Assalamualaikum sahabat sekalian.
Alhamdulillah,setelah berhari-hari waktu saya amat penuh dan tiada waktu kosong untuk saya meng'up-date' blog ini,Allah telah kurniakan saya waktu renggang pada hari ini untuk menambah lagi entry.Bukan omongan kosong,cuma ingin berkongsi apa yang ingin saya kongsi.
Walaupun sekarang di Mesir sudah masuk permulaan musim sejuk,entry kali ini saya ketengahkan berkenaan 'musim bunga'...(buang tebiat ke ni?)
Musim bunga yang ingin saya sampaikan ini bukanlah salah satu empat musim yang melanda sesetengah negara,cuma 'musim' yang boleh membuatkan hati kita berbunga-bunga.
Apakah itu?
Sudah tentu soal cinta yang lahir dari hati yang tidak pernah dipaksa untuk dilahirkan.Kerana ia muncul secara semula jadi dan fitrah dalam diri.
Tapi,apa itu cinta?
Ada apa dengan cinta?
Cinta adalah sebuah perasaan suci dan tulus serta terlalu sukar untuk diungkap melalui kata-kata.Cakap soal cinta,apa yang kita gambarkan tentang cinta?
Rasa cinta itu perlu ditujukan kepada Allah s.w.t..Cinta kepadaNya bukan dilisankan pada lidah dan bibir semata,malah dibuktikan dengan amalan dan ibadah sebagai tanda cinta kita kepada Yang Maha Pencipta.
Namun yang mengecewakan,ramai yang mengaku dirinya mencintai Tuhan,tetapi cinta itu sekadar meniti di bibir tanpa berusaha untuk menunjukkan rasa cinta itu.
Oleh itu,rebutlah peluang untuk mendapat tempat yang mulia di sisiNya,agar cinta itu tidak akan padam walau mehnah melanda.Teringat pula pada lirik lagu 'Epilog Silam' yang dinyanyikan oleh Haikal,
"walaupun ujian melanda,kutetap berkasih padaMu,kerna ku yakin kasihMu,kekal tiada sudahnya".
Seterusnya adalah cinta pada kekasihNya,Rasulullah s.a.w,khatimul anbiya'.
Cinta Rasul kepada umatnya dibawa sampai baginda wafat,walau detik itu sedang menahan sakit ketika roh berpisah dengan jasad.Bibir tidak lekang menyebut 'ummati' atau umatku kerana kasih dan cintanya pada umat.
Oleh demikian wahai diriku dan sahabat sekalian,cintailah nabi kita.Petiklah kisah-kisah silam oleh para sahabat,di mana mereka sanggup menggadai apa sahaja,hatta nyawa mereka,semata kerana cinta mereka terhadap Rasulullah s.a.w..Banyakkanlah selawat kepada baginda dan amalkanlah amalan sunat,setelah mengerjakan kewajipan,agar kita digolongkan ashabul yamin,insya Allah.
Hieraki ketiga ialah cinta kepada ibu bapa.Kita sebagai penyeri hidup mereka,balaslah kasih sayang mereka dengan rasa cinta yang tinggi.Bagaimana?
"....berbuat baik kepada ibu bapa...."
(6:151)
Jadi,berbuat baiklah terhadap ibu bapa.Jangan sesekali menderhakainya dan mengabaikan perintah mereka,melainkan suruhan mereka itu bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam.
Selepas ketiga-tiga peringkat cinta ini,cinta dapat ditujukan kepada sahabat kita,saudara mara,juga sesama Islam,ilmu dan kejayaan.Cinta kepada perkara-perkara ini membawa kita akrab kepada Ilahi jika diniatkan keranaNya.
Sahabat sekalian,
Gunalah perasaan cinta itu kearah kebaikan bukan ke arah kejahatan serta keburukan.Dan hal yang sering saya lihat,ramai yang menggunakan cinta,walau pada mata kasar seakan betul atau sohih,namun ia tetap salah di sisi Islam.Contohnya,cinta terhadap sesuatu secara sehingga mengabaikan diri dan kewajipan yang lebih penting.Maka,berhati-hatilah,pesona dunia ini sering membuat kita hampir tersasar,malah lebih dari itu,dari garisan yang betul.
Rasailah hebatnya cinta kerana Allah dan lebihkanlah cinta kita terhadapNya dengan melaksanakan apa yang disuruh agar misi untuk menjadi kekasihNya dan penghuni syurgaNya tercapai,insya Allah.
Wallahu'alam.
Assalamu'alaikum.
Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)
Wednesday, December 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment