Assalamualaikum..
Pada hari Rabu(15hb Jun 09) tika senja sudah melebarkan layarnya.Aku menunggu saat berbuka puasa.Sedang menanti waktu itu,tiba-tiba sebuah perkhabaran telah terhidang pada takdir Allah.Ummi mendapat panggilan daripada ayah.
Sepi.
Setelah beberapa tika,ummi datang dan mengkhabarkan kepada aku dan abangku bahawa pakcikku @ pak ngah sedang sakit tenat di hospital.Mengapa?Apa penyakitnya?
Rupa-rupanya dia telah lama menghidap barah hati dan sekarang berada di tahap kritikal.Muntah darahlah dan macam-macam lagi.
Dan...setelah berbincang kami terpaksa bertolak keesokan harinya kerana ayahku ketika itu tiada di rumah.Dia sedang OT di KL.
Pukul 3.30 pagi...ummi menerima panggilan dari pak longku.Dengan wajah yang terkejut serta pucat pada wajahnya,aku berasa hairan melihat wajah ummi.Mengapa?Mesti ada yang tak kena.Mesti!
Barulah kami tahu bahawa pak ngahku yang sedang tenat itu telah menghembuskan nafas buat kali terakhit pada pukul 2.50 pagi.Innalillah wainna ilaihi raji'un...dan tepat jam 4.30 pagi aku dan keluarga bertolak dari Kelantan ke Pendang,Kedah.
Hiba.
Tujuan aku menulis fasal perkara ini adalah kerana aku sedih dengan pemergiannya.Bagi aku,arwah adalah antara yang menghormati dengan pakaian muslimah.Bagi aku,arwahlah antara yang sangat tulus dalam perjuangan hidup sebagai seorang Muslim.Arwah bukanlah berpangkat tinggi,berkereta mewah,berumahkan istana...cuma hatinya kaya dengan keikhlasan kepada Tuhan.
Aku masih ingat.Jika aku melawat arwah ketika hayatnya,dia pasti berkata,"Ma ismuki?Kaifa haluki?"...Walaupun ianya hanyalah perbualan biasa sahaja dalam Lughah al-Arabiyyah,tapi bukankah elok setiap ilmu yang dituntut diamalkan?Biarlah sedikit dipraktikkan daripada tidak langsung disentuh.
Mungkin sampai di sini sahaja buat setakat ini.Semoga arwah dicucuri rahmatNya.Amin.Buat keluarga arwah Baharuddin bin Shawal,salam takziah dari saya Nurulhuda dan sekeluarga.Sabarlah dan redha atas ketentuan Ilahi.
Salam...
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment