Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, April 16, 2010

SC [jannatul makwa]

Assalamual'alaikum..
Bismillah walhamdulillah..
Segala puji Allah yang membenarkan untukku untuk menaip..

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a katanya,"Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah:"Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?"maka Rasulullah s.a.w bersabda:"Memberi makanan serta memberi salam sama ada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak." [Riwayat Bukhari & Muslim]

Hadis di atas telah dihantar oleh ayah saya pada awal pagi lagi melalui pesanan ringkas(sms).Namun sebentar tadi,apabila saya membaca semula hadis ini,ia mengingatkan saya pada usrah saya untuk kali ini.

Pada smart circle(sc) a.k.a usrah kali ini,saya dan ahli usrah berkesempatan untuk berkumpul bersama-sama sebelum 'tawaquf sc' bermula.Namun,pada kali ini,bukan kitab atau tazkirah menjadi intipati,namun hidangan makanan menjadi santapan buat kami semua.Sebelumnya,rohani dan perut kami diisi kerana setiap kali sc ada sahaja ilmu agama dan makanan ringan dihidangkan.Kali ini,dari bermulanya sc hingga berakhirnya sc,kami dijamu!Sememangnya perut kami terisi~

Sebelum itu,kami dimaklumkan oleh naqibah kami,kak Husna,untuk membawa makanan kegemaran masing-masing ke perjumpaan sc.Aqida membawa ruz bilaban a.k.a nasi susu(makanan arab ni...jangan main-main),Syarifah pula menyumbangkan ayam kokki persis dengan ayam nugget ayamas dan Afifah pula menjamu kami dengan makroni goreng.Izzati,tuan rumah untuk perjumpaan sc kali ini menghidangkan kami dengan begedil dibantu oleh Bell,Nurul,Ika dan Nadiah...enak tau begedil tu!Kak Husna pula mengambil kesempatan ini untuk mengajar kami membuat kek coklat...laziz giddan~Namun kali ini,salah seorang ahli usrah kami,Syazana,tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan...syafakillah.
Saya?Saya hanya berkesempatan membuat dunkin donut.Hehe...buatan sendiri ya.Caranya mudah sahaja dan sesuai untuk makan pagi.Pertama gunting roti panjang(err...tak ingat nama) menjadi potongan kecil.Letak potongan roti itu ke dalam tepung yang sudah dicampurkan dengan telur dan dibancuh dengan air.Senang kata,roti celup tepung!Kemudian goreng roti yang telah dicelup tepung itu...dan sambil-sambil itu kisar gula untuk dicicah dengan potongan roti tersebut.Mudah kan?


~inilah kek coklat hasil usaha kami...hehe..

Semasa berada di perjumpaan ini,saya merakam semula memori ketika pertama kali sc diladakan.Pada hari itu,saya tidak beberapa mengenali ahli usrah(kecuali Afifah) saya termasuk naqibah saya sendiri.Tapi saya rasa,saya banyak cakap juga pada waktu itu.Terdetik di hati saya..."Subahanallah...betapa indahnya ukhwah atas nama Allah jika ikhlas yang diutamakan dalam persahabatan ini."Itulah kelebihan sc yang dianjurkan oleh Perubatan ini.Bukan sahaja dapat mengenali antara satu sama lain,malah kami dapat 'top-up' dan berkongsi ilmu.Bak kata orang,sharing is caring!
Namun itulah hakikatnya jika kita hidup dalam masyarakat.Andai kita sering terperap keseorangan di suatu sudut tanpa menggauli dengan masyarakat,kita ini ibarat katak di bawah tempurung.Tidak mempedulikan suasana luar dan tidak meng'up-date' diri dengan keadaan semasa.Mahukah kita jadi seperti begitu?

Sedangkan Rasulullah s.a.w mempunyai kisah perjuangan dengan para sahabat,siapa kita untuk mendabik dada bahawa kita mampu untuk berseorangan?Jadi sahabat sekalian,jalinlah ukhwah sesama kita kerana menjalinkan hubungan dan persahabatan itu fitrah bagi manusia.Allah pun ada menyebut,'hablu minallah wa hablu minannas',iaitu perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia.

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara...(ila akhiril ayat)"
[49:10]

Namun dalam menjalinkan perhubungan,kita mesti celik dengan batas yang telah digarisi oleh Islam.Jangan kita pakai redah sahaja dengan membutakan diri dari apa yang dianjurkan Islam.


~ahli sc dan naqibahku..=) (tp sayang syazana tiada...)

Saya kira,sampai di sini sahaja perkongsian saya buat kali ini.Syukran lillah wa hamda lillah kepadaNya yang menghadiahkan kepada saya dan sahabat lain ukhwah yang indah ini.Semoga berkekalan...insyaAllah.Terima kasih juga kepada ahli usrah saya dan naqibah untuk persahabatan ini.(Tak lupa juga kepada ahli bait Izzati kerana membenarkan kami mengadakan perjumpaan di rumah kalian dan juga kepada yang terlibat pada sc kali ini).

Wassalam...wallahu'alam.

2 comments:

  1. like this entry much, love dat moment too!...i dont ever wish to have slot mkn2 camtu!...peace!..salam mahabbah tautan hati...
    -sha-

    ReplyDelete
  2. sayunye huda.bila bole kumpul2 lg ha?pasni kte sume dh bz xm..akk syg korg sangat2 tau!

    ReplyDelete

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.