Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Tuesday, September 1, 2009

Coretan di ILIM (1)

Assalamualaikum minna-san!

Syukur kepada Allah kerana masih meminjamkan saya sedikit kekuatan untuk terus meng'up-date' blog kesayangan saya ini.Sebenarnya,ada kisah yang ingin saya kongsikan dengan sahabat sekalian.Pada 22/8/2009 sehingga 29/8/2009,saya dan rakan-rakan di bawah agensi Akademi Al-Quran Medic Malaysia telah berpeluang untuk menghadiri Kursus Orientasi yang dianjurkan oleh Akademi Al-quran Medic sendiri dan juga oleh ABIM serta ILIM di Bangi.
Alhamdulillah...bagi saya,adalah tidak rugi menyertai program ini kerana banyak yang didedahkan kepada kami khususnya kepada saya yang daif ini serta kekurangan ilmu ini.Sebenarnya,program ini dilaksanakan adalah untuk memberi gambaran awal dan persediaan buat bakal-bakal siswa serta siswi dalam bidang perubatan,pergigian dan farmasi yang akan menempuh ranjau di bumi Anbiya',insyaAllah pada pertengahan bulan September ini.

Saya dan rakan-rakan(Nabihah,CT,Aqilah dan Hajar~ketika ini Afifah belum tiba dari Raub)berkumpul di kaunter pendaftaran untuk 'check-in' nama masing-masing dan satu bilik untuk dua orang.Teman bilik saya kali ini ialah Afifah,CT pula dengan Aqilah manakala Hajar bersama dengan Nabihah.

Apabila mendapat kunci bilik masing-masing,kami terus meluru ke blok C(blok asrama kami) dan diiringi oleh Hidayah(selaku senior dari Zagazig University dan faci kami).Dan yang lebih menggembirakan kami ialah kedudukan bilik kami yang amat dekat.Memang inilah yang kami inginkan~.


bilik saya dan Afifah-bilik peserta lain macamni gak~

Sahabat sekalian,
Saya amat mengagumi konsep yang diterapkan oleh pihak pengurusan ke dalam kursus ini kerana walaupun pada namanya ialah kursus ORIENTASI namun pokoknya kursus ini banyak menekankan kerohanian kepada diri para peserta.Malah,mereka ingin para peserta menghayati harapan Akademi al-Quran Medic Malaysia untuk melahirkan 'Professional Berteraskan Ilmu,Bertunjangkan Iman,Bersifat Taqwa dan Beramal Soleh.Moga penghayatan dalam setiap individu ini dapat direalisasikan oleh bakal-bakal siswa dan siswi ini dengan sepenuh daya dan usaha.

Pada hemat saya berkenaan dengan moto di atas,saya rasa kita semua,iaitu generasi muda patut menyahut dan melaksanakannya agar di suatu masa nanti akan lahir pemuda seperti Ibn Sina,Al-Khawarizmi,Ibn Batutah dan sebagainya.Dalam kita mengejar kejayaan sebagai seorang yang profession,janganlah kita ketepikan keagamaan kita,nilai adab kita dan sahsiah kita sebagai seorang Islam.

Saya amat tertarik dengan kata-kata oleh penaung AQ iaitu Professor Razali Nawawi,"anda telah dipilih oleh Allah untuk menempuhi jalan ini(bidang kedoktoran,pergigian dan farmasi) dan anda haruslah berfikiran matang."Apa yang membuatkan ia melekat pada hati saya adalah ketika saya sudah membuat keputusan untuk memilih bidang perubatan,kadang-kadang hati saya terdetik.'Betulke aku nie?''Ish~bolehke aku nie?'.Namun setelah saya mendengar bicara dari beliau saya terfikir.Benarlah.Setiap yang ditakdirkan Allah pasti ada hikmahnya.Antaranya ialah saya dapat mengenali kebijaksanaan dan kebesaran Allah dalam mempelajari tubuh badan sendiri.Kerana itulah,beliau juga menasihatkan kami untuk banyakkan berdoa agar dibukakan pintu hidayah dan petunjuk agar Allah memberi jalan kepada kami untuk memahami dan mengingati ilmu-ilmu milik Allah ini.(Amin..)

Teringat pula saya kepada motivasi yang disampaikan oleh Professor Dr.Hamim dari UiTM yang menerangkan kepada kami bahawa kerjaya seorang doktor bukanlah setakat merawat pesakit malah juga sebagai DA'I kepada umat manusia.Bagaimana ya?Hermm~saya ambil contoh dari kisah yang diceritakan oleh seorang pihak pengurusan kursus ini iaitu Abang Dinnur.Beliau ada menceritakan bagaimana sahabatnya meraung kesakitan di hadapan seorang doktor.

"Arrggghh!!Sakit!Sakit!"
"Tahan sikit ya..."
"Sakitlaaa!!!"
"Saudara..sakit ini dari Allah.Apa salahnya saudara bersabar sedikit demi Allah?"
Sepi.Senyap.

Sebab itulah saya setuju dengan pendapat beliau.Kerana itulah,jika ingin menjadi seorang yang berkerjaya,betulkanlah niat dan bekalkan diri dengan ilmu akademik dan juga ilmu agama.InsyaAllah,Allah sentiasa bersama-sama kita kerana orang yang menolong untuk agamaNya,Allah pasti menolongnya.

Selain itu,kursus ini mengajar saya untuk saling berkasih sayang dengan sahabat dan disamping itu membuang penyakit hati.Sudah menjadi lumrah,manusia ini penuh dengan penyakit hati,walaupun pada mulanya secalit namun ia bisa menjadi barah buat hati.Saudara Noryzal Zainal Abidin mengingatkan kami kepada sebuah hadis iaitu antara 1 daripada 7 golongan yang mendapat perlindungan pada hari kiamat ialah dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah.Subahanallah.Begitu sekali ganjaran buat mereka yang berkasih kerana Allah.Teringat pula saya pada Rasulullah dan para sahabat yang amat menyayangi antara satu sama lain kerana Allah Ta'ala.Malah,mereka sanggup berkongsi sebiji kurma walhal masing-masing kelaparan.

....bersambung InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.