Assalamualaikum antum semua~
Jika dihitung masa,jam,minit,saat dan detik,kiranya sudah lama saya tidak aktif di laman maya ini terutamanya menjenguk blog milik saya ini.Apa khabar ya antum semua?Harap-harap antum semua sihat ya!InsyaAllah.Semoga Allah menghujani kita semua dengan rahmatNya yang tak bertepian dan kasih sayangNya yang tak terhitung itu.
Selamat tiba
Alhamdulillah pada 15 haribulan September,saya dan rakan-rakan selamat berlepas ke Kaherah,ibu kota bumi Anbiya.Perjalanan yang melibatkan beribu meter ini memakan masa 8 jam setelah tarnsit di Kuwait selama 7 jam.Dan selepas itu,kami berlepas lagi dengan Kuwait Air yang membawa kami terus ke Kaherah.Jam 3 lebih petang(waktu Mesir)kami tiba di Lapangan Terbang Kaherah.Alhamdulillah tiba juga di Kaherah kerana kami semua telah penat mengharungi perjalanan yang berjam-jam ini.
Selepas itu,saya dan rakan-rakan terus dibawa ke Zagazig,daerah di kawasan timur Mesir yang mengambil 2 jam tiba di sana.Sampai di sana,semua kami diiringi oleh pelajar senior menuju ke imarah(apartmen) dan kami terus mengambil kesempatan untuk berehat.
Jalan-jalan di Mahatoh
Pada keesokan harinya,kami dibawa oleh musyrifah untuk membeli barang keperluan ke bandar yang dinamai Mahatoh.Di sana,pelbagai barang dijual.Hermm..rasanya tak perlulah saya jelaskan secara terperinci barang-barang yang dijual.Sama sahaja apa yang dijual di Malaysia.Hehe~
Ketika pertama kali pertama berjalan-jalan di sana,saya amatlah penat dan tidak pernah saya rasa penat yang begitu melelahkan itu.Ish3~lebih-lebih lagi ketika itu masih lagi berpuasa.Tapi apabila berjalan-jalan pada hari kedua dan berikutnya,Alhamdulillah bak kata pepatah alah bisa tegal biasa(eh betulka jika pepatah ini salah..hehe dah lama tak belek peribahasa Melayu).
Ketika di Mahatoh,seronok juga kerana berhadapan dengan kerenah pak-pak Arab yang pelbagai.Aduhh..nasihat saya kepada bakal-bakal individu yang akan ke sini,bersabar ya dan kalau boleh sebelum datang ke sini belajarlah sedikit bahasa pasar Mesir sekurang-kurangnya kita senang ketika bermuamalah dengan mereka InsyaAllah.
Di sana,benda yang paling saya suka beli ialah 'asir 'asob atau jus tebu!Sedap~~hehe kerana rasanya yang original manis dan mereka biasanya tak campurkan dengan air gula seperti yang dilakukan di Malaysia.Selain itu,benda yang saya nanti-nantikan untuk rasa di sini ialah aiskrim Mesir!Kenapa???
Menurut seorang musyrifah(Kak Najwa kito oghe Tanoh Meroh)aiskrim di sini sedap~.InsyaAllah minta-minta boleh rasa.
Ramadhan wa 'Eid Fitri
Saya akui ketika raya hampir menjelang di sini,hati saya membuak-buak rindukan keluarga.Iyalah...aidilfitri semakin hampir,tapi keluarga jauh di mata.Tapi sabar dan doa menjadi ubat rindu itu.Ramadhan di sini berjalan seperti biasa tetapi cuma kami di sini berbuka puasa atau waktu maghribnya pada pukul 6 petang.Kadang-kadang berbuka puasa di dewan DPMZ(Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig) atau juadah berbuka puasa diagih-agih ke setiap rumah.
Malam raya...kami berkumpul di dewan DMPZ dan menunaikan solat Tasbih serta bertakbir memuji kebesaran Ilahi.Malam itu,rindu juga pada keluarga tetapi saya tahu pasti ada hikmah dari Allah jika kita terus bersabar.
Hahh!Nasib baik ingat.Raya kali ini syok juga kerana kami,anak-anak Kelantan dijemput ke Kaherah untuk meraikan aidilfitri di RKB(Rumah Kelantan Baru).Oleh itu,malam raya itu juga kami bertolak dari Zagazig ke Kaherah.Alhamdulillah...berbaloi dengan kepenatan kami kerana pagi raya itu cukup meriah!Kami berjumpa dengan anak-anak Kelantan dan ini dapat merapatkan ukhwah antara kami.Ramai juga senior-senior yang kami bertemu.Di kesempatan itu,saya ucapkan terima kasih yang infiniti kepada semuah ahli RKB,PMRAM,Kak Nik,Che'Na,Kak Masyi,Kak Za,Syafi'at,Ustaz Rusdi,Temma,sahabat sekalian dan juga kepada semua.Terima kasih kerana kami dapat merayakan aidilfitri dengan hati yang gembira.Alhamdulillah.
Nasihat dari seorang sahabat
Walaupun ianya berbentuk nasihat,namun lebih ke arah perkongsian dengan antum semua.Kepada yang berminat untuk ke Mesir,nasihat saya,lengkapkanlah diri dengan kekuatan rohani dan jasmani.Dari segi rohani,hati kita pasti terdetik jika kali pertama di sini,pasti yang rasa sedih kerana berjauhan dengan keluarga.Oleh itu,kuatkanlah hati dengan hidangan rohani seperti selalu membca al-Quran,Ma'thurat,berzikir,berselawat dan sebagainya.Lebih-lebih lagi hidup di sini kita perlu punya semangat yang kuat dan banyak bersabar ketika berada di sini.Di samping itu,janganlah sesekali menyesal atau sedih berada di sini kerana Mesir ini adalah bumi ilmu dan banyak ilmu yang dapat diperoleh di sini.
Dari segi jasmani kena kuat juga.Di sini kita lebih banyak berjalan berbanding menaiki kenderaan.Iyalah,takkan mahu membeli sebuah kereta.Rasanya lebih baik naik trenko.Di sini memang ada kenderaan awam namun ikut pengalaman diri,lebih banyak berjalan lagi.Ingin cerita lebih lanjut untuk antum faham,rasaya lebih baik rasai pengalaman dari bercerita.
Selain itu,segala nasihat senior ambil dan ingatlah!Mereka lebih tahu dan faham selok belok kehidupan di Mesir.
Salam 'Eid Fitri
Setelah panjang lebar membebel di atas(sebenarnya itu sedikit sahaja!),walaupun sekarang sudah 2 Syawal 1430 hijriah,ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN terutamanya kepada Hajah Zaiton,Haji Shukry,Mohd Adnan,sanak saudara,semua sahabat dan antum semua.
Doakan kejayaan saya di Ardhu Kinanah ini dan saya juga doakan kesejahteraan antum di mana sahaja kita berada.Okay..salam perantauan dan salam muhibbah lillahi ta'ala dari Nurulhuda,Zagazig Mesir(2009-2014).
Assalamulaikum.
p/s...maaf tiada gambar dapat diletak di sini kerana saya mengguna shared pc.>bahaya nak transfer gambar hehehe<
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Monday, September 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment