Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Monday, March 7, 2011

purpose of life : seeking His pleasure : source of strength

Assalamu'laikum sahabat2...

KISAH 1
Tengah hari itu, enak aku makan bersama dengan ummi . Mana tak enaknya, nasi sup yang dijual berhampiran rumah aku itu memang enak . Sekilas terpandang wajah ummi duduk bersebelahan . Terdetik di hati, "ummi kecil2, apa agaknya cita2 dia ?" . Ingin aku bertanya, namun takut air mata menjadi jawapan . Terhalang juga lidah akhirnya untuk bertanya . Biarlah . Bukannya apa, aku faham dengan keadaan ummi sewaktu kecil . Walau aku tahu betapa susahnya ketika itu, namun aku masih tidak dapat merasai pedihnya lebih2 lagi adik2 nya berderet di belakang . Jadi, apa kekuatan dan semangat yang dapat membakar dirinya untuk terus bertahan ? Walhal, aku yang lahir2 lagi , Alhamdulillah, Allah telah kurniakan kesenangan hidup, tanpa perlu bekerja sana sini seperti ummi ketika remaja nya, seusia aku, harus bekerja mencari rezeki .

KISAH 2
Aku sedang lepak2 di Secret Recipes, di KBMall bersama sahabat2 . Waktu itu, enak dijamu air Floaty Lemon Tea dan kek2 yang enak . Sedang makan2, seorang makcik menyapa kami .
"Anok, beli la kepok (keropok) ni ."
Aku hanya tengok sahaja . Niat di hati ingin sahaja beri duit tanpa membeli . Namun, niat aku didahului oleh seorang sahabatku .
"Takpo mokcik . Ambil pitih ni ."
Aku dan yang lain pun terikut sama . Semoga niat kami ikhlas dan Allah Maha Mengetahui .
"Timo kasih la anok2...timo kasih banyok2 ."
"Makcik maghi (datang) dari mano lagi ni ?"
Atas sebab beberapa faktor, aku kurang tangkap apa yang dikatakan oleh makcik ini . Namun, beberapa butir bicaranya yang sempat aku rakam dalam minda . Mengikut makcik ini, dia datang ke kota dengan menaiki bas . Aku agak, jauh juga kediamannya dari bandar . Dia menjual makanan2 ini kerana ingin membiayai kos perubatan anaknya yang telah di'buat' orang . Astaghfirullah....apa2 pun sebabnya, mengapa menzalimi orang sebegitu ? Seusai berborak sebentar, makcik berlalu pergi dengan mengangkat bakulnya .
"Makcik, jalan molek2 . Jago beg duit ni", pesan seorang sahabatku .

......................................................................................................................................

Saya fikir, biarlah kisah itu tergantung di situ . Dan sama2 lah kita fikir . Tak perlu saya huraikan lebih panjang lagi . Kisah pertama dan kedua amat memberi pengajaran kepada saya . Apa yang saya dapat ialah, dari manakah seseorang itu mendapat kekuatan untuk terus berjuang dalam hidup ? Ini adalah jawapan saya yang bersifat general . Andai salah, boleh dibetulakan . Jawapannya adalah kita tahu matlamat kita . Pernah sekali saya berborak dengan rakan sekolah saya yang sudah lama kami tidak bertemu mata . Kami masing2 bertanyakan jurusan yang diambil di universiti . Memang benar . Jalan yang kami pilih berlainan namun kami punya matlamat yang sama . Matlamat seorang Muslim adalah mendapat keredhaan Allah .
Inilah yang dikatakan 'purpose of life' atau tujuan kehidupan . Tujuan kita sebagai umat Islam, mencari dan mendapat redhaNya .

Saya pernah menonton video ceramah oleh Sheikh Yusuf Estes yang bertajuk purpose of life . Beliau menceritakan, pernah ke sebuah universiti di mana di sana terdapat sebuah terdapat menara jam yang tinggi . Namun menara ini telah ditutup .
"Why ?" Yusuf asked .
"Because many students who failed their examination, will jump from up there to commit suicide ."

Menurutnya, inilah yang terjadi andai kita tidak tahu tujuan sebenar hidup kita . Tujuan hidup hanya lulus peperiksaan . Andai gagal ibarat tiada lagi erti hidup, dan andai berjaya apa pula yang terjadi ? Berhenti perjuangan kerana matlamat telah tercapai ?
Sebab itulah Islam mengajar kita 'mencari keredhaan Allah' . Ianya menuju matlamat yang satu namun dilalui dalam perjalanan yang berbagai . Bagaimana caranya ? Iaitu dengan beribadah kepadaNya . Dan syarat2 ibadah itu mestilah memenuhi tuntutan syarat iaitu ikhlas dan mengikut syarak . Bertetapan dengan firman Allah bahawasanya tidak Dia jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaNya .

Oleh kerana saya juga seorang pelajar yang sedang belajar, suka saya kongsikan kata2 dari kak naqibah saya (kak Husna) iaitu, "Jom belajar kerana Allah untuk Islam ." Kerana itu jangan kita kecilkan skop matlamat kita semata-mata untuk lulus sahaja . Saya tidaklah katakan tidak boleh untuk berjaya . Cuma, dalam kita berdoa untuk berjaya dan lulus dalam peperiksaan, biarlah kita luaskan skop matlamat kita . Iaitu lulus dan berjaya dengan keredhaan Allah . Sia2 jugalah andai kita berjaya namun berserta dengan kemurkaan Allah....na'uzubillah . Minta dijauhkan .

Maka itu, bagi saya, rahsia seseorang yang menjadinya tabah dan kuat dalam hidup, kerana matlamat nya satu iaitu menuju Allah Ta'ala . Buktinya ada pada Rasulullah, ada pada perjuangan para sahabat dan tokoh2 Islam dahulu . Dan dalam mencari keredhaan Allah, kita kena ingat bahawa kita juga harus redha dengan ketentuan Allah . Malulah pada diri andai kita sering mengeluh mengapa itu,ini terjadi dalam masa yang sama kita meminta redhaNya . Sama2 lah kita muhasabah diri .

Itu sahaja setakat penulisan saya . Dan, sebut tentang menulis, saya terpesona kata2 dengan seorang rakan blogger iaitu,
Takut sebenarnya nak menulis di blog ni.
mungkin gembira dapat berbicara di sini, tapi bimbang andai kata-kata dari diri ini menyebabkan diri ini selangkah ke neraka.

Istighfar saya membacanya . Khuatir juga kata2 saya ini turut mengheret saya neraka . Na'uzubillah...semoga kita semua dipeliharaNya, insyaAllah . Saya akhiri post saya kali ini dengan lirik lagu oleh Raihan bertajuk The Right Path . Wallahu'alam...wassalam .

Why are we here, where we come from
Where's our future, leading us
Where's our life, taking us
Show us the path, dear Allah
What are we, to do here
There must be a reason to be here
Ya Allah the greatest
Nor of these you create for waste
Show me the right path
The path of the favoured one with your grace
Show me the right path
The path of Rasulullah and his companions
Don't leave me please your guidance I need
Show me the way, light up my life
Don't leave me please your guidance I need
Show me the way, to gain your love

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.