Assalamualaikum.
Sedang kami,ahli bait, sibuk menguruskan diri untuk bersiap-siap ke gamaah(universiti),salah seorang kami asyik menggosok kedutan pada baju kurungnya.Iyalah,alang-alang sudah cantik warnanya,tidak salah untuk hilangkan kedutan agar tampak lebih kemas.
Tiba-tiba,bekalan elektrik terputus!
PAAPP!!
"Alaa..api dah takde..baru nak gosok baju..elok-elok je ada tadi."
..............
Apa kaitannya peristiwa di atas dengan entry saya kali ini?Adakah fasal sterika?Atau bekalan elektrik?Atau...
Jawapannya ya!
Namun izinkan saya untuk ketengahkan lagi subjek ini ke material yang lebih am iaitu nikmat dari Allah.
Sahabat,
Dalam hidup ini,terhidang pelbagai nikmat yang tidak terkata dari sebesar kuman hatta seluas alam ini.
Anggota tubuh,pergerakan,bekalan,keperluan dan semuanya adalah nikmat pemberian Ilahi.
KASIH ALLAH
Teringat pula saya akan lirik lagu Yang Maha Penyayang nyanyian oleh penasyid tempatan Hijjaz,
"tak terhitung kurniaan biar dakwat selautan..."
Jika difikirkan kembali,sungguh hakikatnya nikmat Allah tidak dapat dikira walau setiap saat kita hitung pemberianNya.Inilah menunjukkan betapa lemahnya kita berbanding dengan Pencipta kita yang mempunyai kuasa yang agung dan tanpa sempadan.
Sedangkan kita sudah berasa lelah dan letih malah inginkan rehat jika terlalu banyak kerja untuk dilaksanakan.
Maha Kuasa Allah yang sekalipun tidak pernah berasa letih atau tidak pernah tidur sekalipun untuk sesaat atau lebih pendek dari satu saat.
Tapi,mengapa ya banyak kurniaan Allah?Itu..ini..sana..sini...
Itulah adalah kerana Allah sangat sayangkan hambaNya lebih-lebih lagi jika kita beriman kepadaNya.Andai benar Dia tidak menyayangi kita,pasti matahari disorokkan,bulan dikelamkan,hujan dikeringkan,awan dihilangkan,laut dilimpahkan,badan pula tidak bertulang,tulang tidak mempunyai sendi,sel tidak mempunyai sebarang komponen,jantung tidak boleh berdenyut secara automatik dan seumpamanya.
Lihat sahabat sekalian.Cuba 'reverse' balik perkara di atas menjadi berfungsi dengan elok.
Jantung berdegup dengan sihat,sel dapat membahagi dengan baik kerana adanya komponen untuk 'cell division',matahari mencurahkan cahayanya,bulan menerangi malam dan seumpamanya.
Itulah yang dikatakan nikmat Allah yang tidak terhitung.Setuju?
BERSYUKURLAH
Maka itu sahabat sekalian,dalam situasi apa-apa pun,sentiasalah bersyukur.Hatta ujian itu juga nikmat.Kenapa?Kerana pada ujian itu terselit rahmat,hikmah,kesabaran,kekuatan dan menambahkan lagi ketaqwaan kepada Allah.
Selalulah mengucapkan Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan,sebagai salah satu tanda kesyukuran kita.
Oleh itu,semoga kita digolongkan ke dalam golongan yang sentiasa bersyukur.Dan ingatlah,Allah pernah menyebut dalam kalam muliaNya iaitu orang yang bersyukur ini bilangannya adalah sedikit.
Fa-nasykuru ila Allah fi kulli waqti.
Semoga Allah merahmati kita.Amin.
Assalamualaikum.
(^_^)
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Tuesday, November 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment