Apa khabar iman kita pada hari ini?Pasang atau surut ya?Bagaimana pula untuk esok?Dan...apakah semalam telah benar-benar menjadi iktibar buat kita sebagai bimbingan untuk menempuh hari yang mendatang?Apakah kesilapan semalam telah kita betulkan supaya ianya tidak berulang lagi pada hari ini dan esok serta seterusnya?
Itulah sejarah kehidupan.Cukup dengan pelbagai kisah.Sedih,gembira,marah,geram,rindu dan seumpanya.Itulah indahnya semalam kerana ditaburi pelbagai kenangan dan memori.Ada yang membuatkan kita sesal dengan peristiwa semalam,ada yang membahagiakan kita,malah menghibakan sang jiwa kita.
Semalam juga mengajar kita erti ketahanan dan kekuatan diri kita biarpun dari segi fizikal,mental dan juga rohani.Perkara lalu bagai mengipas obor semangat kita untuk terus berjuang dalam kehidupan sehinggalah ajal datang bertandang.Ia bagaikan inspirasi buat seseorang untuk tidak cepat mengalah selagi mampu untuk meraih kejayaan dan kemenangan.
Tapi..mengapa ya saya menaip soal semalam?Mungkin disebabkan juga sempena tarikh keramat buat negara kita pada hari ini (31 Ogos 2009) iaitu Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.Kebiasaannya,Hari Kemerdekaan cukup membuatkan saya teringat akan kisah peristiwa Bukit Kepong.Bukanlah bermakna saya tidak kenang akan kisah-kisah lain,cuma kisah Bukit Kepong yang dilakonkan oleh Jins Shamsuddin,Yusoff Haslam dan ramai lagi benar-benar menyentuh hati saya dan mata saya bisa berkaca apabila menonton filem itu.Ia mengisahkan kepada kita pengorbanan,kekentalan,semangat,kesepakatan dan sebagainya oleh polis-polis Melayu yang berada di kawasan Bukit Kepong.Oh yaa...sebelum terlambat,Selamat Hari Merdeka buat rakyat Malaysia!
"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik,
Saya pertama kali mendengar perihal beliau ketika menghadiri Kursus Bahasa Arab di ABIM,oleh Ustaz Faisal.Ketokohan dan keperibadian beliau cukup mengagumkan dan menarik minat saya.Usaha beliau untuk mendapatkan kota Konstantinopel,subahanallah,patut dipuji!Jika sahabat sekalian ingin mengetahui tentang diri beliau,saya syorkan kalian untuk membaca buku 'Sultan Muhammad al-Fateh-Penakluk Konstantinopel' oleh Abdul Latip Talib,keluaran PTS Publication.
Sebenarnya,banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama dengan kalian.Cuma kerana kekangan ruang masa,rasanya cukup sampai di sini.Namun,apa yang kita boleh petik dari peristiwa semalam ialah 'pengajaran'.Teringat pula kata-kata di dalam filem Kungfu Panda iaitu,'Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift'.
Oleh itu,jangan biarkan diri kita terhimpit dengan peristiwa lampau sehingga kita tiada daya untuk memajukan masa hadapan kita.Gunakan kesempatan hari ini untuk membuat persediaan dan strategi,insyaAllah kejayaan milik kita.
Akhirul kalam,semoga Allah bersama-sama kita dan merahmati apa yang kita lakukan.InsyaAllah.Assalamualaikum.