Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Tuesday, October 12, 2010

sekadar luahan :)

di jepun (sekadar gmbar hiasan) :)

Assalamu'alaikum...

Sebenarnya, tiada tajuk khusus yang ingin ditulis pada entry kali ini, hanya sekadar suka-suka dan isi masa malam yang panjang di Mesir ini. Oh ya ! Bermulalah durasi malam yang panjang dan ini bermakna musim sejuk hampir tiba, insyaAllah. Waktu solat kian hari kian awal berbanding dahulu, sebelum berangkat ke Malaysia. Teringat pula ketika menjalani peperiksaan akhir tahun (tahun pertama) di sini, kami memang mengejar dan terlalui menghargai masa. Kenapa ? Kerana siang yang panjang dan malam yang singkat. Bayangkan sahaja fardhu 'Isyak ketika itu pada pukul 9.30 malam ! Buka sahaja buku selepas solat 'Isyak, alih2 sudah pukul 1 pagi. MasyaAllah, begitu pantas masa merangkak.
Itulah cerita ketika musim panas menjelang. Bahang panasnya terasa hingga ke urat dan seminit dua di luar sudah merasa peluh menitik. Wah, terasa hiperbola pula ! Namun, itulah hakikatnya. Panas yang kering membuatkan saya dan sahabat sering membeli air 'asob dan tamarin kerana terliur melihat orang Arab yang rancak minum air di kedai 'asir.

Itu cerita musim panas. Namun, musim sejuk lain pula. Di Mesir, dalam banyak2 musim yang saya paling suka ialah musim bunga. Kerana tidak terlalu dingin dan tidak terlalu panas. Tambahan pula, bunga2 mekar berkembang. Sebelum sampai ke pintu pagar gamaah, saya dan sahabat akan melintasi sebuah taman bunga. Dan, ketika 'spring', kita dapat melihat kecantikan bunga yang subur berkembang, ciptaan Ilahi ini . Benarlah, sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.


ketika winter :)

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.