kamu. Jasadku yang segar dengan makanan yang cukup, hiburan yang asyik dan rehat yang enak, tidak sedikit pun ia berguna pada agamaku. Aku takut disakiti kerna berjuang. Aku takut dizalimi kerana menegakkan kebenaran. Aku juga takut berlapar, sekiranya aku keluar daripada enaknya dunia ini.

Mus'ab... Aku teringat, ibumu pernah merajuk dengan kamu. Kata ibu, dia tidak mahu makan selagi kamu tidak keluar dari agama kamu. Pucat lesu wajah ibumu, tetapi tidak pada wajah imanmu. Kamu memilih Allah dan Rasul berbanding kecintaan kamu, buah hati kamu, dan ratu hidupmu. Aku tidak seperti kamu Mus'ab... Ibuku seorang muslim dan dia sering pula mengajar dan menyuruh aku patuh pada Allah. Dan ternyata, aku dengan kamu berbeza Mus'ab. Aku ingkar pada suruhan ibuku dalam soal ketaatan tetapi kamu pula ingkar pada ibumu dalam soal akidah. Dan buat kali yang aku sendiri tidak pasti jumlahnya, kau jauh meninggalkan aku...

Oh Mus'ab... izinkan air mataku tumpah kerana kamu walau aku tahu, kamu pasti tidak suka aku begini. Aku terbayang saat Rasulullah S.A.W bercucuran air mata kala mahu mengkafankan jasadmu kerana kain yang satu-satunya milikmu tidak mampu menutup keseluruhan tubuhmu. Ditutup kepala, terbukalah kaki. Ditutup bahagian kaki, teserlahlah bahagian kepalamu. Dan akhir, dirimu dikafankan dengan kain itu menutup kepalamu dan reranting dan dedaun kayu melindungi kakimu.

Aku? Aku tidak tahu bagaimana nanti Mus'ab... mungkin aku akan mati dengan diriku memiliki aset yang berjuta harganya. Seboleh-bolehnya, biar saja harta yang pernah aku miliki dibawa bersama ke lembah kematianku. Mungkinkah ia mampu menjadi teman untukku melalui mimpi ngeriku nanti?

Aku terkenang remajamu Mus'ab. Aku juga remaja, dan mungkin di usia ini, aku masih lagi remaja. Tetapi banyak benar beza antara aku dengan kamu. Hebatnya kamu, hingga Madinah menjadi bercahaya mendengar kalimah Toyyibah yang diseru olehmu, di saat Rasulullah masih bertahan dan bersiap untuk penghijrahan suci.

Aduhai Mus'ab... Ketahuilah kekaguman dirku padamu...

Kau memilih akhirat... tapi aku lebih cenderung pada dunia.

Kau memilih dakwah... sedang aku mirip perosak dakwah.

Kau memilih untuk syahid... sedang aku masih terketar-ketar menahan gejolak nafsu diriku sendiri.

Jauh benar jurang kita Mus'ab... dan buat kesekalian kalinya, izinkan aku mencontohi kamu, wahai Pemuda Dakwah!

Dan ya! Indahnya jika diriku seorang mus'ab...


nota huda : Bismillah, subahanallah, I was so speechless when I was reading this post by a very inspired blogger ( Iqbal Syarie or Bayyinat ) . In past, I've posted in my blog about this Rasulullah's companion, Mus'ab bin Umair . I really fall in love with his story and it's true, if I would have to compare my life as Muslim with his life, after embracing Islam...Allahu Allah...I feel very ashamed on myself...This is how, the 'tarbiyyah' that was conveyed by our prophet, really gave reflection into companions' bodies and souls . Subahanallah...Ok, that's all for now . Wallahu'alam..wassalam . :)

Wednesday, April 6, 2011

Final...fantasy, nope, it's reality ! :)

Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2...

