Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, September 4, 2009

Coretan di ILIM (2-end)

Assalamualaikum minna-san~

Alhamdulillah atas kurniaan nafas yang masih lagi mengizinkan saya untuk bertapak lagi di bumi Allah ini.Semoga Allah merahmati kita semua lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.Amin..

Saya sambung lagi pengalaman saya di Institusi Latihan Islam Malaysia atau ILIM di Bangi.Izinkan saya bermula untuk coretan kedua ini dengan tazkirah Maghrib oleh salah seorang peserta di sin dan juga merangkap penghulu kepada semua peserta.Kata beliau,Nabi Muhammad SAW bersabda,"bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada,iringilah keburukan dengan kebaikan nescaya terhapuslah keburukan itu sendiri dan bergaullah sesama manusia dengan pergaulan yang baik".Beliau menjelaskan bahawa di mana kita membawa diri atau bermusafir,hendaklah kita iringi dengan ketaqwaan kerana ia salah satu asas untuk berjaya.Dan Allah akan membantu sesiapa yang mendekatkan diri dengan Allah dengan cara bertqwa.
Tambah beliau,kita sebagai hambaNya perlu tingkatkan amalan kerana setiap amalan yang dikerjakan pasti dicatat dan dihitung walaupun ia hanya sebesar zahrah.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
(99:7-8)

Saya buka pula lembaran majlis Ta'lim bersama orang AQ sendiri iaitu Mejar Jamil.Dalam ceramah beliau,beliau mengajak para peserta untuk mencontohi para sahabat Rasululullah SAW.Ini adalah kerana,para sahabat umpama bintang dan jika mereka dijadikan contoh untuk kita khususnya golongan muda,InsyaAllah kita tidak akan tersimpang jauh dari jalan agama.Saya memang bersetuju dengan beliau kerana cuba kita ingat kembali persaudaraan yang dipupuk dalam kalangan para sahabat ketika itu.Mereka tidak mengambil kira si fulan dari suku apa,si fulan ini pula berasal dari bani mana.Yang mereka menitikberatkan ialah tali ukhwah dalam Islam.Malah,kekentalan mereka dalam berjuang demi agama Islam amat patut kita ikuti.Mereka tidak gentar apabila berhadapan dengan musuh,malah mereka sanggup menempuh apa sahaja asalkan syiar Islam dapat ditegakkan.


~di surau ILIM~

Satu perkongsian ingin saya nyatakan di sini oleh Ustaz Airy,iaitu beliau mengatakan bahawa kalimah 'Muhammad' hanya disebut empat kali sahaja di dalam Al-Quran.Tetapi mengapa ya?Beliau menjelaskan lagi bahawa menurut riwayat umat Muhammadiyyah ini mirip sekali dengan umat Nabi Musa AS.Oleh itu,sebenarnya,Al-Quran ingin menceritakan kepada kita(umat Nabi SAW) akan perangai Bani Israel dan juga peringatan buat kita untuk tidak mengikuti sikap dan tingkah laku mereka,salah satunya ialah sering memungkiri janji.

Di samping menghadiri motivasi dan majlis-majlis ilmu,kami diberi peluang untuk mengikuti lawatan ke Taman Botani di Putrajaya.Sungguh enak dapat mengunjungi ke sana kerana salah satu tarikan yang menarik minat saya ialah replika taman di timur tengah(tidak silap saya taman di negara Baghdad).Subahanallah...memang patut dipuji.Dan tambahan pula ia dibina sendiri oleh orang dari sana dan menambahkan lagi suasana original di sana.


~kami diberi penerangan dahulu~


~antara salah satu replika~

Mungkin sampai di sini sahaja pengalaman dari saya.Maafkan saya kerana saya hanya mampu mencedok sedikit sahaja untuk kongsikan dengan anda semua.Di sini,saya letakkan juga beberapa gambar kenangan di ILIM.
Sebelum terlupa,terima kasih yang infiti kepada Akademi Al-Quran,ABIM dan ILIM dalam mengadakan dan menjayakan Minggu Orientasi ini.Assalamualaikum.
p/s...rindu semua sahabatku di ILIM.Moga kita dipertemukan lagi.InsyaAllah.


~di dewan auditorium~


~tasik di Taman Botani~



~jambatan di Taman Botani~


~malam aspirasi~


~bangunan asrama di ILIM~


~pemandangan di ILIM di waktu pagi~

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.