Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Sunday, October 18, 2009

Dari saya buat antum

Assalamualaikum antum.Kaifa halukum?Atamanna antum fi ri'ayatillah wa rahmatillah.Amin.

Selama diberi peluang untuk bernafas di bumi Mesir ini,banyak yang saya dapat kutip dari cebisan pengalaman dan pada hemat diri ini,corak perjalanan di sini membuatkan diri lebih matang dan dapat aplikasikan sifat sabar walau terkadang perit perlu ditelan hidup-hidup.

Kawasan atau daerah yang saya diami adalah tempat yang agak sedikit timur di peta Mesir ini.Namanya ialah Zagazig dan memakan masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di Kaherah.Suasana Zagazig yang sedikit kampung,memberi perbezaan kepada sekitarnya jika dibandingkan dengan Kaherah.Namun begitu,barang-barang keperluan boleh sahaja didapati di sini dan keadaannya walaupun kadang-kadang bingit tapi tidaklah sesibuk di Kaherah.

Beralih pula kepada ranjau kehidupan di sini,keperluan rohani dan jasmani haruslah cukup mantap.Perbetulkanlah niat dan hati apabila berhijrah ke sini.Jadikan redha Allah sebagai misi utama dalam menuntut ilmu di sini.Seperkara lagi,banyakkan bersabar kerana budaya dan cara di sini punya banyak perbezaannya berbanding Malaysia apatah lagi bahasa mereka.Jangan mudah melatah dan jangan memandang rendah kepada budaya mereka yang agak lain dengan kita.
Allah juga pernah berfirman bahawa manusia itu dicipta berlainan bangsa dan kaum.Maka,lainlah juga budaya.Dan dengan variasi bangsa semata untuk mengenali antara satu sama lain dalam mendamba rahmat Allah.Dan ingatkah kita kepada ayatNya yang mulia bahawa orang mukmin itu bersaudara?

Menyebut perihal ukhuwwah ini,hidup di sini mengenali antara satu sama lain adalah perkara wajib.Iyalah..sudahlah jauh dari keluarga,siapa lagi yang akan di sisi kita jika bukan sahabat sekalian?Maka ukhuwwah perlu dierat dan dikukuhkan dengan kasih sayang kerana Allah.

Saya kira,sampai di sini sahaja.InsyaAllah jika punya ruang waktu,saya akan sambung lagi pengalaman hidup di sini dengan antum semua.

Wassalam..=)

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.