Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Monday, July 19, 2010

.:: "N.I.A.T" ::.

Assalamu’alaikum sahabat2 semua..

Apa khabar iman kita ? Bak kata orang,tepuk dada tanya iman.Jadi tanyalah iman masing2,”bagaimanakah dirimu hari ini ?”,”apakah aku telah berikan kepadamu iman demi mendapat keredhaanNya?”.Jadi,sebelum saya meneruskan ‘bebelan’ yang panjang lebar,sama2 kita muhasabah diri dahulu dan sama2 berdoa agar dibuka pintu rezeki serta hidayah olehNya kepada kita.InsyaAllah…J

Alhamdulillah wa syukran lillah kepada Allah yang telah memberi izin dan ruang kepada saya untuk menulis lagi dalam blog ‘simple’ saya ini.
Pernah ketika dahulu,saya ditanya oleh sahabat mengapa saya menulis blog ? Tak cukup kah dengan dairi andai untuk menulis luahan hati ? (Walaupun sebenarnya saya tidaklah gemar sangat menulis diari hehe..).Saya pun kadang2 terfikir juga apa tujuan atau hadaf aku menulis blog ?
Sahabat sekalian,apa yang ingin saya kemukakan di sini bukanlah untuk memberitahu tujuan mengapa wujudnya blog biru ini,hanyalah untuk tekankan tujuan atau niat kita membuat sesuatu perkara.Kerana adanya perbuatan,adalah hasil dari niat kita.

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.

Huraian
Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya samaada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak iklas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.
Ulama’ kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membedakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya.
Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.
Penghijrahan manusia dari satu tempat kesatu tempat dari satu tugas kesuatu tugas. Dari satu hajat kesuatu hajat semuanya akan dilaksanakan mengikut apa yang diniatkan.

Sumber hadith dan huraian : Himpunan Harian Hadith JAKIM

Saya kira huraian di atas sudah cukup untuk memberi kita kefahaman mengenai niat.

Apa yang boleh membuatkan sesuatu adat jika diniatkan mengikut tuntutan Islam boleh menjadi ibadah?

Contohnya,(saya beri dalam bentuk dialog):

“Okeh,nak mandilah ! Dah seminggu badan berbau.”

*Jadi mandi anda hanyalah satu adat atau kebiasaan yang anda lakukan sahaja

dan tidak dikira ibadah melainkan sebagai adat sahaja.

“Sahaja aku mandi sunat raya Aidilfitri kerana Allah Ta’ala”

*Mandi yang pada asalnya adalah adat telah menjadi ibadat

kerana telah diniatkan.

Tambahan,niat juga boleh membezakan sesuatu ibadat dengan ibadat yang lain.Bagaimana ?

Contohnya,

“Sahaja aku solat fardhu zohor 4 raka’at kerana Allah Ta’ala.”

“Sahaja aku solat sunat hajat 2 raka’at kerana Allah Ta’ala.”

*Walaupun pada dasarnya kedua-dua perbuatan adalah ibadah solat namun

setelah membuat niat,ia akan membezakan antara solat fardhu Zohor dan solat sunat.

Itulah fungsinya niat.Dan niat ini sering terjadi dari lintasan hati.Dan hati pula sering berbolak-balik atau berubah-ubah,kerana itulah kita sentiasa perlu mentajdid atau memperbaharui niat.Dan dari niat itulah,amalan kita akan dinilai,yakni diterima atau tidak olehNya.

Semoga apa yang kita laksanakan diredhai dan diterima oleh Allah Ta’ala,InsyaAllah… J

Kerana itulah Ibn Mubarak pernah menyatakan bahawa dari niat ini,dapat menjadikan sesuatu yang besar menjadi kecil dan sesuatu yang kecil menjadi besar.Sama2 fikir dan renung2 kan…

Saya kira,sampai di sini sahaja dahulu.InsyaAllah,ada ruang masa dengan izinNya saya teruskan lagi perkongsian dan penulisan saya.

Sama2 kita muhasabah diri,tajdid niat dan semoga kita semua diredhaiNya…Amin.

Wallahu’alam…wassalam J

1 comment:

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.