Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, March 10, 2011

sekadar berkongsi :)

Bismillah...
Assalamu'alaikum sahabat2,

-10 Mac-
Pertama dan selama2 nya, kepada Allah segala puji-pijian disanjungkan dan bersyukur kepada Allah yang mengurniakan kurnia yang tak terhitung ini. Alhamdulillah....masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan hidup di bumi Tuhan ini . Masih dapat melihat cahaya mentari bersinar, masih boleh menghirup udara, masih dapat menikmati ni'mat kurniaanNya .
Dan, terima kasih kepada ummi dan ayah yang melahirkan saya, yang tak putus2 mendoakan saya agar hidup saya diberkati dan direstui . Kerana restu Allah terletak pada restu kedua ibu bapa . Terima kasih tak terhingga ! Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa pengorbanan kalian .
Dan tak lupa juga, kepada sahabat2 yang mendoakan dan memberi ucapan kepada saya . Terharu ! ;)
Pada posting kali ini, saya tidak mahu bercakap panjang sangat tentang hari lahir saya, namun ingin sekali saya berkongsi nilai2 yang saya dapat dari sebuah kisah evergreen, cukup diminati ramai iaitu kisah Nujum Pak Belalang . Bagi saya, ada nilai2 kehidupan pada cerita ini dan izinkan saya akan berkongsi mengikut pandangan saya ya ! :)

Nujum Pak Belalang - Perubahan

Dari seorang yang bergoyang kaki di rumah kepada seorang nujum kepada sultan di istana . Bermulanya menilik untuk penghulu kemudian menilik untuk sultan . Berubah terus kehidupan seorang Pak Belalang . Itula dia . 'PERUBAHAN' . Saya kira, semua orang mesti pernah melalui perubahan dalam hidup . Dari seorang kanak2 kepada seorang yang matang , dan seumpamanya . Dari meletakkan gula ke kopi kepada meletakkan perahan limau ke kopi . Itu juga perubahan . Sebenarnya, manusia bisa melakukan perubahan atas usahanya sendiri . Kita juga tahu bahawa Allah Ta'ala telah berfirman, Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum andai mereka sendiri tidak mengubah nasib mereka sendiri . Kerana itu, untuk berubah, perlu ada usaha dan cara . Kita tinggalkan cara pak nujum belalang kita berubah . Kita lihat sirah Nabi Allah, itu lebih molek . Bagaimana Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah . Membawa perubahan pada sejarah Islam, kepada umat Islam dan khusunya bagi keadaan di Madinah itu sendiri . Ada cara, dan ada usahanya . Maha Suci Allah...Dakwah2 Nabi telah banyak membawa perubahan kepada umat manusia . Dari kegelapan kepada cahaya . Dari kejahilan kepada keimanan . Dari kepalsuan kepada kebenaran .
Mari sama2 kita ingat balik apa yang telah diperkatakan oleh Ja'afar bin Abi Talib, ketika berhadapan dengan Raja Najasyi , :

Wahai Raja, ketika kami berada dalam jahiliah kami menyembah patung-patung, memakan bangkai, melakukan perbuatan keji, memutuskan hubungan silaturahim, menyakiti jiran serta golongan yang kuat menindas golongan yang lemah. Kami berada dalam keadaan demikian sehinggalah Allah mengutuskan kepada kami seorang rasul dari kalangan kami sendiri yang kami kenal keturunannya, kebenarannya, amanahnya dan kesuciannya. Lalu dia mengajak kami kepada Allah supaya mentauhidkanNya, menyembahNya dan membuang semua jenis penyembahan yang disembah selain daripada Allah yang dilakukan oleh kami dan datuk nenek kami seperti penyembahan batu dan patung-patung. Dia juga menyuruh kami supaya bercakap benar dan menunaikan amanah, menghubungkan hubungan silaturahim, berbuat baik kepada jiran, tidak melakukan perkara haram, menumpahkan darah dan menghalang kami dari melakukan perbuatan keji, bercakap dusta, memakan harta anak yatim, melakukan tuduhan melulu terhadap perempuan-perempuan yang suci dan menyuruh kami supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan tidak berlaku syirik kepadaNya dengan sesuatupun, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu kami membenarkannya, kami beriman kepadanya dan mengikuti apa yang dibawa olehnya daripada Allah sehingga kami menghalalkan apa yang telah dihalalkan kepada kami dan kami mengharamkan apa yang telah diharamkan kepada kami.

Sahabat2, itulah perubahan yang telah dibawa kepada Nabi kita .
Maka itu sahabat2 (terutamanya diri saya yang masih lemah ini), mari kita sama2 berubah dalam hidup . Berubah ke arah yang lebih baik . InsyaAllah, semoga Allah berkati .
Saya akhiri posting saya dengan walhamdulillah wa syukran lillah, segala pujian hanya bagi Allah . Wallahu'alam wassalam . Maaf andai ada tersalah bicara selama ini . :)

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.