Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, September 4, 2009

Coretan di ILIM (2-end)

Assalamualaikum minna-san~

Alhamdulillah atas kurniaan nafas yang masih lagi mengizinkan saya untuk bertapak lagi di bumi Allah ini.Semoga Allah merahmati kita semua lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.Amin..

Saya sambung lagi pengalaman saya di Institusi Latihan Islam Malaysia atau ILIM di Bangi.Izinkan saya bermula untuk coretan kedua ini dengan tazkirah Maghrib oleh salah seorang peserta di sin dan juga merangkap penghulu kepada semua peserta.Kata beliau,Nabi Muhammad SAW bersabda,"bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada,iringilah keburukan dengan kebaikan nescaya terhapuslah keburukan itu sendiri dan bergaullah sesama manusia dengan pergaulan yang baik".Beliau menjelaskan bahawa di mana kita membawa diri atau bermusafir,hendaklah kita iringi dengan ketaqwaan kerana ia salah satu asas untuk berjaya.Dan Allah akan membantu sesiapa yang mendekatkan diri dengan Allah dengan cara bertqwa.
Tambah beliau,kita sebagai hambaNya perlu tingkatkan amalan kerana setiap amalan yang dikerjakan pasti dicatat dan dihitung walaupun ia hanya sebesar zahrah.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
(99:7-8)

Saya buka pula lembaran majlis Ta'lim bersama orang AQ sendiri iaitu Mejar Jamil.Dalam ceramah beliau,beliau mengajak para peserta untuk mencontohi para sahabat Rasululullah SAW.Ini adalah kerana,para sahabat umpama bintang dan jika mereka dijadikan contoh untuk kita khususnya golongan muda,InsyaAllah kita tidak akan tersimpang jauh dari jalan agama.Saya memang bersetuju dengan beliau kerana cuba kita ingat kembali persaudaraan yang dipupuk dalam kalangan para sahabat ketika itu.Mereka tidak mengambil kira si fulan dari suku apa,si fulan ini pula berasal dari bani mana.Yang mereka menitikberatkan ialah tali ukhwah dalam Islam.Malah,kekentalan mereka dalam berjuang demi agama Islam amat patut kita ikuti.Mereka tidak gentar apabila berhadapan dengan musuh,malah mereka sanggup menempuh apa sahaja asalkan syiar Islam dapat ditegakkan.


~di surau ILIM~

Satu perkongsian ingin saya nyatakan di sini oleh Ustaz Airy,iaitu beliau mengatakan bahawa kalimah 'Muhammad' hanya disebut empat kali sahaja di dalam Al-Quran.Tetapi mengapa ya?Beliau menjelaskan lagi bahawa menurut riwayat umat Muhammadiyyah ini mirip sekali dengan umat Nabi Musa AS.Oleh itu,sebenarnya,Al-Quran ingin menceritakan kepada kita(umat Nabi SAW) akan perangai Bani Israel dan juga peringatan buat kita untuk tidak mengikuti sikap dan tingkah laku mereka,salah satunya ialah sering memungkiri janji.

Di samping menghadiri motivasi dan majlis-majlis ilmu,kami diberi peluang untuk mengikuti lawatan ke Taman Botani di Putrajaya.Sungguh enak dapat mengunjungi ke sana kerana salah satu tarikan yang menarik minat saya ialah replika taman di timur tengah(tidak silap saya taman di negara Baghdad).Subahanallah...memang patut dipuji.Dan tambahan pula ia dibina sendiri oleh orang dari sana dan menambahkan lagi suasana original di sana.


~kami diberi penerangan dahulu~


~antara salah satu replika~

Mungkin sampai di sini sahaja pengalaman dari saya.Maafkan saya kerana saya hanya mampu mencedok sedikit sahaja untuk kongsikan dengan anda semua.Di sini,saya letakkan juga beberapa gambar kenangan di ILIM.
Sebelum terlupa,terima kasih yang infiti kepada Akademi Al-Quran,ABIM dan ILIM dalam mengadakan dan menjayakan Minggu Orientasi ini.Assalamualaikum.
p/s...rindu semua sahabatku di ILIM.Moga kita dipertemukan lagi.InsyaAllah.