Finally, it comes out....this 'precious' thing is so so so so important . And after seeing this schedule, it seems the time will move very fast, and more more more pages of books have to be understood, read and memorized .
Yes, something miracle is enclosed within this schedule . All the activity of reading, revising, writing and so on, must be summed up . :)

But anyhow, please do pray for us, who're going to take this final examination . And pray for all of us, for all Muslims, may Allah bestow us His endless Blessing on everything works that we do .

Thus, let's strive hard and smart, so that our effort will be worthy, and may success will be shining for here and hereafter . InsyaAllah . :)
Wallahu'alam...wassalam .

p/s : sangat nervous ! ^_^" umi,ayah,loh...pray for me :)

p/s2 : oh !! it's someone's birthday on 16th July :) Hehehe...

Tuesday, April 5, 2011

I Look I Look I See...(lihat dan faham)

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

Bismillah,
Assalamu'alaikum sahabat2,

Kata-kata di atas adalah sebahagian dari lirik lagu Ahmed Bukhatir yang bertajuk 'Forgive Me' . Liriknya buat saya kagum dan mengingatkan pada diri sendiri agar sentiasa bersyukur dengan ni'mat Tuhan . Mata yang melihat, kaki yang berjalan, tangan yang bekerja (dan untuk update blog), telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara, malah dan bahkan jantung untuk
mengepam darah ke seluruh badan, sistem pencernaan yang bisa membuang bahan yang tidak diperlukan oleh badan.....dan banyak, tidak terhitung !
Begitulah hebatnya ciptaan Allah, yang tiada sebesar zahrah pun sia-sia yang ada padanya . Semua terkandung hikmah dan pengajaran bagi mereka yang berakal . Dalam al-Quran , diulang beberapa kali tentang penciptaannya agar kita mengambil pengajaran dan ilmu andai kita ini benar2 menghayati, merenung alam ini, bahkan dalam diri kita juga terdapat tanda kekuasaan dan kebesarannya . Subahanallah ! Maha Suci Allah yang menciptakan semuanya ini .


Lihat dan Faham ?
Dalam subjek Fisiologi, di bawah topik Central Nervous System (CNS), ada sesuatu yang begitu menarik perhatian saya . Bagi saya, ia adalah refleksi kepada ayat2 Allah yang sering mengingatkan kita agar mengambil pengajaran dari alam ciptaannya ini . Salah satunya,

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan,dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal ."
(al-'Imran : 190)

In human body, there are two classifications for nervous system which are Central Nervous System (CNS) and Peripheral Nervous System(PNS) . Let me just explain to you about CNS . CNS is consisted of brain and spinal cord which both are protected by bone (skull and vertebral columns ) . At the part of the brain, there is a surface called cerebral cortex which is the highest brain center . In this cerebral cortex, we could find 50 different areas which give important function,which, by it we could hear, see, talk and so on. (Maaf, sukar sedikit untuk jelaskan dalam B.M)

Dalam kawasan2 ini, terdapat kawasan yang membuatkan kita faham apa yang kita lihat, dengar dan seumpanya . Ianya dipanggil association atau secondary areas .
-Somatic association area (5,7)
-Visual association area (18,19)
-Auditory association area (18,19)

Sebagai contoh,
"Kau tau tak Timah, Joyah dah mula jual nasi goreng."
"Iyeke Senah . Nasi goreng dia sedap tak ?"
"Aku lintas dan tengok hari tu, macam sedap je . Terliur gak !"

Senah mendengar Timah . Timah pula melihat nasi goreng . Dengar dan lihat . Bagaimana Senah dapat memahami bahawa Joyah menjual nasi goreng ? Dan bagaimana Timah pasti yang dia melihat nasi goreng yang dijual Senah ? Mungkin contoh yang saya berikan ini agak mengarut sedikit, namun sedarlah kita bahawa di sinilah fungsi2 association areas itu menjalankan tugas2 mereka . Ini bermakna mereka faham apa yang diperkatakan dan apa yang diperlihatkan .

