Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, December 3, 2009

Sahabat oh Sahabat

Assalamualaikum sahabat sekalian..

Sedang saya berbual-bual dengan ahli bait saya di ruang tamu,walau sempit sedikit,namun tetap dapat melebarkan ukhwah kami.Sedang saya menatap wajah masing-masing,teringat pula pada ukhwah antara Rasulullah dan para sahabat.
Kenapa ya?
Saya membayangkan persaudaraan atas nama Islam yang dibawa oleh mereka cukup istimewa!Subahanallah!

Sahabat sekalian,

Seringkali kita dengar bahawa rakan itu ibarat si pembuat minyak wangi mahupun si tukang besi.Persisnya,jika kita bersahabat dengan si pembuat minyak wangi,maka kita juga akan terkena tempias kewangiannya.Namun,jika teman kita adalah si tukang besi,pasti badan kita terkena percikan api walaupun sedikit.

Perumpamaan ini bukan memberi maksud jika kita bersahabat dengan orang yang mempunyai kedudukan tinggi pada pandangan masyarakat,kita juga akan menempah populiriti juga.Begitu juga jika sebaliknya.Apa yang ingin diketengahkan ialah pemilihan sahabat yang dipilih oleh kita sendiri.Ada apa dengan pilihan kita?

Ini adalah kerana,jika kita bersahabat dengan orang yang berakhlak baik dan berilmu,insyaAllah tempias akhlak yang mulia dan perkembangan ilmu juga akan dirasai oleh kita.Cuba bayangkan jika kita bersahabat dengan orang yang malas dan berakhlak buruk?Jika melihat pada realitinya,ramai yang akan terikut dengan sifat negatif jika iman tidak teguh.
Maka itu,tegur atau nasihatlah rakan kita yang masih terkapai-kapai,dengan cara yang sesuai dan berhikmah.

Balik kepada tajuk,sebagai sahabat yang baik,bukanlah seseorang yang selalu memuji sahabatnya sehingga berada di awangan.Sahabat yang baik itu sering mengingatkan kita pada Allah.Malah,melihat sikapnya sahaja sudah cukup menyenangkan hati.Mengapa ya?
Kerana sikap luaran dan dalamannya melukiskan identiti Islam.

Malah,omongannya bukanlah kata-kata kosong dan perkataan yang tidak enak.Setiap bicaranya penuh dengan isi yang membawa faedah.Subahanallah...

Ketika tangan khusyuk menaip,baru saya sedar bahawa begitu sempurnanya karakter sahabat di atas.Bagaimana kita ingin menjumpainya?

Caranya ialah jadikanlah kita sebaik dan semampu mungkin kerana manusia pada hakikatnya tidak dapat menjadi sempurna.
'What goes around,comes around'.
Apabila anda menjadi sahabat yang baik kepada orang lain,InsyaAllah,Allah akan memberikan sahabat yang baik buat kita.

Sampai di sini sahaja kalam buat kali ini.Semoga Allah merahmati ukhuwwah kita semua.Amin..
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.