~di dewan auditorium~


~tasik di Taman Botani~



~jambatan di Taman Botani~


~malam aspirasi~


~bangunan asrama di ILIM~


~pemandangan di ILIM di waktu pagi~

Level of Love Based From Al-Quran

LEVEL OF LOVE BASED FROM AL-QURAN
www.iluvislam.com
lart_ieha
editor: azzahra_solehah




Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki
8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1.
Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2.
Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3.
Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4.
Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5.
Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6.
Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7.
Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8.
Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Thursday, September 3, 2009

Pengalaman sahabatku

Assalamualaikum minna-san~

Ketika siang tadi,lebih kurang jam 3 petang,saya terdengar di corong radio siaran Kelantan FM.Juruhebah memaklumkan bahawa di Kepulauan Jawa,iaitu di Bandung berlakunya bencana alam iaitu gempa bumi yang berskala 7.3 ritcher.MasyaAllah!Sejurus itu minda saya ligat menanyakan nasib sahabat-sahabat saya yang berjuang dalam menuntut ilmu di Bandung.Bagaimana keadaan mereka?Ya Allah..selamatkanlah mereka.

Alhamdulillah,selepas solat tarawih tadi saya sempat berborak dengan salah seorang sahabat saya,Ainul 'Atiqah,yang kini berada di sana menerusi Yahoo Messenger.Menurutnya,Alhamdulillah walaupun dia dan rakan-rakan yang lain merasai gegaran itu,syukur kepada Allah Ta'ala kerana telah melindungi mereka dari bahaya itu dan telah menyelamatkan mereka.

Menurutnya lagi,ketika itu dia sedang mengikuti kelas tutorial(namun saya sendiri kurang pasti jam berapa kerana terlupa untuk bertanya pada 'Atiqah).Tiba-tiba,terasa gegaran yang menggerunkan semua orang.Alhamdulillah...semuanya selamat.Tempat yang ramai terkorban ialah di Tasik Malaya,yang kira-kira lebih kurang dua jam dari Universitas Padjadjaran,Bandung.Katanya,inilah pertama kali dia merasai gegaran gempa bumi dan pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan.

Saya kira,cukuplah setakat ini untuk saya kongsi pengalaman sahabat-sahabat saya kepada kalian.Masih lagi saya ingat pesanan daripada seorang sahabat iaitu berdoalah kepada Allah untuk memohon perlindunganNya tidak kira di waktu susah atau senang.
Semoga Allah melindungi sahabat-sahabatku di Bandung dan juga sahabat yang lain tidak kira di mana mereka berada.Amin..

Assalamualaikum.

~teka-teki~

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

source : iluvislam

Wednesday, September 2, 2009

Qamar Bani Hasyim

Assalamualaikum minna-san~

Masa begitu pantas ya berlalu.Seakan tidak mahu menunggu kita sahaja.Tapi itulah lumrah masa.Dan begitulah aturan yang ditetapkan padanya oleh Si Pencipta.Subahanallah!Pejam celik,pejam celik bak kata orang ramai.Dan,kerana terlalu berharganya masa,kerana itulah ia diibaratkan sebagai emas(masa itu emas,time is gold) dan pepatah arab ada juga menyebut masa itu ibarat pedang.Jika kita tidak memotongnya,maka dia akan memotong kita.Oleh itu,gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya.Daripada kita mengelamun atau berangan yang melampau-lampau,lebih baik kita jangan melengah-lengahkan misi kita sebagai hambaNya dan sebagai seorang muslim.



Kita ketepikan dulu soal masa itu dulu ya.Sebenarnya ingin saya kongsikan dengan sahabat sekalian sebuah cerita Arab yang berkisarkan tentang perjalan hidup junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW dari saat beliau lahir hingga ke..oh maaf sebenarnya saya belum pasti kerana cerita ini masih disiarkan dan belum sampai ke episod akhir.

