Assalamualaikum.
"Yun sehat?Guano duk situ?"
Suara Umi kedengaran di hujung talian.Semakin telinga merakam suara keibuannya,semakin menjerit hatiku.Rindu!
"Sehat Alhamdulillah.Hehe.."
Seusai itu kami berbual dengan hanya menemukan suara masing-masing di mana jasad kami terpisah jauh beribu batu.Selesai berbual,aku sengaja tidak menekan butang merah.Hanya menunggu ibuku untuk memutuskan talian panggilan yang aku rindu.
...........
Setiap kali saya menyusuri jalan di bumi penuh mutiara ilmu ini,kadang-kadang terlihat kemesraan antara ibu bapa dan anak-anak.Pernah sekali saya bertembung dengan seorang ayah menggendong anaknya dengan basikal tua.Senyumannya tidak lekang mendengar anak perempuannya berceloteh walau dia dalam keadaan berjaga-jaga agar anaknya tidak jatuh dari basikal.
Pernah juga saya melihat kegembiraan seorang anak apabila tangannya dipimpin oleh ibunya.Agaknya si ibu baru sahaja menjemput anaknya dari sekolah kerana anaknya lengkap berpakaian seragam sekolah.
Melihat keadaan sebegitu,hati mulai menerjah zaman kanak-kanak dahulu.
"Bestnya jadi budak-budak balik."
Itulah ayat yang sering saya dengar jika terkenangkan zaman yang paling manis itu.
Alasannya?
Kerana saat itu tanggungjawab kita masih kecil dan amanat tidak terlalu berat untuk digalas(mengikut pengalaman saya sendir).
Malah,ketika itu ibu bapa masih menguruskan segala perihal kita dari sekecil-kecil kuman hinggalah sebesar-besar lautan.Dan waktu itu terlalu muda untuk belajar erti berdikari iaitu berdiri di atas kaki sendiri.
Al-Quran sendiri menceritakan kisah-kisah yang melibatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak seperti nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya,keteguhan hati Maryam dengan anaknya,Nabi Isa a.s.,dan sebagainya.
Kerana itulah didikan ibu bapa memainkan peranan besar dalam melahirkan anak yang soleh.Iya benar,iman itu tidak diwarisi dan bukanlah bahan genetik namun tidak salah,malah amatlah baik ingin membentuk sebuah keluarga yang berteraskan Islam,iman dan kasih sayang kerana Allah Ta'ala.
Tapi mengapa ya kali ini saya menyentuh perihal keluarga walhal saya sendiri masih mentah membincangkan perkara ini?
Tidak lain hanyalah kerana Allah mengurniakan perasaan rindu kepada keluarga yang jauh di mata,dekat di hati.
Oleh itu para sahabat,hargailah ibu bapa kita,bukan sahaja kerana mereka keluarga kita,malah merekalah orang yang paling dengan kita.Siapakah yang melahirkan kita dan mengazan/iqamatkan kita tatkala kita baru lahir?
Hargailah mereka dan berbaktilah pada mereka selagi mereka masih ada.
Doakanlah mereka pada Allah agar Allah sentiasa merahmati dan memelihara mereka di dunia dan akhirat.Amin..
Ok,setakat ini sahaja buat waktu ini.Semoga Allah memberi peluang lagi untuk kita berkongsi-kongsi yang bermanfaat kepada diri dan agama.
Assalamualaikum.
Salam sayang buat umi,ayah dan loh(juga kepada sohabiah dan saudara-saudaraku) dariku di Zagazig.
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment