Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Saturday, July 4, 2009

sekadar isi hatiku....

cinta yang dicari
dalam kembara diri
rindu mengulit merdu
pada seorang kamu

aku gagahkan hati
membawa cinta ini
kesana kemari
walau hati sakit sekali

mengapa cinta kubebankan
tiada sebarang balasan
apakah aku adalah tiada
tak tersingkap pada mata?

aku buta mencari arah
kelam yang sedang memanah
pada jiwa yang parah
kecewa kian membarah

sekian kali kumenggapai
entah bila akan selesai
aku yakin pada satu kuasa
Tuhan sekalian manusia

cinta yang dicari
tidaklah jauh sekali
cuma kuberpaling sekali
melontar ke buaian duniawi

hikmahMu menerjah fikiran
menambahkan kecintaan
kerana rahmat yang tak bertepian
menyuburkan hati insan

syukur kini aku kembali
pada cinta yang abadi
mutlak milik Ilahi
sehingga nafas terhenti....

p/s...sjak nie mengenai dri saya..iyalah..kita manusia hidup berfitrah...begitu juga saya..insan yang lemah lagi kerdil...tak berupaya menolak sebuah perasaan..tapi sy bersyukur krn tlh diselamatkan krn sy ini insan penuh kekurangan..takut dri terleka dan terlalai walhal sy malu dgn Allah..jika perasaan itu cuba mencuit sy..cpt2 sy igt.."brp kali sgt lah aku berzikir igtkan Allah?...astaghfirullah.."dan dalam heiraki(btul x eja) sbg hambaNya kita perlu utamakan cinta kita padaNya,after tu Rasulullah then keluarga..


Ya Allah
sucikan hatiku dengan kasihMu
suburkan hatiku dengan cintaMu
hidupkan hatiku dengan rinduMu

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.