Tajuk cerita ini ialah Qamar Bani Hasyim,cerita yang begitu mengingatkan kita akan sirah perjuangan baginda dalam menjalani misinya iaitu sebagai pembawa risalah atau rasul utusan Allah kepada umat manusia.Cerita ini bagai menghidupkan kembali suasana pada ketika itu atau gambaran kepada kita.Dan sesetengah watak sahaja dilakonkan oleh para pelakon seperti watak Bilal bin Rabah,keluarga Yasir,Abu Ubaydah,Saidina Hamzah,Abu Talib,Abu Jahal,Utbah...itulah seingat saya.

Sahabat sekalian boleh menonton siaran bersiri ini di saluran Astro Oasis(106) pada pukul 2 petang dan juga pada pukul 6 petang.Tapi kebiasaannya saya memilih jam 6 kerana sambil-sambil menunggu berbuka puasa,apa salahnya saya mengisi ruang kosong itu dengan menonton cerita itu.Rancangan bermanfaat ini mengambil masa satu jam dan insyaAllah saya pasti kalian yang menontonnya tidak sabar-sabar untuk mengetahui episod seterusnya.Oh ya...bagi yang tiada astro,jangan risau...anda boleh menontonnya di Youtube.

Dibawah ini saya sertakan salah satu plot dari cerita Qamar Bani Hasyim.(^_^)




Selamat menonton ya!Assalamualaikum^_~

Adakah Kau Lupa?



Assalamualaikum minna-san!

Actually I have no idea what I want to type for this entry but I really want to share with all of you one of my favourite videos.It's entitled 'Adakah Kau Lupa'.It's actually a nasheed song that sang by Alarm Me.
I really adore this song because it recalls me back about the victory that our late Muslim warriors and contributers had achieved a long time ago.We,as the new generation should always remember their diligence to spread Islam.
Thus,make them as our model so that one day we can be like them.InsyaAllah.

Assalamualaikum..=)

Tuesday, September 1, 2009

Coretan di ILIM (1)

Assalamualaikum minna-san!

Syukur kepada Allah kerana masih meminjamkan saya sedikit kekuatan untuk terus meng'up-date' blog kesayangan saya ini.Sebenarnya,ada kisah yang ingin saya kongsikan dengan sahabat sekalian.Pada 22/8/2009 sehingga 29/8/2009,saya dan rakan-rakan di bawah agensi Akademi Al-Quran Medic Malaysia telah berpeluang untuk menghadiri Kursus Orientasi yang dianjurkan oleh Akademi Al-quran Medic sendiri dan juga oleh ABIM serta ILIM di Bangi.
Alhamdulillah...bagi saya,adalah tidak rugi menyertai program ini kerana banyak yang didedahkan kepada kami khususnya kepada saya yang daif ini serta kekurangan ilmu ini.Sebenarnya,program ini dilaksanakan adalah untuk memberi gambaran awal dan persediaan buat bakal-bakal siswa serta siswi dalam bidang perubatan,pergigian dan farmasi yang akan menempuh ranjau di bumi Anbiya',insyaAllah pada pertengahan bulan September ini.

Saya dan rakan-rakan(Nabihah,CT,Aqilah dan Hajar~ketika ini Afifah belum tiba dari Raub)berkumpul di kaunter pendaftaran untuk 'check-in' nama masing-masing dan satu bilik untuk dua orang.Teman bilik saya kali ini ialah Afifah,CT pula dengan Aqilah manakala Hajar bersama dengan Nabihah.

Apabila mendapat kunci bilik masing-masing,kami terus meluru ke blok C(blok asrama kami) dan diiringi oleh Hidayah(selaku senior dari Zagazig University dan faci kami).Dan yang lebih menggembirakan kami ialah kedudukan bilik kami yang amat dekat.Memang inilah yang kami inginkan~.


bilik saya dan Afifah-bilik peserta lain macamni gak~

Sahabat sekalian,
Saya amat mengagumi konsep yang diterapkan oleh pihak pengurusan ke dalam kursus ini kerana walaupun pada namanya ialah kursus ORIENTASI namun pokoknya kursus ini banyak menekankan kerohanian kepada diri para peserta.Malah,mereka ingin para peserta menghayati harapan Akademi al-Quran Medic Malaysia untuk melahirkan 'Professional Berteraskan Ilmu,Bertunjangkan Iman,Bersifat Taqwa dan Beramal Soleh.Moga penghayatan dalam setiap individu ini dapat direalisasikan oleh bakal-bakal siswa dan siswi ini dengan sepenuh daya dan usaha.

