Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Saturday, December 19, 2009

Tahun baru...dan perginya seorang insan...

Assalamu'alaikum sahabat sekalian.

Masa itu ibarat emas.Tandanya masa itu amatlah tinggi nilainya walau sesaat dan begitu berharganya masa walau pun sedetik.
Masa itu persis pedang.Jika kita tidak memotongnya,maka dia akan memotong kita.Bidalan ini menunjukkan betapa ruginya jika kita mensia-siakan masa yang ada.Masa itu tidak pernah menunggu atau berhenti.Hanya mengikut alur waktu yang diaturkan dan ditentukan Ilahi.Maka itu,janganlah biarkan masa melarikan detik berharga buat kita dek sifat yang suka membuang masa.Oleh itu,kejarlah masa dan isikannya dengan perkara berfaedah.

Pejam,celik,pejam,celik...waktu cepat berlalu pergi.Pejam,celik...tahun baru sudah pun tiba.Tibanya ia menggantikan tahun yang lama.Tahun yang lama pergi bersama kenangan yang punya pelbagai kisah.

AZAM BARU
Apabila tibanya tahun baru,pasti yang menanam azam baru bagi meningkatkan dan memperbaharui azam lama.Bukanlah bermakna azam lama ditinggalkan dan dilupakan,namun azam lama akan bagaikan menjadi induk kepada azam tahun baru,dan azam baru pula perintis kepada azam lama(wah,pening kepala juga dgn ayat sendiri ni..).

Apa-apa pun,azam inilah menjadi inspirasi untuk kita kuat dan terus memajukan diri dan Islam.Pernah juga saya terbaca satu kata-kata hikmah,lebih kurang begini,
"gantunglah azammu setinggi langit,dan rendahkanlah hatimu seperti mutiara di lautan.."

Jika kita punya azam,bersungguh-sungguhlah kita untuk melaksanakannya agar azam kita tercapai.Jika berjaya,Alhamdulillah,dan bersyukurlah kerana semuanya datang dariNya.
Namun begitu,azam yang disimpan,jangan biarkan ia tertanam tanpa dibajai dan disirami.Akhirnya,azam itu layu dan tidak membuahkan apa-apa kepada diri.Jangan jadi begini!Na'uzubillah..

Bagi saya,azam yang saya simpan dari dahulu hingga kini ialah menjadi kekasih Allah dan anak yang solehah.
Bagi azam baru pula ialah,saya harap saya dapat berubah menjadi lebih baik dari semalam.Walaupun agak kuno kut dan general azam saya,namun bagi saya,semalam adalah pengajaran terbaik untuk saya agar hari ini dapat saya luruskan yang bengkok.Untuk hari esok,saya serahkan kepada Allah semata,kerana hari esok akan melihatkan hasil usaha saya yang saya laksanakan hari ini.

Okeh,dengan ini(acececewah...)saya ucapkan salam ma'al hijrah 1431H buat Hajah Zaiton,Haji Shukry,Mohd Adnan@Hasbullah,sanak saudara,rakan dan sahabat sekalian serta saudara seagama Islam sekalian.Semoga dengan hadirnya tahun baru ini,dapat kita tingkatkan sifat mahmudah,iman dan taqwa kita keranaNya.InsyaAllah...

BILA DATANG,ADA YANG PERGI
Makluman kepada sahabat yang tersayang.Petang tadi ketika di kelas praktikal Histologi,saya telah menerima khabar sedih dari Malaysia.
Guru tercinta saya,Mentor Mila,guru Pendidikan Agama Islam(PAI) di SMA Tengku Amalin Aishah Putri dan juga merangkap sebagai warden asrama saya,telah pulang ke rahmatullah pada petang tadi(waktu Malaysia).
Pemergian arwah amat dirasai kerana arwah begitu akrab dengan para pelajar.Arwah banyak mencurah bakti dan jasa kepada kami.
Oleh itu,sama-sama kita doakan kepada Allah agar arwah tenang di sana dan digolongkan di dalam golongan para solehin.Al-fatihah..

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.