Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Wednesday, December 2, 2009

Salam 'Eid Adha



Assalamualaikum antum semua~

Walaupun sering juga saya membelek blog ini namun kerana masa yang tidak cukup membuatkan tiada kesempatan bagi saya untuk meng'update' blog kesayangan saya ini.

Sahabat sekalian,
Pengalaman beraya yang buat julung kalinya di Mesir ini punya perbezaan berbanding di Malaysia.Kenapa ya?

Di Malaysia,sambutan aidilfitri disambut lebih meriah dan buktinya sendiri,saya kira,anda sebagai rakyat negara tersebut pasti sudah merasainya kan?Dengan iklan-iklan yang sering menghebahkan di mana-mana sahaja perayaan aidilfitri sehingga menenggelamkan bulan Ramadhan.
Walhal,apabila datangnya hari 'eid adha,perayaan itu masih kalah dengan aidilfitri.Kadang-kadang saya terfikir,kenapa yang itu begitu meriah dan yang meriahnya kurang dirasai?
Antara kemenangan dan pengorbanan,yang mana perlu diutamakan?

Manakala,di Mesir pula,perayaan 'eid adha lebih meriah berbanding aidilfitri.Sebelum hari perayaan 'eid adha tiba,saya dan ahli bait keluar ke bandar untuk membeli barang keperluan untuk 'eid adha.Ya Allah!Apa yang kami dapat lihat dari jauh ialah kepala-kepala bagaikan ribuan semut yang sedang belegar-legar dengan bermacam arus.Mereka membeli baju baru,keperluan hari raya dan bermacam-macam lagi!
Walhal ketika sebelum aidilfitri,bandar mereka hanya sunyi dan biasa-biasa aja.

Bagi saya,perbezaan ini berlaku kerana pemahaman dan kebiasaan yang ditanam pada negara masing-masing.Apa yang saya dengar di sini,masyarakat Mesir kurang menyambut aidilfitri kerana tanda kesedihan mereka meninggalkan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan.Manakala bagi rakyat Malaysia,hari aidilfitri merupakan ruang untuk sanak saudara mengeratkan lagi ukhwah dan lebih-lebih lagi membesarkan kebesaran Ilahi.Wallahu'alam...hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya.

Walaupun begitu,bagi saya,apa yang penting kita semua seluruh umat Islam menyambut apa yang dianjurkan Islam dalam keadaan bersederhana.Meriah atau tidak,itu hanya pada dasar namun yang diambil kira ialah penghayatan kita terhadap perayaan tersebut.

Oleh itu,walaupun saya tahu memang saya sudah terlambat,berilah peluang kepada saya untuk mengucapkan Selamat 'Eid Adha kepada ummi,ayah,Loh,sanak saudara dan sahabat sekalian.
Biarlah semangat kita bukan terletak pada perayaan semata,malah setiap hari dan setiap detik.InsyaAllah!

Okay,sampai di sini daulu ya.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.