Pada hemat saya berkenaan dengan moto di atas,saya rasa kita semua,iaitu generasi muda patut menyahut dan melaksanakannya agar di suatu masa nanti akan lahir pemuda seperti Ibn Sina,Al-Khawarizmi,Ibn Batutah dan sebagainya.Dalam kita mengejar kejayaan sebagai seorang yang profession,janganlah kita ketepikan keagamaan kita,nilai adab kita dan sahsiah kita sebagai seorang Islam.

Saya amat tertarik dengan kata-kata oleh penaung AQ iaitu Professor Razali Nawawi,"anda telah dipilih oleh Allah untuk menempuhi jalan ini(bidang kedoktoran,pergigian dan farmasi) dan anda haruslah berfikiran matang."Apa yang membuatkan ia melekat pada hati saya adalah ketika saya sudah membuat keputusan untuk memilih bidang perubatan,kadang-kadang hati saya terdetik.'Betulke aku nie?''Ish~bolehke aku nie?'.Namun setelah saya mendengar bicara dari beliau saya terfikir.Benarlah.Setiap yang ditakdirkan Allah pasti ada hikmahnya.Antaranya ialah saya dapat mengenali kebijaksanaan dan kebesaran Allah dalam mempelajari tubuh badan sendiri.Kerana itulah,beliau juga menasihatkan kami untuk banyakkan berdoa agar dibukakan pintu hidayah dan petunjuk agar Allah memberi jalan kepada kami untuk memahami dan mengingati ilmu-ilmu milik Allah ini.(Amin..)

Teringat pula saya kepada motivasi yang disampaikan oleh Professor Dr.Hamim dari UiTM yang menerangkan kepada kami bahawa kerjaya seorang doktor bukanlah setakat merawat pesakit malah juga sebagai DA'I kepada umat manusia.Bagaimana ya?Hermm~saya ambil contoh dari kisah yang diceritakan oleh seorang pihak pengurusan kursus ini iaitu Abang Dinnur.Beliau ada menceritakan bagaimana sahabatnya meraung kesakitan di hadapan seorang doktor.

"Arrggghh!!Sakit!Sakit!"
"Tahan sikit ya..."
"Sakitlaaa!!!"
"Saudara..sakit ini dari Allah.Apa salahnya saudara bersabar sedikit demi Allah?"
Sepi.Senyap.

Sebab itulah saya setuju dengan pendapat beliau.Kerana itulah,jika ingin menjadi seorang yang berkerjaya,betulkanlah niat dan bekalkan diri dengan ilmu akademik dan juga ilmu agama.InsyaAllah,Allah sentiasa bersama-sama kita kerana orang yang menolong untuk agamaNya,Allah pasti menolongnya.

Selain itu,kursus ini mengajar saya untuk saling berkasih sayang dengan sahabat dan disamping itu membuang penyakit hati.Sudah menjadi lumrah,manusia ini penuh dengan penyakit hati,walaupun pada mulanya secalit namun ia bisa menjadi barah buat hati.Saudara Noryzal Zainal Abidin mengingatkan kami kepada sebuah hadis iaitu antara 1 daripada 7 golongan yang mendapat perlindungan pada hari kiamat ialah dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah.Subahanallah.Begitu sekali ganjaran buat mereka yang berkasih kerana Allah.Teringat pula saya pada Rasulullah dan para sahabat yang amat menyayangi antara satu sama lain kerana Allah Ta'ala.Malah,mereka sanggup berkongsi sebiji kurma walhal masing-masing kelaparan.

....bersambung InsyaAllah...


lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.