Ini hanya simbolik atau contoh ringan semampu mungkin yang dapat saya beri . Namun, association areas ini merupakan penyumbang besar bagi kita agar kita dapat memahami sesuatu perkara .

"It is not enough to see if you
don't understand the things that you see ."

Inilah kata2 doktor Fisiology saya, yang sehingga sekarang terpahat di hati saya . Kata2 nya memantulkan kepada diri saya sendiri, adakah saya benar2 faham dan mengambil pengajaran apabila merenung langit biru yang luas, tinggi tidak bertiang ?

Hidayah - cahaya hati
Pernah seorang guru kepada seorang 'ulama mengatakan ilmu itu tidak akan masuk kepada hati yang penuh kehitaman . Terpana diri sendiri . Bagaimana dengan diri ini ? Penuh putih kah hati ini ?Wallahu'alam...
Cahaya bagi hati agar ia terang adalah bermulanya dari percikan iman . Dan iman itu bermula dari biasan hidayah Tuhan . Begitulah indahnya hidayah . Membuatkan kita nampak dan faham erti hidup sebagai hamba kepada Allah yang Maha Esa . Hidayah bagai membuka laluan kepada kita, memberi petunjuk dalam diri agar mata hati tidak buta .
Andai hati itu buta, seluas mana alam ini terbentang, tidak terkesan di hati tentang keagungan Tuhan . Na'uzubillah . Semoga ini tidak berlaku pada diri kita . Dalam surah al-Baqarah ayat 17, Allah Ta'ala telah memberikan perumpaan kepada golongan yang tidak mendapat petunjuk . Semoga kita tidak tergolong dalam golongan sebegitu .
Maka, kita sebagai hamba yang kenal agama dan beragama Islam, selalulah pohon kepadaNya hidayah agar kita tetap dalam agamaNya, insyaAllah . Sinar hidayah benar2 memberi kesan kepada kehidupan kita, buktinya telah banyak diceritakan dan salah satunya bagaimana sinar hidayah ini membaluti hati seorang yang keras menjadikan hati itu lembut menerima Islam . Walhal ia hanya mendengar beberapa potong ayat surah Taha, namun terus menerus memberi kesan pada hatinya . Itulah kisah Saidina Umar al-Khattab r.a . Beliau ketika mana sebelum pengislamannya, sangat membencikan agama suci Islam dan Rasulullah s.a.w . Namun, kerana hidayah agung dari Tuhan, beliaulah sahabat yang paling akrab dengan Nabi Allah dan antara mereka yang banyak membantu misi dakwah Rasulullah . Malah, beliau pernah dilantik sebagai Khalifah bagi memimpin umat Islam . Subahanallah . Setitis embun hidayah bisa merubah keseluruhan manusia itu .

Berbeza pula dengan kisah bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu banyak membantu Rasulullah dari permulaan dakwah baginda, namun pengakhiran hidupnya tidak disertai dengan lafaz syahadah .

Allahu akbar Allahu akbar . Begitulah hebatnya hidayah Allah yang membuatkan kita "nampak" . Bukan sekadar dengan organ mata yang berada pada soket mata ini, malah juga dengan mata hati dalam diri .
Saya kira, sampai di sini dahulu posting saya kali ini . 'Ala kulli hal, semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan hidayahNya . Amin . Maaf andai pernah tersilap kata sepanjang posting saya ini . Correct me if I'm wrong .
Wallahu'alam...wassalam .

p/s : insyaAllah final exam semakin dekat, semakin hebat perjuangan di medan ini . :)

p/s2 : Ingin sekali berkongsi kata2 ini,

"Aku tidak selalu mendapatkan apa yang kusukai, oleh sebab itu,
aku selalu menyukai apa jua yang aku dapati."

Inilah simbolik bagi SYUKUR....faqulilhamdulillah... :)

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.